Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 4 November 2016

Jom Tanam Sayur - Tanam Sawi Manis Kaedah Hidroponik Tapis

Percubaan menanam sayur sawi manis menggunakan kaedah hidroponik tapis. Alatan yg diperlukan  ialah baldi, tapis, biji benih, benang dan alat penyiram tangan.

Langkah2 yg perlu dibuat :

1. Lapik tapis dengan benang ( sama set benang utk hidroponik takung ). Lapisan benang tak perlu tebal, sekadar utk menampung benih supaya jgn jatuh kedalam baldi.

2. Taburkan benih sawi manis diatas lapisan benang tersebut, jgn terlalu padat. Kalau padat, sayur tak dpt berkembang dgn baik.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 1

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 2

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 3

3. Sembur dgn penyiram tangan sehingga benang dan biji benih lembab.

Tanam Sawi Manis Kaedah Hidroponik Tapis
Hari 4

4. Simpan di tempat gelap atau tutup dgn plastik hitam.

Tanam Sawi Manis Kaedah Hidroponik Tapis
Hari 5 - Di luar rumah

Hari 6

Hari 7

Tanam Sawi Manis Kaedah Hidroponik Tapis
Perkembangan ?

5. Bila benih sudah julurkan akar keluar bawah tapis, bolehlah dimulakan bancuhan baja hidroponik. Campuran baja sampai paras bwh penapis sahaja. Biar akar sawi manis yg bekerja mendapatkan nutrien utk pokok.

Tanam Sawi Manis Kaedah Hidroponik Tapis
20.11.16 : Projek yang gagal kerana baja yg tidak produktif


6. Bergantung kpd formulasi baja hidroponik, ada yg perlu di tambah larutan baja secara mingguan dan ada yg guna konsep " Tanam, Tinggal & Tuai " 3T sepertimana yg dipopularkan oleh Kazz Hidroponik.

Pendek kata, kita boleh nampak perkembangan sayur yg ditanam lebih mudah dgn sistem hidroponik.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

2 ulasan:

  1. kalau boleh tahu tapisnya dari mana kita dapatkan?
    dan sebenanya saya tidak tahu apa itu tapis.

    BalasPadam
  2. tapis itu maksudnya penapis yg dgunakan untuk menyemai biji benih

    BalasPadam