Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 13 Januari 2017

Perkembangan Tanaman Sistem NutriPot Ringkas

Kesemua pokok cili sebanyak 20 pokok, bendi 5 pokok dalam 3 bekas, 2 pokok terung, 1 pokok kesum, 1 pokok kunyit dan 1 pokok salad telah berjaya dipindahkan ke sistem Nutripot Ringkas.


Oleh kerana hujan petang semalam maka tanah masih lembap pada pagi ini. Siraman air baja biji yang dicairkan boleh terus disiram ke media tanam. Atau boleh juga di letakkan terus ke dalam takung air simpanan.


Oleh kerana masalah penyiraman sudah diatasi maka bolehlah membelek tanaman lebih lama. Melihat jika ada masalah hama, afid, kutu, semut atau jika ada tanda-tanda penyakit lainnya.


Setakat ini pokok kelihatan sihat malah ini kali pertama dapat menanam pokok cili dengan baik, sebelum ini selalu menghadapi masalah kelayuan, daun kerinting, hasil kurang / tiada hasil dan pelbagai masalah lagi.


Seringkali juga sebelum ini menanam pokok cili hanya untuk melihat pokok cili mati.


Jom Tanam Sendiri Sayuran di Kebun Bandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan