Serumpun serai yang sudah tua dikemaskan. Serai yang tua akan mengecil dan mengecut dan akar rizomnya menjadi panjang dan kurang sesuai untuk bahan masakan dan semaian semula. Paling sesuai untuk kompos.
Hasilnya 32 batang serai untuk projek terbaru serta bahan kompos serai.
Video Terbaru @JomTanamSayur
Selasa, 27 Februari 2018
Tanam Bayam Hijau
Selesai tuaian kangkung, bayam hijau pula di semai atas batas timbun. Racikan daun serai di tabur atas batas timbun sebagai sungkupan, kompos dan penghalau serangga.
Isnin, 26 Februari 2018
Kelebihan Kebun Kampung Berbanding Kebun Bandar
Kebun Kampung yang dimaksudkan disini ialah kebun kampung sebenar yang tiada pagar sempadan malahan batu perenggan pun kadang2 tak dijumpai kerana terkambus atau generasi lama tak sempat mengabarkan lokasinya.
Kebun Bandar adalah perkebunan di Taman Perumahan yang merangkumi rumah2 moden yang kekurangan aset tanah di sekitarnya untuk bercucuk tanam sepuas2nya.
Antara keuntungan tinggal dikampung yang berkaitan perkebunan yang dapat penulis catatkan seperti berikut :
1. Kesuburan Tanah
Tanah kampung yang berusia puluhan malah ratusan tahun dengan dikelilingi oleh berbagai jenis tumbuhan serta ternakan tanpa dapat disangkal amat subur dan sesuai dengan hampir semua jenis tanaman setempat apalagi tanaman sayuran jangkamasa pendek dan sederhana.
2. Keluasan Tanah
Tanah kampung juga lebih luas dan lebar yang dapat memberikan ruang secukupnya untuk berkebun. Disamping itu terdapat banyak tanah rezab seperti sungai, parit, taliair, jalan kampung, rezab hutan yang boleh diusahakan dengan keizinan pemilik. Tanah2 terbiar juga dapat dikenal pasti pemiliknya dengan mudah.
3. Bahan-bahan Asas Perkebunan Tersedia
Bahan-bahan keperluan asas berkebun seperti bekalan air, kompos, sabut kelapa, sungkupan, baja, sistem lindungan hujan, pembuatan petak kebun dan sebagainya amat mudah didapati disekitaran kampung. Daun2 kering yang bertaburan, jerami padi lepas tuaian, sisa makanan dapat dikumpulkan dan dijadikan bahan kompos, batang2 pokok seperti kelapa dan buluh umpamanya dapat dijadikan penghadang batas timbun ( raised bed ). Tinja ayam, itik, kambing, lembu dan seumpamanya dapat di jadikan baja organik percuma. Pendek kata semuanya boleh digunakan semula untuk perkebunan.
Bekalan air juga boleh di dapati dengan mudah atau boleh dibuat kolam atau telaga tanpa terlalu bergantung kepada bekalan air paip atau air hujan semata.
4. Keperluan Untuk Uji Cuba ( Eksperimen )
Kawasan yang lebih luas dan sumber bahan asas yang banyak memungkinkan lebih banyak percubaan menanam berbagai jenis tanaman dapat dibuat. Ini dapat memberikan jawapan terhadap kesesuaian tanah dengan jenis tanaman yang tepat.
5. Sokongan Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, Jabatan Pengairan , Jabatan Veterinar dan sebagainya dapat memberikan khidmat nasihat yang diperlukan.
6. Kemajuan Negara
Kemajuan negara membolehkan sistem perhubungan, telekomunikasi, penghantaran dan sebagainya lebih pantas dengan harga berpatutan. Kelebihan ini membolehkan orang kampung membangunkan sistem perkebunan yang lebih cekap.
7. Teknologi Pertanian
Teknologi pertanian yang berkembang baik untuk pertanian bandar seperti hidroponik, fertigasi, akuaponik, permakultur dan sebagainya dapat di aplikasikan di kampung dengan lebih mudah dan skala lebih besar. Sebaliknya pertanian organik amat sukar di amalkan di bandar kerana kekurangan sumber yang ketara.
8. Lokasi Perkampungan
Kebiasaannya bandar2 yang berpenduduk padat dikelilingi oleh kampung2. Kelebihan ini sepatutnya dapat digunakan untuk memasarkan tanaman dari kebun kampung ke bandar

Tips Berkebun Menyeronokkan
1. Mulakan dari kebun kecil
Sentiasa mulakan dari yang kecil atau sedikit demi sedikit. Dari situ kita akan belajar apa yang betul dan apa yang salah
2. Tanam dekat dengan pintu dapur
Rumah kampung atau rumah dulu2 mesti mempunyai kebun dapur iaitu tanaman yang ditanam atau tumbuh di bahagian belakang rumah berdekatan tempat membasuh / sinki dan bilik air
3. Gunakan apa yang ada
Kitar semula apa yang sesuai, guna semula sisa dapur, sisa laman, air rebusan, air basuhan beras dan sebagainya yang sesuai
4. Jangan gali, timbun
Terutama di taman perumahan, kalau ada tanah boleh buat batas timbun. Batu-bata, kepingan genting, papan2 terpakai boleh di jadikan penghadang batas timbun. Kekurangan tanah, gunakan bekas / container, bekas plastik beras, beg poli, beg kitar semula
5. Air, Air, Air
Air bukan sahaja penting untuk manusia dan haiwan, tanaman juga amat memerlukan air terutama tanaman yang terdedah kepada terik matahari. Penyiraman amat penting untuk berkebun
6. Cuba tanam semuanya, sedikit2
Jika kita cuba tanam semuanya, kita akan dapati ada tanaman yang amat sesuai, sesuai atau tidak sesuai dengan tanah kita, cara kita berkebun, cara kita menyiram, membaja dan sebagainya. Dari sini kita akan belajar lebih banyak
7. Tanam apa kita suka makan, makan apa kita suka tanam
Kalau suka makan anggur, belajarlah tanam anggur
8. Lokasi
Lokasi mestilah sesuai dengan jenis tanaman. Perhatikan sinaran matahari, kesan hujan, angin ribut, lindungan dan sebagainya
9. Suburkan tanah, baru tanam
Jangan harap dapat menuai hasil kalau menanam atas batu2. Cuba apa2 saja idea yang datang, mana tahu salah satu akan berhasil
10. Cuba hasilkan benih sendiri
Sekurang2nya satu kitaran tanaman kita dah tahu ... ilmu tuu
11. Cuba bandingkan harga pasaran
Untuk secekak kangkung misalnya yang dibeli walaupun hanya RM1 tetapi + duit minyak + duit parking + duit jajan anak dan masa yang di habiskan
12. Jangkaan Ekonomi
Harga barangan termasuk sayuran akan sentiasa meningkat, solusi kita ?
13. Libatkan semua keluarga
Anak2 terutamanya perlu di latih untuk minat berkebun samada sebagai hobi atau pembelajaran
14. Gunakan Teknologi
Macam2 jenis sistem pertanian bandar telah di komersialkan samada oleh agensi kerajaan atau swasta, salah satu mesti sesuai dengan kita
15. Berkebun Di Kampung
Bagi yang ada kampung yang mempunyai tanah, boleh berkebun di kampung. Disamping dapat menziarah orang tua dan keluarga, boleh menjenguk kebun
16. Kemudahan Internet
Dengan adanya liputan internet yang meluas dan stabil, berkebun bukan hanya boleh di jadikan hobi tetapi satu perniagaan yang serius
17. Sertai Group Berkebun
Banyak Group Berkebun terutamanya di Fb yang boleh anda sertai. Berkongsi pengalaman dan idea serta bertukar2 benih tanaman dan rahsia berkebun amat menyeronokkan. Cubalah !
18. Tanam Bunga
Kebun yang berwarna warni lebih menyeronokkan daripada tanaman warna yang sama / hampir sama warnanya

Sabtu, 24 Februari 2018
Tuaian Hari Ini
Antara tuaian kebun bandar hari ini ialah :
1. Tomato 6 biji
2. Terung Ungu 1 biji
3. Kacang Kelisa 10 biji
4. Terung Telunjuk 12 biji
1. Tomato 6 biji
2. Terung Ungu 1 biji
3. Kacang Kelisa 10 biji
4. Terung Telunjuk 12 biji
Khamis, 22 Februari 2018
Pembiakan Tampang atau Klon Tomato
Tujuan utama pembiakan tampang adalah untuk mendapatkan hasil yang cepat kerana bahagian pokok yang di klon adalah bahagian matang pokok tersebut.
Percubaan meng 'klon' pokok tomato dengan menggunakan keratan batang dan direndam dahulu sehingga berakar.
22.2.18 :
26.2.18 :

Semaian Ulam Raja Sudah Tumbuh
Agak cepat biji benih ulam raja ini bercambah, 2-3 hari sudah menampakkan dirinya. Selamat datang ulam raja ke kebun bandar tepi rumah.
22.2.18 :
27.2.18 :
22.2.18 :
27.2.18 :
Pindah Anak Rambutan Gading
Anak rambutan gading yang disemai dalam pasu pokok bunga melur telah di pindahkan kedalam pasu berlainan. Ada 6 pokok kesemuanya.
Rabu, 21 Februari 2018
Tuaian Hari Ini
Tuaian hari ini :
1. Kangkung secekak untuk sekali masak
2. Kacang kelisa 18 biji, 2-3 hari sekali mesti kutip untuk mengelakkan buah menjadi tua dan juga menggalakkan pengeluaran bunga baru
3. Tomato 3 biji
4. Bendi 2 biji - dulu tanam bendi atas batas sampai cemuih makan bendi hari2

Selasa, 20 Februari 2018
Tanam Pokok Sireh dan Kaduk
Hari ini sempat menanam keratan batang pokok kaduk dan sireh di batas timbun tanpa gali. Semoga ada yang hidup .. insyaAllah
Semai Benih Bunga Matahari
Untuk lebih menceriakan halaman rumah aka kebun bandar, bunga2 perlu di tanam. Selain dari kecantikan, bunga2 yang berkembang mekar juga akan menarik serangga pendebunga serta pemangsa kepada serangga perosak sayuran.
Pokok bunga matahari disemai dicelah2 kangkung berbentuk love pada bekas semaian beroda.

Semaian Benih Tembikai, Timun dan Kacang Panjang
Semaian benih tembikai dan timun untuk kebun menegak ( vertical garden ), manakala kacang panjang akan di tanam pada batas kacang kelisa
20.2.18 :
27.2.18 :
20.2.18 :
27.2.18 :
Isnin, 19 Februari 2018
Tuaian Hari Ini
Antara tuaian hasil tanam sendiri kebun bandar hari ini ialah :
1. Kacang kelisa 32 biji
2. Terung telunjuk 31 biji
3. Tomato 7 biji
4. Kangkung segenggam
Alhamdulillah ....
1. Kacang kelisa 32 biji
2. Terung telunjuk 31 biji
3. Tomato 7 biji
4. Kangkung segenggam
Alhamdulillah ....
Ahad, 18 Februari 2018
Kaedah Berkebun Jimat Air Musim Panas
Musim panas menyebabkan pokok terutama di dalam bekas tanaman seperti pasu, beg poli, bekas plastik dan sebagainya cepat kering dan menyebabkan pokok layu atau mungkin mati.
Salah satu kaedah menjimatkan air ialah dengan merendam bekas tanaman ke dalam takung berisi air. Air takung setengah ketinggian bekas tanaman.
Biarkan tanah menyerap air sebanyak mungkin dan kemudian boleh dikeluarkan bekas tanaman tersebut.
Kebaikannya ialah tanah dapat menjadi basah dan kemudiannya lembab secara keseluruhan. Penyiraman secara biasa iaitu dari atas akan membasahkan tanah bahagian atas sahaja manakala kebanyakan air akan keluar melalui rongga2 tanah yang telah sedia ada. Akar tidak mendapat air yang sepatutnya.

Tayar Terpakai Sebagai Tempat Tanaman
Penggunaan tayar terpakai dapat menjimatkan kos disamping ketahanan tayar yang dapat digunakan untuk jangkamasa panjang.
Untuk mendapatkan ruang menanam sebanyak / seluas mungkin, bahagian tepi tayar bahagian dalam dipotong sedikit.
Ketinggian tayar dapat disesuaikan dengan jenis tanaman dengan menindan / melapik lebih tayar.

Langgan:
Catatan (Atom)