Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 30 November 2021

Buat Tong Kompos Mudah dari Papan Pallet | Making Simple Compost Bin From Pallet Planks

Komposter jaring tidak lagi dapat menampung pertambahan sisa² kebun yang semakin bertambah. 

Komposter jaring juga sudah mulai mereput dan rapuh.

Pertambahan kawasan penanaman dan pertambahan jenis tanaman meningkatkan hasil pengumpulan sisa² organik kebun.

Oleh itu, 3 tong kompos akan dibuat untuk mengendalikan proses pengomposan supaya lebih teratur.

Tong kompos atau compost bin ini akan dibuat dari papan pallet.

Untuk satu tong kompos a.k.a compost bin perlukan lebih kurang setengah hari untuk disiapkan.

Tong kompos no. 1 - untuk sisa² organik yang baru ( kompos permulaan )

Tong kompos no. 2 - untuk kompos separuh siap / separuh matang.

Tong kompos no. 3 - untuk kompos siap / matang.

Masa proses pengomposan berlaku di dalam tong kompos bergantung kepada kapasiti tong kompos, jenis bahan² kompos, samada terdapat penggunaan bahan2 penggalak, aktiviti menggaul bahan² kompos dan cuaca.

Komposter jaring yang sudah mulai mereput

Sisa² organik kebun makin bertambah

Rekaan / design yang ringkas dan mudah, untuk dinding belakang

Dinding bahagian tepi sebelah kiri

4 set papan pallet diperlukan

Proses memaku papan pallet

Dah siap 3 dinding ( 1 belakang & 2 tepi ) manakala bahagian depan adalah kepingan papan gelongsor / sliding

Perlu penambahan kaki hadapan untuk mengelakkan dari dinding tepi bergerak

Pemasangan dinding belakang dan dipaku

Hampir siap rekaan tong kompos / compost bin dari papan pallet

Bahagian depan adalah papan gelongsor / slider untuk memudahkan pengurusan kompos

Bahagian depan selesai ditutup, boleh dibuka jika perlu

Perlukan 3 tong kompos macam ni 

Pandangan atas, isipadu hampir 1m³

Potongan rumput adalah antara sisa² kebun yang boleh dikomposkan

Hujan dan panas akan mempercepatkan proses pengomposan atau pereputan sisa² organik kebun menjadi kompos

Video proses membina tong kompos atau compost bin untuk halaman rumah kebun bandar JTS seperti di bawah :



Selamat berkebun ...

Jumaat, 26 November 2021

Pindah Tanam Anak Pisang Rastali ke Batas Timbun Bulat

Batas timbun bulat bekas tanaman pokok betik betina akan ditanam dengan anak pisang rastali hari ini.

Pokok pisang rastali tisu kultur yang dibeli dan ditanam penghujung bulan April 2021 sudah mempunyai 3 anaknya.

Batas timbun bulat bekas tanaman betik.

Rumpun pokok pisang rastali

Selesai di alihkan dan di tambah dengan tanah hitam sawit

Video proses pemindahan anak pokok pisang rastali tisu kultur ke batas timbun bulat seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... InsyaAllah

Artikel berkaitan :




Selasa, 23 November 2021

Tebang Pokok Betik Betina di Batas Timbun Bulat | Cutting Down Female Papaya Tree

Sepokok betik betina di batas timbun bulat telah di buang hari ini.

Sisa²nya akan menjadi bahan kompos dan diletakkan di dalam komposter jaring.

Pokok betik ini tidak menjadi buahnya ( tidak lekat ) walaupun sudah lama berbunga.

Kualiti buah betik betina juga biasanya kurang berbanding buah betik dwijantina / hermafrodit yang lebih tebal isinya, sekata ketebalan isinya, kurang biji & lebih sedap rasanya.

Batas timbun ( raised bed ) bulat ini akan di tanam dengan anak pisang rastali rasanya.

Pokok betik ini dialihkan pada Sept' 2020

Buang bahagian daun dahulu dan kemudian bahagian pucuk, dari atas ke bawah

Kerat menggunakan gergaji, boleh juga guna parang dll

Sisa² pokok betik dalam komposter jaring

Lubang yang tinggal untuk anak pisang pula dan bayam brazil yang subur

Akar dan perdu pokok betik. Akarnya tidak masuk ke tanah asal kerana tanah liat yang padat dan keras.

Video ringkas proses menebang atau membuang pokok betik betina di batas timbun Jom Tanam Sayur ( JTS ) dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :




Isnin, 22 November 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 7 ) | Changing Raised Bed Wall ( Part 7 )

Setelah agak lama disebabkan Covid-19, akhirnya bekalan pallet kembali pulih.

Oleh itu projek mengganti dinding batas timbun atau raised bed  ( part 7 ) akan diteruskan.

Batas timbun pokok keladi yang sebelum ini adalah batas timbun pokok pisang serendah dan sebelum itu ada beberapa tanaman lain akan di ganti dindingnya.


Keadaan dinding lama yang sudah mereput

Sebelum kemasan pokok keladi dibuat


Selepas kemasan dibuat untuk memudahkan kerja² menukar dinding


Pokok keladi sayur untuk batang dan ubinya


Papan pallet yang sedia untuk di sambung


Kemaskan bahagian tepian untuk memudahkan kerja² meletakkan dinding baru


Pemasangan dinding bahagian depan dan tepi


Pemasangan dinding bahagian belakang dan tanah lebihan diletakkan kembali


Di laraskan supaya selari dengan dinding yang lain


Tambah 4 guni tanah sawit hitam


Selepas penambahan 4 guni tanah sawit hitam. Masih belum mencukupi.


Video proses penggantian dinding batas timbun pokok keladi dibawah :

Link video : https://youtu.be/Dcx5PbBwMlM



Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat InsyaAllah ...


Artikel berkaitan :

1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/11/batas-timbun-raised-bed-vs-pokok-tebu.html

2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/11/pokok-betik-terkini-di-kebun-bandar-jts.html

3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/10/3-tahun-batas-timbun-tropika-3-years.html

Ahad, 14 November 2021

Batas Timbun ( Raised Bed ) vs Pokok Tebu

Pokok tebu yang ditanam di batas timbun aka raised bed lebih cepat tumbesarannya.

Lebih tinggi pokoknya tetapi cepat rebah mungkin kerana terlebih air ( lebih berat).

Perlu disokong untuk tegakkannya. Walau bagaimana pun, pokok tebu ini akan di kemaskan / di buang untuk memberi laluan kepada sayuran.





Video ringkas pokok tebu di kebun bandar JTS seperti dibawah :


Khamis, 11 November 2021

Pokok Betik Terkini di Kebun Bandar JTS

Ada 7 pokok betik dewasa di kebun bandar JTS buat masa ini.

Ada 3 pokok betik jenis dwijantina / hermafrodit dan 4 pokok betik betina.

Kecuali 2 pokok betik dwijantina / hermafrodit, yang lain akan di tebang dan diganti dengan pokok pisang atau tanaman lain.

Pokok betik dwijantina / hermafrodit yang akan dikekalkan

Pokok betik dwijantina / hermafrodit yang akan dikekalkan

Pokok betik betina di batas timbun bulat ( akan dibuang )

Pokok betik betina ( akan dibuang )

Pokok betik betina ( akan dibuang )

Pokok betik dwijantina / hermafrodit di batas timbun pertama ( akan dibuang ).

Video ringkas berkaitan pokok betik di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat InshaAllah ...

Artikel berkaitan :