Setelah 14 bulan, akhirnya pisang cavendish tisu kultur di batas timbun bulat tepi pagar sudah berjantung ... alhamdulillah.
Penggunaan batas timbun sangat baik untuk tanaman seperti pisang yang memerlukan kelembapan secara berterusan untuk tumbesaran yang terbaik.
Batas timbun dapat mengekalkan kelembapan untuk jangka masa lebih lama berbanding batas biasa / tanpa batas terutama tanah taman perumahan.
Batas timbun juga dapat memerangkap air hujan dengan lebih cekap.
Sisa² organik juga dapat diketakkan di batas timbun berdinding tanpa perlu risau akan sisa² organik ini akan berselerak.
24.1.22
3.7.22
Video Tiktok di bawah :
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...
Artikel berkaitan :