Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 29 April 2019

Pancang Pokok Ubi Keledek

Tanpa pancang, para atau trellis, pokok ubi keledek akan menjalar yang akan :

1. Membuatkan batas nampak serabut atau semak
2. Menghalang tanaman lain dibatas kerana pokok ubi keledek sangat produktif
3. Menghalang cahaya dan air ke tanah, siraman perlu dilakukan dengan betul ke pangkal pokok
4. Mungkin menjadi tempat haiwan berbisa berlindung



Dengan pancang dan pokok ubi keledek diikat ke pancang :

1. Batas nampak lebih kemas
2. Mudah untuk pengurusan pokok spt siraman, membaja, memangkas, mengutip pucuk, merumput, meletakkan sungkupan dan sebagainya
3. Air hujan dan cahaya dapat terus ke tanah
4. Dapat memaksimakan penggunaan batas timbun untuk tanaman lain
5. Memudahkan pemerhatian perkembangan pokok ubi keledek






Jumaat, 26 April 2019

Tips Tanam Ubi Keledek

Ubi keledek antara sayuran berubi yang mempunyai nilai tinggi kerana banyak kegunaannya. Dibawah adalah tips ringkas cara menanam ubi keledek yang diambil dari website UPM.


Rabu, 17 April 2019

Siput Babi Gergasi

Bila tanaman hidup subur, akan ada haiwan atau serangga yang akan bersama2 berkongsi rezeki. Bagi siput babi ini, rezeki jangan di tolak !

Awas, jangan kena tangkap !

Sabtu, 13 April 2019

Sungkupan

Sungkupan atau mulching boleh di letakkan dimana2 sahaja yang sesuai seperti batas timbun, laluan antara batas timbun, dibawah pokok2 atau tanaman atau diatas tanah dll.

Antara kebaikan lain sungkupan ialah ianya menyejukkan tanah dengan menghalang sinaran terus matahari ke tanah. Kelembapan tanah akan bertahan lama dan lama kelamaan tanah dibawahnya akan   menjadi lebih subur.

Sungkupan juga menghalang atau mengurangkan kadar pertumbuhan rumput rumpai di persekitaran kebun.

 
 Sungkupan yang terdiri dari sisa kebun yang dipotong kecil2 dan ditabur merata atas tanah

Sungkupan juga menghalang larian tanah bila hujan lebat kerana sungkupan dapat menyerap air hujan dengan lebih baik.

Selasa, 9 April 2019

Batas Timbun Sebagai Tapak Semaian

Batas timbun yang berdinding atau berpenghadang menjadikan kawasan penanaman berbeza dari kawasan berjalan atau bekerja. Ketinggian batas timbun sekitar 1 kaki juga menjadikan batas timbun menyerlah berbanding kawasan lain.


Kelebaran batas timbun sekitar 3 kaki akan memudahkan proses berkebun tanpa terlalu memaksa diri untuk mencapai kesemua arah pada batas timbun.


Ini menjadikan tanah pada batas timbun lebih longgar kerana langsung tidak dipijak, memudahkan akar2 tanaman bergerak mencari air dan nutrien.


Tanah yang longgar juga mudah diurus seperti mengorek, menanam, merumput dan sebagainya. Dan yang lebih penting ialah, tanah yang longgar memudahkan hidupan dalam tanah hidup dan bekerja menyuburkan tanah seperti bakteria, nematod, fungi, antropod, cacing dan sebagainya.

Bila sudah ada batas timbun yang sesuai, kita boleh jadikan batas timbun sebagai kawasan atau tapak  semaian. Benih2 boleh terus ditabur dan bila sudah tumbuh dan sesuai boleh dipindahkan kebatas timbun lain atau bekas lain.

Bila tanaman boleh tumbuh dengan baik di batas timbun, kita cuma perlu pastikan baja berkualiti diberi kepada pokok untuk mendapat tuaian yang terbaik.

Jumaat, 5 April 2019

Isnin, 1 April 2019

Manual Penanaman Serai

Manual atau Panduan Penanaman Serai terbitan Jabatan Pertanian

 

 







Spam Dan Spammer Blog

Bila spammer dah jumpa blog kita, dia akan spam benda2 yang tak ada kaitan dengan tujuan sesuatu blog ditulis.

Kalau satu dua komen spam boleh tahan lagi tapi kalau dah berpuluh mungkin beratus maka blog kita akan kelihatan macam blog sampah.

Untuk sementara, ruangan komen perlu di nyahaktifkan sehingga komen2 sampah di buang. Menyusahkan betul.