Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 29 September 2023

Sisa Dapur, Raised Beds & Vermicompost

Walaupun sisa dapur yang di tanam nampak mcm biasa saja namun ada sains di belakangnya.

Apabila kita tanam sisa dapur dalam tanah, ianya akan menjadi sumber makanan kepada organisma tanah termasuk cacing tanah.

Cacing tanah akan makan sisa² makanan tersebut dan menukarkannya menjadi vermicompost atau kompos cacing atau tinja cacing.

Vermicompost atau baja cacing ini sangat bagus untuk tanah & tanaman dan harganya juga agak mahal.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Rabu, 27 September 2023

Review Raised Beds Yang Ada Selepas 5 Tahun

Ada 2 bentuk raised beds di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) setakat ini iaitu petak dan bulat.

Ada pelbagai lagi bentuk raised beds yang boleh di buat ikut kehendak dan kreativiti seseorang pekebun.

Fungsi raised beds yang utama ialah mendapatkan tempat bercucuk tanam yang terbaik untuk tanaman.



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Ahad, 24 September 2023

3 Sebab Utama Kenapa Saya Pilih Berkebun Teknik Raised Beds

Setelah 5 tahun, saya masih terus setia dengan teknik berkebun secara raised beds atau batas timbun ini.

Terlalu banyak sebab²nya tetapi saya kongsikan 3 sebab utama kenapa saya terus menggunakan teknik raised beds ini.

1. Tanah Halaman Rumah

Tanah jenis liat kuning yang bila panas akan jadi kering, keras dan padat. Menjadikan berkebun atas tanah asal bukanlah pilihan yang sesuai.

Bila hujan akan lecah atau becak dan sangat kurang telap air menjadikan tanah asal di halaman rumah sangat tidak bagus untuk berkebun.

Tetapi dengan teknik raised bed ini, dengan penggunaan dinding membentuk petak² dan tanah yang ditambah diatas tanah asal alhamdulillah dapat mengatasi masalah ini.

2. Sisa² Organik Kebun & Dapur

Bila kita berkebun, sisa² organik yang terhasil akan menjadi masalah untuk di lupuskan samada daun², ranting², dahan² serta sisa media tanam dan lain² lagi.

Begitu juga dengan sisa dapur yang terhasil setiap hari, sikit² lama² jadi banyak.

Dengan raised beds, sisa² ini dapat di lupuskan samada dengan ditanam atau di jadikan bahan sungkupan.

3. Kebun Lebih Cantik, Kemas, Teratur dan Berhasil

Dengan adanya dinding, kebun lebih cantik, kemas dan teratur. Dengan banyaknya penggunaan sisa² kebun dan dapur samada di tanam atau sebagai sungkupan dapat menyuburkan tanah untuk jangkamasa lebih lama.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan penggunaan baja sintetik yang jadikan hasil tanaman lebih organik.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Khamis, 21 September 2023

Bunga Keladi Sayur / Minyak

Ada 3 raised beds yang di tanam dengan keladi minyak ini. 2 di raised beds bulat dan satu di raised bed empat segi.

Satu di raised bed bulat sudah masuk 9 bulan dan sudah pun berbunga. Yang ini akan dituai semuanya nanti.

Satu lagi di raised bed bulat baru saja di tanam semula sebagai ganti kepada raised bed yang pertama.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 19 September 2023

Alihkan Pokok Buah Naga Ke Raised Bed Tepi Pagar

4 pokok buah naga telah di alihkan ke 2 raised bed tepi pagar di bahagian depan. Dengan menggunakan tanah dari raised bed pokok betik yang telah di buang tempoh hari.

Juga menggunakan kayu pallet yang di sambung sebagai tiang kepada pokok buah naga untuk memanjat. Semoga berhasil ... inshaAllah.


































Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :