Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 11 Januari 2017

Tanam Sendiri Sawi Manis Secara Padat

Cubaan menanam sawi manis secara padat menggunakan kaedah NutriPot Ringkas.

Menggunakan 2 besen berlainan saiz, 1 sebagai takung dan satu lagi sebagai bekas menanam.

Besen dipilih kerana morfologi akar sayuran berdaun yang pendek memungkinkan penyerapan air yang lebih efisien.


Sumbu dipasang, lubang air turun dibuat serta paip penambahan air di pasang. Lubang untuk air lebihan keluar di buat pada besen takung.


Penanaman padat dilakukan dengan mendekatkan jarak antara tanaman supaya terbentuk kanopi di bahagian atas tanaman.



Kaedah ini dapat di aplikasikan jika masalah penyiraman dan pembajaan dapat di minimakan.

Tunggulah hasilnya bagaimana.

Jom Tanam Sendiri Sayuran di Kebun Bandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan