Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 7 Mac 2019

Sistem Nutripot Ringkas 2 Gelen ( NR2 )

Sistem Nutripot Ringkas dengan bekas tanaman berisipadu 2 gelen atau NR2 terdiri daripada baldi, takung dan sumbu.

Lubang air lebihan keluar dari takung mesti berfungsi untuk elakkan tanah basah. Air yang digunakan adalah air paip biasa. Takung untuk NR2 ini dapat menyimpan lebih kurang 2 liter air.

Lubang air turun ke takung juga mesti agak besar untuk mengelakkan tanah basah untuk jangkamasa lama

 
Sumbu dari tali mob dapat menyerap air naik ke media tanam dengan baik. Lubang air keluar dari takung mestilah lebih rendah dari dasar baldi.

Tanah atau media tanam adalah faktor utama kepada kesuburan dan tumbesaran tanaman. Tanah mestilah tidak terlalu padat atau terlalu longgar. Tanah organik nurseri 6 dalam 1 misalnya sudah dicampurkan dengan berbagai unsur dan bahan untuk menjadi media tanam yang baik.

Jenis baja juga penting kerana sistem Nutripot Ringkas menggunakan media tanah dan baldi dimana unsur2 nutrien kepada tanaman bergantung sepenuhnya kepada baja yang diberi. Baja yang berkualiti dapat menjamin pertumbuhan yang baik dan memberikan hasil yang sepatutnya.

Penggunaan tanah dari laman rumah yang padat kurang sesuai kerana akan membantutkan / melambatkan pertumbuhan tanaman, melambatkan air turun ke takung, menyukarkan serapan baja ke tanah.

Sistem Nutripot Ringkas sesuai untuk hampir semua tanaman bersaiz kecil dan sederhana dan boleh di sesuaikan menggunakan baldi dan takung yang berlainan saiz.

Contoh tanaman nenas dalam NR2, tanah yang padat melambatkan pertumbuhan nenas dan melambatkan penyerapan baja ke tanah. Sistem Nutripot Ringkas juga boleh menggunakan baja hidroponik.

Pokok limau kasturi dalam NR2

Pokok lemon dalam NR2

Pokok limau purut dalam NR2

Pokok kari dalam NR2 yang kena serangan perosak.


Video ringkas Sistem Nutripot Ringkas 2 gelen ( NR2 )

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#NutripotRingkas

6 ulasan:

  1. Bagaimana nak tahu air sudah kering dan nak refill takung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara nak tahu air ada tau tidak dalam takung NR2 :

      1. Goncang sistem NR2, jika ringan dan tiada air berkocak maknanya air dah kering atau kurang jika kocakan kecil

      2. Takung NR2 boleh memuatkan lebih kurang 2 liter air, jika sehari pokok dan tanah mengggunakan / menghilangkan lebih kurang 0.5 liter air, bermakna dalam masa 4 hari takung akan kering ( jika tiada hujan atau siraman dibuat )

      Cara tambah air dalam takung :

      1. Jika hari hujan air akan terperangkap dalam baldi dan akam masuk ke takung secara resapan

      2. Tambah air secara biasa samada siraman bertumpu kedalam baldi atau siraman berselerak ( sebahagian air akan masuk ke dalam baldi dan akhirnya meresap kedalam takung )

      3. Angkat baldi dan tambah air dalam takung

      # Jika sudah ada air keluar melalui lubang lebihan air di takung bermakna air sudah penuh

      Semoga bermanfaat

      Padam