Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-Mangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-Mangga. Papar semua catatan

Selasa, 5 September 2023

Musim Mangga Chok Anan Kembali

Bulan 6-7 start berbunga dan berputik. Bulan 8 buah mulai matang dan bulan 9 boleh dituai.

Ada buah yang rendah kerana dahan² yang telah di pangkas habis musim buah yang lepas.

Untuk dapat buah berkualiti, buah patut di balut supaya dapat hindarkan dari serangan perosak terutama lalat buah.






Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :

1. Shorts : https://youtube.com/shorts/URyS1Yscdcw?si=u69gFseva91M659N

2. Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSLc1Q4yy/

Artikel berkaitan :

1.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/09/tanam-semula-ubi-kayu-isi-kuning.html

2.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/08/buang-2-pokok-betik-dan-pelupusan.html

3.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/08/pokok-pisang-nangka-tumbang-jua.html



Khamis, 10 November 2022

Pangkasan Pembuahan Pokok Mangga Chokanan

Pokok mangga ma224 atau chokanan atau mangga madu depan rumah telah di pangkas utk persediaan musim buah seterusnya.

Pemangkasan untuk membuang dahan² yang tumbuh menegak, bersilang, diserang penyakit / perosak, dahan mati serta tunas air.

Tujuan pemangkasan pembuahan untuk :
1. Mendapatkan bentuk pokok yang sesuai
2. Pengudaraan yang baik
3. Pencahayaan yang baik
4. Pengaliran air hujan lebih baik
5. Mengelak / mengurangkan perosak / penyakit
6. Pembajaan lebih berkesan
7. Pengurusan lebih efisien
8. Hasil lebih baik ... inshaAllah 














Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... biiznillah

Artikel berkaitan :




Rabu, 25 Ogos 2021

Balut Buah Mangga Chok Anan ( MA224 )

Buah mangga biasanya mempunyai dua musim iaitu musim utama pada bulan April - Jun dan musim kedua pada bulan September - November bergantung kepada klon yang ditanam.

Ada juga mangga yang berbuah sepanjang tahun cuma berbeza dari segi kuantiti buahnya, lebih banyak pada musim mangga berbuah.

Mangga varieti Chok Anan didepan rumah kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) ini sudah tua dan sudah banyak kali di pangkas.

Balut buah mangga menggunakan kertas suratkhabar dan stapler sahaja. 

Membalut buah bertujuan utama untuk elakkan serangan lalat buah, menjaga kualiti buah serta mengurangkan potensi buah di curi.


Pembungaan dan pembuahan yang tidak sekata, hanya dahan / ranting tertentu sahaja ada buah

Buah muda yang cantik, putik yang kurang bermutu akan gugur sendiri

Ada kerengga yang membuat sarang di daun pokok mangga ini

Perlu di pangkas lagi untuk kurangkan ranting dan dahan yang tidak produktif

Video ringkas buah mangga depan rumah :

Link video : https://youtu.be/WKr7S_5lY7M



Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ...


Artikel berkaitan :


1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/08/keenakan-tapai-daun-getah.html


2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/08/pucuk-ubi-kayu.html


3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/08/tanah-hitam-sawit.html

Rabu, 24 Mac 2021

Jom Petik Mempelam Epal Hijau | Let's Harvest Green Apple Mango

Sepokok mempelam atau mangga epal di depan rumah yang sentiasa berbuah, berputik dan berbunga silih berganti.

Pokoknya telah dipangkas untuk mengelakkan ketinggian berlebihan yang akan mengganggu sekitaran.

Dahan dan ranting yang rendah menyebabkan buah mangga epal hijau ini terjuntai hingga ke tanah / rumput.

Mangga epal ini agak manis bila masak. Buahnya boleh dibiarkan masak dipokok atau diperam.

Buah muda atau matang boleh dibuat kerabu mangga atau jeruk, halwa dan sebagainya.

Boleh juga dicicah sambal belacan, kicap bercili atau bergaram sahaja.

Buah dibahagian dalam pagar boleh bertahan lama berbanding buah diluar pagar.

Buah yang betul2 tua sudah tiada getah. Buah matang masih mempunyai getah yang pekat manakala buah muda mempunyai getah lebih cair.

Warna buah lebih cerah bila sudah matang dan akan kekuningan bila masak.

Video dibawah adalah berkaitan buah mangga epal di halaman rumah kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#Mangga
#Mango

Sabtu, 21 Disember 2019

Circadian Cycle ( Jam Biologi ) Tanaman

Cahaya memainkan peranan penting untuk pertumbuhan tanaman. Tetapi apa yang berlaku kepada tanaman bila hari malam ?

Tanaman membesar menggunakan tenaga dari gula / glukosa yang terhasil dari proses fotosintesis yang perlukan cahaya, air dan udara ( karbon dioksida ). Cahaya adalah penting untuk fotosintesis dan tanpa cahaya, fotosintesis menjadi tidak lengkap.


Tanaman bernafas 24 jam sehari, dengan atau tanpa cahaya. Tanaman akan bernafas dan menggunakan oksigen dan gula / glukosa yang dihasilkan oleh proses fotosintesis untuk menghasilkan karbohidrat yang tanaman perlukan untuk tumbesaran.

Namun begitu oksigen yang digunakan oleh tanaman untuk bernafas amat sedikit berbanding oksigen yang dihasilkan semasa proses fotosintesis.

Oleh itu, samada siang atau malam, tanaman akan tetap membesar ( mungkin lebih pada waktu malam ) kerana kurangnya aktiviti2 yang melibatkan cahaya ? Tumbesaran tanaman 24 jam sehari adalah mengikut konsep " Circadian Cycles / Rhythms " iaitu jam biologi yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT - pencipta semua makhluk. 

SubhanAllah - Maha Suci Allah.




Rabu, 13 November 2019

Ulat Bulu Pokok Mangga

Warna yang seakan-akan daun mangga memang mengelirukan pandangan mata. Kalau tidak berhati2 mungkin terpegang. Racunnya walaupun tidak mematikan manusia tetap merengsakan.

 Ulat bulu yang masih kecil, mungkin ada induknya dimana2 yang lebih besar

 Mempunyai kaki berbulu yang beracun, ada yang panggil ulat bulu matahari

 Teknik penyamaran yang baik, perosak atau pemangsa perosak ?

 Warna kekuningan mengikut warna daun mangga ?

Apa akan berlaku bila ulat bulu jumpa kerengga ?

Sabtu, 24 Ogos 2019

Pangkas Pokok Mangga

Pangkasan dilakukan sebagai persediaan musim buah seterusnya. Pangkasan pembentukan pokok yang lebih seimbang antara batang, dahan, ranting, daun dan buah.




Ahad, 10 Februari 2019

Keratan Batang Mangga Epal Selepas 2 Minggu

Selepas lebih kurang 2 minggu, daripada 19 keratan mangga epal yang dibuat :

1 keratan sudah bertunas
5 keratan sudah kering
13 keratan masih hijau


Jumaat, 25 Januari 2019

Keratan Batang Mangga Epal Batas Timbun

Masih lagi percubaan membiakkan keratan batang mangga epal dengan cara di cucuk ke batas timbun.

Sebanyak 19 keratan telah dibuat.

Percubaan sebelum ini menggunakan mini greenhouse gagal kerana faktor tanah yang kering.

Jika kaedah ini gagal maka kaedah tut jugalah yang akan dilakukan.

Ahad, 9 September 2018

Pokok Mangga Chokanan dan Epal

Musim kemarau diikuti hujan yang kerap akhir2 ini telah menghasilkan pucuk2 mangga baru.

Persoalannya ialah samada pucuk2 baru ini akan menjadi bunga dan buah atau sekadar daun baru

Mangga chokanan yang telah disokong dengan lubang air

 Pandangan lain mangga chokanan

 Pucuk mangga chokanan bercabang 4

 Pucuk mangga chokanan bercabang 2

Nampak macam tunas bunga

Buah mangga chokanan yang dikawal oleh kerengga

Ranting mangga epal yang dipotong telah berbunga

 Bunga pokok mangga epal

 Lagi pucuk mangga epal

Buah mangga epal

Isnin, 13 Ogos 2018

Keratan Batang @ Stem Cuttings

Percubaan membiak pokok mangga epal dan dan mangga chokanan menggunakan kaedah keratan batang