Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 22 Mac 2019

Perbezaan Antara Sulur Pedang Dan Sulur Air Pokok Pisang

Sulur atau biasa dikenali sebagai anak pokok pisang atau anak pisang tumbuh keluar dari umbisi ( corm ) yang tertanam dalam tanah.

Pada amnya terdapat 2 jenis anak pisang atau sulur pisang iaitu SULUR PEDANG dan SULUR AIR.
 
Sulur pedang, anak pokok pisang renek, daunnya tirus, kecil seperti pedang manakala batangnya besar

Sulur air, anak pokok pisang nangka, daunnya lebar dan besar manakala batangnya kurus

Sulur pedang keluar atau terbentuk dari umbisi induk dan bentuk batangnya besar dibawah manakala daunnya berbentuk kecil meruncing dan tirus seperti pedang.

Sulur air pula keluar dari tunas utama umbisi induk ( rizom ? ) dan batangnya berbentuk lurus kecil dan sekata manakala daunnya panjang dan lebar. 

Sulur pedang dan sulur air pada gambar rumpun pisang nangka yang lama 

Untuk penanaman disyorkan penggunaan sulur pedang kerana dikatakan lebih cepat pertumbuhannya dan mampu berbuah seperti pokok induk. Manakala sulur air biasanya dibuang untuk mengurangkan persaingan kepada pokok induk.

Hanya satu atau dua anak pokok sulur pedang dibiarkan hidup selepas buah berjantung untuk kesinambungan tanaman pisang.

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Pisang

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. ada juga sulur tisu kultur yg lebih murah dan cepat tumbuh

      Padam
  2. Oh baru tahu ada perbezaan pada sulur pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kak, kalau tak tanam pisang dan tulis blog pasal sayuran, saya pun mungkin tak perasan

      Padam