Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 22 November 2016

Kebun Tepi Rumah (KTR) : Cara Menyuburkan Tanah di Halaman Rumah

Tanah di halaman rumah terutamanya Taman-taman Perumahan kebiasaannya sangat kurang subur. Hanya pokok berizom seperti lalang dan rumput rumpai yang mampu tumbuh dengan baik.

Cara Menyuburkan Tanah di Halaman Rumah
Cabaran berkebun di tanah liat

Bergantung kepada jenis tanah, biasanya tanah di halaman rumah di taman perumahan adalah dari jenis tanah liat. Ini kerana tanah tambak diambil dari bukit-bukit yang digondolkan. Kalau mendapat tanah bukit jenis "top soil" memang untung kerana tanah ini biasanya mempunyai banyak humus.

Selain itu adalah tanah merah yang agak subur, manakala sebahagian besar adalah tanah liat yang padat, keras bila kena panas matahari dan melekit bila kena air.

Jadi, bagaimana untuk menyuburkan tanah liat seperti ini ? Ada beberapa tindakan yang boleh diambil bergantung kepada perancangan awal penggunaan tanah di halaman rumah.

1. Jika hanya ingin menanam rumput hiasan, tanah ini sudah tiada masalah besar, cuma segala sisa projek perumahan yang kelihatan terutama bagi rumah baru, perlulah di buang.

2. Jika ingin berkebun samada kebun sayur, bunga, herba atau buah tetapi menggunakan pasu, bekas terpakai, tong, polibeg dan sebagainya tanpa batas atau tanpa tanam terus di tanah pun tiada masalah.

3. Jika mahu menyimen halaman rumah dan membuat kebun fertigasi pun tiada masalah.

4. Masalah akan timbul bila mahu membuat kebun konvensional ( tanam atas batas atau tanam atas tanah ).

4.1 Jika hanya mahu menanam pokok besar seperti mempelam, kelapa, rambutan dan sebagainya, kita bolehlah mengorek tanah mengikut jenis tanaman ( kedalaman dan kelebaran lubang tanam ) dan mengganti dengan tanah subur ( campuran kompos, tanah loam, sisa kandang ), dan bolehlah ditanam, disiram, dibaja seperti sepatutnya.

4.2 Jika mahu menanam pokok herba seperti serai, kunyit, lengkuas dan sebagainya pun bolehlah digemburkan tanah tersebut dan dicampur dengan tanah subur dan bolehlah ditanam. Tidak perlu digali terlalu dalam dan tanah perlulah sentiasa lembab.

4.3 Kalau mahu membuat batas menggunakan tanah yg sama maka perlulah tanah tersebut di gembur dan dibuang segala bendasing yang ada dan dicampur dengan tanah subur, dan buatlah batas seperti mana yang dikehendaki.

4.4 Biasakan menggunakan bahan-bahan organik sebagai baja, racun perosak, penggalak tanaman ( plant booster ), kompos, air siraman tanpa klorin dan sebagainya. Bahan-bahan organik akan menyihatkan dan menyuburkan tanah pada jangkamasa panjang.

5. Satu perkara yang penting untuk menyuburkan tanah adalah air. Tanah yang mempunyai cukup air lama kelamaan akan menjadi subur dan boleh digunakan sebagai top soil seadanya. Dan jika ditambah baja maka tanah ini bolehlah ditanam dengan apa-apa pokok.

Pendek kata, kalau diusahakan pasti berjaya
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan