Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 16 Ogos 2021

Pucuk Ubi Kayu

Pucuk ubi kayu antara makanan kegemaran terutama di musim covid 19 ini.

Antara sayuran yang mudah ditanam dan murah harganya.

Ubi kayu ( Manihot esculenta Crantz ) dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae.

Ubi kayu boleh dijadikan bahan makanan dan juga input industri.

Ada beberapa jenis / spesis ubi kayu yang ditanam di Malaysia.

Antaranya berdasarkan bentuk daun, saiz daun, warna daun, warna tangkai daun, tinggi pokok, batang, ubi serta kandungan asid hidrosianik.

Berdasarkan kandungan asid hidrosianik, ubi kayu boleh di kategorikan kepada ubi kayu manis dan ubi kayu pahit.

Jenis ubi kayu manis seperti sawah, medan, kabu, betawi, putih, pulut dan sebagainya. Jenis ini digunakan terutamanya untuk makanan.

Jenis ubi kayu pahit pula seperti black twig, perintis, mm92 dan sebagainya. Jenis ini pula biasa ditanam untuk industri kanji dan makanan ternakan.

Ubi kayu kuning

Pucuk ubi kayu ubi kuning

Ubi kayu pulut

Ubi kayu pulut

Pucuk ubi kayu pulut

Video ringkas berkaitan pokok dan pucuk ubi kayu seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Rujukan :  Jabatan Pertanian Sarawak

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#UbiKayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan