Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 19 November 2019

Baja Nutrien Air Tanah ?

Nutrien terdapat dalam tanah. Nutrien dalam tanah sedia atau separuh sedia atau belum sedia  untuk digunakan oleh tanaman. Cara paling cepat untuk bekalkan nutrien dalam tanah kepada tanaman ialah dengan mencairkan tanah tersebut dan disiram pada batas tanaman. Nutrien terlarut lebih mudah di hadam / diproses oleh organisma tanah.


Nutrien yang terlarut dalam air / air tanah yang sudah diproses oleh organisma tanah lebih mudah diserap oleh akar2 tanaman. Tetapi air berlebihan akan melarikan nutrien2 yang telah terlarut / diproses. Antara sebab kenapa kaedah pembajaan juga bergantung kepada musim hujan atau panas.

Sebab utama kenapa siraman dibuat ialah supaya tanah menjadi lembab dan nutrien2 dapat digunakan oleh tanaman. Batas timbun antara kaedah terbaik untuk mengekalkan kelembapan tanah untuk jangkamasa lebih lama.

Nutrien dalam tanah terhasil dari :
1. pereputan sisa tanaman
2. pereputan sisa haiwan
3. dari sumber dan aktiviti alam ( udara, air, cahaya, petir dll )
4. luluhawa batuan ( menjadi tanah liat, tanah kelodak, tanah pasir dll )
5. aktiviti organisma tanah
6. aktiviti manusia ( seperti membaja dll )
7. aktiviti tanaman itu sendiri

Baja nutrien air tanah tidak mempunyai nutrien2 lengkap sepertimana baja hidroponik / fertigasi yang boleh dicairkan dan digunakan terus oleh tanaman. Oleh itu baja nutrien air tanah setakat ini hanya  boleh disiram ke batas tanaman untuk mempercepatkan proses penukaran nutrien oleh organisma tanah kepada nutrien2 yang dapat diambil oleh akar tanaman / tanaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan