Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 8 Januari 2017

Idea dan Konsep di sebalik Projek NutriPot Ringkas

Antara idea-idea dan faktor-faktor di sebalik pelaksanaan Projek NutriPot Ringkas ini adalah :


Masalah Penyiraman
Penyiraman adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada idea ini. Penyiraman yang tidak efisien dengan menggunakan getah paip hanya menyuburkan rumput dan rumpai dan menambah masalah lain pula.

Masalah Pembajaan
Seperti penyiraman, pembajaan secara konvensional hanya membazirkan baja, lain yang dibaja lain yang subur.

Masalah Tanah
Tanah yang kurang subur juga menyebabkan penyiraman secara manual hanya membazir air.

Masalah Penyakit
Pokok yang sakit hanya mengundang banyak penyakit. Oleh itu keperluan asas tanaman seperti air, media, nutrien, udara, cahaya mesti tersedia. Kekurangan satu unsur akan mengakibatkan pokok mengalami stress. Sistem ini juga dapat mengelakkan perosak yang bergerak dalam tanah.

Masalah Masa
Pokok yang cepat kekeringan, layu dan mati menyebabkan empunya kebun hilang semangat untuk berkebun.

Kos Bahan-Bahan
Untuk sistem fertigasi, nutripot, hidroponik memerlukan baja yang spesifik dan bancuhan yang betul. Sebarang kesilapan hanya merugikan pekebun.

Keberhasilan
Matlamat asas berkebun adalah untuk mendapatkan hasil dan mengurangkan kos pembelian sayuran. Akan tetapi jika tanaman tak dapat dituai sebab rosak, mati dan sebagainya, baik tak payah tanam.

Sistem Buddy
NutriPot Ringkas dapat memudahkan penerapan sistem buddy kerana penggunaan media tanah memudahkan penanaman campuran.

Sistem Terbuka
Dengan kaedah ini, boleh ditambah kompos, penggalak tanaman ( plant booster ), penyemburan baja foliar kepada pokok dan media tanah seperti biasa. Yang baiknya sistem ini boleh diletakkan di ruang terbuka kepada panas dan hujan tanpa perlu sistem pelindung hujan.

Teknologi
Sistem NutriPot Ringkas ini menggabungkan konsep penanaman konvensional kerana menggunakan media tanah dan baja biji, hidroponik sumbu kerana menggunakan sumbu untuk serapan air atau air baja, hidroponik gantung kerana media tanam tidak jejak tanah serta teknologi penanaman padat.

Jom Tanam Sendiri Sayuran di Kebun Bandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan