Melihat perkembangan pokok betik di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).
Dari biji benih buah betik dwijantina yang disemai telah menghasilkan 3 jenis pokok betik :
1. Betik jantan
2. Betik betina
3. Betik dwijantina / hermafrodit
Kalau tahu nisbahnya, kita mungkin dapat mengesan jenis pendebungaan yang berlaku kepada bunga yang membentuk buah tersebut secara lebih tepat insyaAllah.
Jenis pendebungaan bunga betik :
1. Sendiri
2. Kacuk
Nisbah Penghasilan Jenis Biji Benih Betik :
1. Pokok betina + pokok jantan ( menghasilkan 50% betina + 50% jantan )
2. Pokok betina + pokok dwijantina ( menghasilkan 50% betina + 50% dwijantina )
3. Pokok dwijantina + pokok jantan ( menghasilkan 1/3 betina + 1/3 dwijantina + 1/3 jantan )
4. Pokok dwijantina + pokok dwijantina ( menghasilkan 2/3 dwijantina + 1/3 betina )
Berdasarkan pemerhatian di kebun JomTanamSayur ( JTS ) berkemungkinan besar biji benih yang digunakan terhasil dari bunga betik dwijantina yang didebungakan oleh debunga betik jantan .... wallahuaklam.
Betik dwijantina atau hermafrodit - sudah berputik cuma putiknya belum lekat
Belum berbunga
Belum berbunga
Belum pasti jenis bunganya
Betik betina
Betik betina dengan buah yang sudah matang
Betik dwijantina atau hermafrodit - buahnya berbentuk lonjong dan putiknya berbentuk seperti tanduk
Ada 6 pokok betik disini. Sepokok betik jantan dan lagi 5 belum berbunga.
Ladang2 komersial hanya akan mengekalkan jenis betik dwijantina atau hermafrodit dan membuang betik jantan dan betik betina untuk mendapatkan kualiti buah betik terbaik.
Video dibawah adalah gambaran lebih jelas berkaitan tajuk diatas :
Melihat kepada banyaknya botol bekas air minuman / air mineral yang bersepah telah menimbulkan idea untuk membuat sendiri pasu gantung untuk tanaman ( hanging plants pots ).
Terutamanya untuk pokok bunga jenis kecil dan juga lain2 tanaman herba, ulam dan sebagainya.
Bahan2 yang digunakan juga adalah mudah didapati atau dibeli seperti :
1. Botol bekas minuman
2. Gunting
3. Pisau
4. Dawai atau tali yang kukuh
5. Penebuk lubang
Alatan asas berkebun
Tanah nurseri & pasir
Campuran tanah nurseri & pasir
Dawai untuk gantung botol
Mudah, murah dan cepat
Buat simpulan
Siap sudah pasu gantung menggunakan botol air terpakai ...
Video dibawah menunjukkan aktiviti membuat pasu gantung dengan lebih terperinci ...
Dinding batas timbun ( raised bed ) rumpun pokok kantan di kebun JomTanamSayur ( JTS ) sudah terburai.
Rumpun pokok kantan yang makin subur dan terus membiak membentuk rumpun2 baru.
Batas timbun ( raised bed ) dengan dinding memudahkan bahan2 organik sisa kebun diletakkan tanpa berselerak.
Batas timbun ( raised bed ) juga dapat mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
Pokok kantan termasuk keluarga lengkuas dan halia
Ianya berbunga sepanjang tahun di Malaysia
Membiak dari rizom tunas pokok yang membentuk rumpun kantan yang baru
Mempunyai pelbagai kegunaan tetapi lebih terkenal kerana kegunaan bunganya
Setelah dinding baru dibuat, laluan bekerja lebih kemas dan selesa
Antara rumpun dan pokok kantan yang telah dipotong
Perhatikan yang tunas bunga menghala keatas manakala tunas pokok menghala ke bawah terlebih dahulu untuk membentuk pokok baru dan berakar sebelum muncul di permukaan tanah
Video dibawah adalah proses membina semula dinding batas timbun ( raised bed ) rumpun pokok kantan