Suka atau tidak, bila daun kering berguguran di halaman rumah, kita akan sapu dan biasanya bakar. Hasilnya kita dapat asap, habuk dan mungkin juga jelingan manja jiran sekeliling.
Apa kata kita kumpulkan daun2 kering tersebut di suatu tempat atau bekas dan biarkan ianya mengurai atau mereput.
Selepas itu kita boleh campurkan ke batas atau pasu tanaman. Mudahnya berkebun.
Daun yang berguguran mencacatkan pemandangan. Biasanya kita akan bakar sahaja
Bila sudah disapu, pemandangan kembali ceria. Daun2 mengandungi nutrien2 yang belum terurai
Kalau ada batas timbun dengan dinding atau penghadang, kita cuma perlu letakkan disitu. Lama kelamaan daun2 tersebut akan mereput dan dapat membantu menyuburkan tanah. Penggunaan baja kimia dapat dikurangkan dan diberi mengikut keperluan sahaja.
Bukan sahaja daun2 kering malah potongan kotak, kertas, sisa kebun yang lain serta sisa dapur pun boleh diletakkan di batas timbun. Untuk lebih mempercepatkan penguraian kita boleh campurkan dengan tanah.
Hujan dan panas yang berterusan seperti cuaca di Malaysia ini akan membantu proses pereputan berlaku dengan sendirinya.
Jarang2 orang buat
BalasPadamya WP, biasanya kita nampak asap berkepul2 diudara, lepas tu baju diampaian akan melekat dengan sisa2 pembakaran serta berbau asap
PadamSetuju, daun kering tak perlu di bakar.
BalasPadamya, daun2 kering boleh menjadi kompos dan humus
Padam