Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 5 Ogos 2021

Tebu

Tebu terdapat beberapa jenis seperti tebu kuning, tebu hitam, tebu merah, tebu ungu, tebu hijau, tebu telur, tebu pelangi, tebu hitam kapur, tebu buluh, tebu madu, tebu serai, tebu ragnar, tebu gajah, tebu rotan dan lain2 lagi.

Mungkin ada nama panggilan tebu yang berbeza untuk jenis tebu yang sama.

Tebu sangat sesuai dengan tanah dan cuaca seperti di Malaysia.

Tebu terkenal kerana gulanya dan air tebu manakala hampas tebu dapat dijadikan bahan tambahan tanah dan juga silaj ternakan.

Molases juga terhasil dari proses pembuatan gula tebu.

Pembiakan tebu biasanya dari keratan batang yang dipotong menghasilkan dua atau tiga mata tunas setiap potongan.

Penjagaan pokok tebu juga agak senang, cuma perlu merumput semasa pokok tebu masih kecil, membaja dan membuang daun2 yang tua secara berkala.

Daun2 tebu yang dibuang biasanya akan diletakkan di sekitar laluan kebun sebagai sungkupan untuk menjaga kelembapan tanah juga sebagai bahan kompos organik.

Lebih baik kalau daun2 tebu dapat dipotong menggunakan peracik untuk mempercepatkan proses pereputan.

Andai ada mesin tebu mini yang boleh digunakan dirumah, rasanya akan ada banyak pekebun bandar akan turut menanam pokok tebu dua tiga rumpun sekitaran rumah.

Tebu hitam 

Tebu kuning

Tips tanam tebu oleh UPM

Video ringkas pokok tebu dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Tebu
#Sugarcane

Tiada ulasan:

Catat Ulasan