Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 26 November 2019

Ciri-ciri Khas Pokok Pisang Tanduk

Bagaimana untuk membezakan antara jenis pokok pisang yang berlainan, terutamanya ketika peringkat muda / anak ? Antara perbezaan yang umum ialah :

1. tinggi atau rendah pokok pisang tersebut
2. besar atau kecil batang pokok pisang tersebut
3. warna ( batang pisang, anak / sulur pisang, daun pisang dll )
4. saiz daun ( pendek atau panjang, lebar atau kecil dll )
5. jarak pelepah daun yang keluar ( rapat2 atau jarang2 )
6. dan juga ciri2 morfologi yang lebih teliti dari batang ke pucuk jenis2 pisang tersebut

Walaubagaimana pun ciri2 ini juga berkait rapat dengan faktor2 lain seperti kesuburan tanah, jenis tanah, tekstur / struktur tanah, pH tanah, pembajaan ( unsur2 yang diberikan ), air, lokasi, cahaya dll.

Pokok pisang adalah pokok yang responsif atau cepat bertindakbalak terhadap persekitaran terutamanya pembajaan dan kesuburan tanah. Oleh itu pokok pisang juga boleh dijadikan tanaman ujian kerana ianya juga cepat matang.

Dari pemerhatian terhadap pokok pisang rendah, pisang nangka, pisang 40 hari dan pisang tanduk di kebun tepi rumah didapati bahawa daun2 pokok pisang tanduk mempunyai perbezaan dari segi warna merah yang terdapat pada salur tengah batang pelepahnya, tompok2 merah pada daun dan bahagian tepi daun yang juga merah.

Manakala untuk pokok pisang rendah, pisang nangka dan anak pokok pisang 40 hari, tiada warna merah seperti pada pokok pisang tanduk yang kelihatan. Cuma warna hijau daun matang pokok pisang nangka lebih cerah berbanding pisang rendah / renek.

Namun begitu pigmen warna merah pada daun pokok pisang tanduk dikebun tepi rumah juga mungkin ada pada pokok pisang jenis selain pisang tanduk. Untuk mencari ciri2 berbeza pada setiap jenis pokok pisang memerlukan penanaman semua jenis pokok pisang di kawasan yang terkawal dan pemerhatian dibuat secara teliti untuk beberapa musim.

Senang dikenali bila pokok pisang tanduk sudah berbuah tetapi ada beza juga dengan buah pisang lang !

 Daun pokok pisang tanduk dengan pigmen merah di tepi, tengah dan tompok2 pada daun

 Daun pokok pisang nangka ( tempat redup )

 Daun pokok pisang renek / rendah ( tempat terang )

 Anak pokok pisang tanduk, pigmen merah jelas kelihatan

Lagi satu anak pokok pisang tanduk dengan tompok merah jelas kelihatan

Sekian, semoga bermanfaat & selamat berkebun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan