Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 31 Oktober 2018

Pokok Cili Api Di Batas Timbun

Tiga pokok cili api telah dipindahkan ke batas timbun kangkung lebih kurang dua minggu lepas.

Setakat ini sudah menyesuaikan diri dan beransur2 membesar dan ada yang sudah berbunga.




Selasa, 30 Oktober 2018

Tuaian Kangkung dan Pucuk Keledek

Bekalan kangkung dan pucuk keledek masih berterusan, sekali tanam, tuai berkali2

Kangkung untuk dikongsi bersama

Pucuk keledek digoreng

Pokok keledek yang merimbun

Kangkung sebelum tuaian lagi

Kangkung selepas tuaian, dalam masa seminggu akan merimbun semula

Sabtu, 27 Oktober 2018

Batas Timbun Baru No.4 - 2

Sudah hampir siap batas timbun baru 3 kaki x 12 kaki x 10 inci tinggi

Pastinya banyak bahan kompos dan tanah yang diperlukan untuk memenuhi batas timbun ini

Pada permulaan memang agak sukar, bila sudah siap banyak perkara akan menjadi lebih mudah

Selasa, 23 Oktober 2018

Batas Timbun Baru No 4 - 1

Batas timbun baru berhampiran batas timbun lama ulam raja dengan saiz 3 kaki lebar x 12 kaki panjang

 Kotak untuk menutup rumput

 Perancangan untuk bendi dan kekacang

Semakin panjang batas mengikut jarak pagar rumah

Isnin, 22 Oktober 2018

Kangkung Gergasi

Petanda tanah yang subur bila pokok kangkung membesar dengan begitu baik

 Sepokok kat batas timbun terung telunjuk

 Daun bersaiz tapak tangan

 Batang hampir sama dengan jari

Sebahagian sudah di tuai

Siput Babi Di Batas Timbun

Siput babi yang agak besar di batas timbun sedang menikmati keenakan kangkung

 Hai !

 Sedapnya !

Alamak matilah aku !

Selasa, 16 Oktober 2018

Cendawan Kukur @ Scizophyllum commune

Cendawan kukur atau kulat sisir aka Scizophyllum commune liar biasanya hidup di batang2 pokok yang tumbang dan hampir reput.

Teknologi terkini membolehkan tanaman cendawan kukur atau kulat sisir di bongkah2 yang boleh disusun atau digantung.

Cendawan kukur atau kulat sisir dari kebun getah perlu di bersihkan dahulu sebelum digunakan

Rasanya memang sedap dan agak pejal

Teknologi terkini membolehkan pengeluaran cendawan kukur atau kulat sisir di sekitar kawasan rumah.

Isnin, 15 Oktober 2018

Daun Tebu Sebagai Sungkupan Terbaik

Dari pengalaman menggunakan sungkupan dari daun2 tumbuhan, ternyata daun tebu yang diracik / dipotong kecil adalah yang terbaik

Daun tebu mudah dipotong kecil2, juga sesuai sebagai bahan kompos

Pokok tebu mudah dan cepat membesar

Struktur daun tebu yang bergulung bila kering membolehkan pengudaraan yang baik

Daun tebu mudah terurai / reput dan menjadi kompos terbaik untuk tanah

Tuaian Kangkung Batas Timbun

Batas timbun dengan penghadang membolehkan pokok / tanaman membesar dengan selesa

Tuaian kangkung kali ke-2 dari pokok yang sama

Keperluan air, cahaya dan nutrien adalah kritikal untuk pembesaran yang optima

Sabtu, 13 Oktober 2018

Batas Timbun Tanpa Penghadang vs Dengan Penghadang

Perbezaan antara :

1. Kangkung batas timbun tanpa penghadang
2. Kangkung batas timbun dengan penghadang

Batas timbun tanpa penghadang :
1. Kurang kemas
2. Larian tanah berlaku
3. Larian baja dan air siraman berlaku
4. Sungkupan juga akan bersepah dan memudahkan pertumbuhan rumput rumpai
5. Tanah cepat menjadi padat
6. Penggunaan tanah tidak dapat dimaksimakan
7. Tanah cepat kekeringan

Batas timbun dengan penghadang :
1. Lebih kemas
2. Larian tanah tidak berlaku
3. Baja dan air siraman juga terkawal
4. Memudahkan penggunaan sungkupan yang membantutkan pertumbuhan rumput rumpai
5. Tanah tidak menjadi padat
6. Penggunaan tanah yang maksimum
7. Kekeringan tanah dapat diperlahankan

Jumaat, 12 Oktober 2018

Antara Faedah Sungkupan

Sungkupan akan membantutkan pertumbuhan rumput dan rumpai kerana sungkupan menghalang cahaya daripada terus ke media tanam / tanah

Perbezaan antara rumput rumpai yang kena cahaya matahari dengan yang tidak kena cahaya matahari

Dengan adanya sungkupan mengurangkan persaingan antara tanaman dan rumput rumpai untuk baja / nutrien, air, cahaya, kawasan dll

Tuaian Pucuk Keledek

Tuaian pucuk keledek untuk digoreng

Pucuk ubi keledek cepat dan senang tumbuh

Antara kebaikan batas timbun dgn penghadang ialah kawalan pertumbuhan tanaman. Tanaman yang tumbuh melebihi penghadang akan dipangkas menjadikan kebun lebih kemas

Selasa, 9 Oktober 2018

Batas Timbun Baru No.3 - 2

Akhirnya batas timbun baru no.3 telah siap dengan ukuran 3 kaki lebar x 5 kaki panjang ... Alhamdulillah

Sungkupan dari potongan kotak kertas

3 batas timbun telah siap, yang lain sedang menunggu

Tuaian Kangkung dan Terung Telunjuk Batas Timbun

Sebanyak 4 baris kangkung lagi telah dituai dari batas timbun berpenghadang



Sabtu, 6 Oktober 2018

Khamis, 4 Oktober 2018

Tuaian Temu Lawak @ Curcuma xanthorrihiza

Temu lawak atas batas sudah berusia lebih setahun ( umbisi ditanam pada 29.6.17 yang lalu ) dan perlu dituai.

Batas  temu lawak ini juga akan dinaik taraf menjadi batas timbun dengan penghadang / dinding.

Pokok temulawak yang sudah beranak pinak

Contoh umbisi temulawak

Pokok temulawak dengan umbisi

Daun temulawak berbeza dengan kunyit

Baunya juga berbeza

Antara hasil tuaian, banyak kegunaan temulawak terutamanya untuk kecantikan dan kesihatan

Bahagian yang akan dikomposkan

3 pokok di alihkan ke beg poli untuk kesinambungan kehidupan temulawak

Umbisi, akar dan batang pokok temulawak

Ramai yang tersalah anggap temulawak sebagai kunyit