Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 7 November 2016

Jom Tanam Sayur - Tanam Cili

Cili adalah sayuran yg popular dan mempunyai permintaan yg tinggi. Harganya juga relatif tinggi dan stabil. Berbagai kegunaan cili terutama dlm masakan menambahkan lagi nilai cili dlm pasaran.

Cili antara sayuran yg amat sensitif kpd penyakit dan perosak. Penggunaan tanah berpatogen penyakit utk tanaman cili mesti dihindarkan. Penanaman cili ditanah memerlukan penjagaan yg lebih teliti. Oleh itu penanaman cili secara moden cth fertigasi amat digalakkan.

Tanam Cili
Anak pokok cili dalam beg plastik

Tanam Cili
Anak pokok cili

Tanam Cili
Anak pokok cili api


Penanaman cili memerlukan benih disemai terlebih dahulu ditempat yg terhindar hujan dan panas matahari secara langsung. Pemilihan anak cili yg sihat juga penting semasa peralihan ke batas, polibeg atau pasu.

Pembajaan mestilah mengikut tumbesaran pokok. Pengemburan tanah, merumput, pembajaan serta kawalan perosak / penyakit serta penyiraman antara aktiviti penting dalam penanaman cili.

Penuaian boleh dilakukan bergantung kpd penggunaan cili samada utk masakan, diproses dan sebagainya.

Pendek kata, teknik yg betul amat diperlukan dlm penanaman cili.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan