Dengan bantuan batas timbun, kebun pisang mini tepi rumah jadi realiti. Kebun mini kerana cuma ada 15 pokok / rumpun pokok pisang sahaja. Kenapa pisang ?
1. pokok pisang cepat memberikan hasil ( < 2 tahun )
2. pokok pisang sangat bertindakbalas ( responsive ) terhadap kesuburan tanah batas timbun
3. pokok pisang mempunyai banyak jenis dan pelbagai kegunaan
4. keseluruhan bahagian pisang dapat digunakan semula sebagai bahan kompos & sungkupan
5. oleh kerana pokok pisang cepat matang, ianya dapat diganti dengan tanaman lain lebih cepat
6. selain anak sulur, pisang juga mempunyai benih tisu kultur
7. kesan psikologi kepada pekebun kerana pisang cepat membesar / matang
8. batas timbun + hujan & panas sepanjang tahun sangat sesuai dengan pokok pisang
9. daun pisang sebagai teduhan yang baik dan membantu memecahkan air hujan
10. sebagai tanaman lanskap / seni taman yang baik
11. harga pisang juga agak mahal dan stabil
pisang nangka
pisang tanduk
pisang rendah / renek & pisang tanduk
pandangan depan
bahan2 sisa kebun diletakkan kembali ke batas timbun
Video Terbaru @JomTanamSayur
Selasa, 28 Januari 2020
Khamis, 23 Januari 2020
Peringkat Pembesaran Buah Pisang
Setelah lebih seminggu hingga dua minggu selepas pengeluaran jantung, peringkat pembesaran buah pisang akan bermula.
Antara cara2 yang boleh digunakan untuk membesarkan buah pisang semaksima mungkin ialah :
1. pembuangan jantung pisang ( jantung ulam )
2. pembuangan putik pisang yang tidak menjadi buah
3. pembuangan pelepah daun yang berlebihan
4. pembuangan sulur / anak pisang yang berlebihan
Cara2 diatas dibuat dengan tujuan utama supaya pokok pisang dapat menyalurkan tenaga yang dihasilkan dari proses fotosintesis ke arah pembesaran buah.
Walaupun begitu penyediaan awal tanah, pembajaan serta pengurusan pokok pisang juga penting supaya pertumbuhan pokok pisang tidak terbantut yang akan melewatkan pengeluaran jantung pisang.

Rabu, 22 Januari 2020
Buah Pokok Kacang Panjang Renek
Pokok kacang panjang renek dalam NR2 sudah berbuah dan boleh dituai. Pokok yang kecil menghasilkan buah yang agak kecil dan pendek.
Kebarangkalian untuk lebih subur dan hasil lebih baik jika ditanam di batas timbun.
Kebarangkalian untuk lebih subur dan hasil lebih baik jika ditanam di batas timbun.
Selasa, 21 Januari 2020
Anak Pokok Betik di Batas Timbun
Tiga anak pokok betik telah dipindahkan ke batas timbun lebih kurang 2 minggu lepas. Untuk melihat kesesuaian pertumbuhan pokok betik di batas timbun secara nyata ( real ) walaupun sepatutnya secara teori memang tiada masalah.
Belajar cara2 kenalpasti :
1. anak pokok betik jantan, betina atau kedua2nya
2. cara2 mendapatkan biji benih pokok betina dari buahnya
3. tindak balas pokok betik dengan tanah, siraman, pembajaan dll
4. penjagaan pokok betik
5. dll

Jumaat, 17 Januari 2020
Kompos Tanam vs Komposter Tanam
Kompos tanam ialah bahan2 organik ( bahan2 kompos ) sisa dapur, sisa kebun, sisa pasar, sisa kandang dll yang ditanam dalam tanah supaya cepat mereput / terurai dan akan menjadi tanah / sebahagian dari tanah yang berguna kepada tanaman.
Komposter tanam ialah alat / bekas untuk mengompos bahan2 kompos yang ditanam dalam tanah, manakala bahan2 kompos akan diletakkan dalam bekas tersebut berselang seli dengan tanah.
Kenapa perlu komposter tanam kalau kita boleh tanam bahan2 kompos ?
1.1 kompos hasil kompos tanam tertumpu pada tempat2 tertentu sahaja
1.2 kompos hasil komposter tanam boleh di tuai dengan mudah dan digunakan ditempat lain
2.1 komposter tanam boleh bertindak sebagai vermikomposter ( kompos baja tahi cacing )
3.1 komposter tanam berlubang dikelilingnya dan ditanam di batas timbun memudahkan pergerakan lebih banyak organisma tanah masuk dan keluar dan mempercepatkan proses pereputan / penguraian
4.1 tidak perlu mengorek setiap kali ingin menanam bahan2 kompos walaupun sebenarnya kedua2 sistem ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.
4.2 Kombinasi kedua2 sistem ini lebih baik bagi pekebun bandar.
Penambahbaikan perlu dibuat di kemudian hari bergantung kepada hasil percubaan penggunaan komposter tanam ini.
1. saiz bekas yang sesuai
2. jumlah dan saiz lubang
3. lokasi bekas
4. jenis2 bahan kompos
5. dll
Rabu, 15 Januari 2020
Sistem Siraman / Pembajaan Tepat Batas Timbun
Untuk menambah keberkesanan sistem penanaman di batas timbun ( raised bed ), satu sistem siraman / pembajaan tepat boleh dibuat.
Contoh yang mudah dan murah adalah menggunakan botol air bekas minuman yang dibuat lubang di sekelilingnya dan ditanam ditengah2 batas timbun ( raised bed ).
Fungsi utama botol siraman / pembajaan ini untuk membasahkan tanah dibahagian bawah ( dalam ) batas timbun ( raised bed ) yang akhirnya dapat membekalkan air / baja tepat ke akar tanaman.
Dengan sistem siraman / pembajaan yang tepat ke akar tanaman diharap dapat meningkatkan kualiti, produktiviti serta kuantiti tanaman dibatas timbun ... InsyaAllah
Botol air mineral yang dibuat lubang sekelilingnya
Sungkupan yang baik sangat membantu pengurusan batas timbun
Tanah batas timbun yang longgar memudahkan kerja mengorek tanah
Tanah batas timbun yang longgar memudahkan pergerakan akar tanaman mencari air, nutrien, udara dan sebagainya
Tong sampah organik
Selesai proses menyediakan sistem siraman / pembajaan tepat tanaman dibatas timbun ( raised bed )

Sabtu, 11 Januari 2020
Takung Hidroponik Sebagai Tempat Semaian
Hidroponik Takung dengan konsep 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai boleh disesuaikan ( adjust ) menjadi tempat semaian anak benih untuk ditanam di batas timbun ( raised bed ).
Lubang pada penutup takung ( styrofoam ) perlu ditambah untuk mendapatkan lebih ruang semaian biji benih. Penggunaan span ( sponge ) yang dipotong sebagai media kepada biji benih lebih mudah dan jimat. Air baja hidroponik perlu di gunakan dari mula semaian dibuat untuk mempercepatkan pertumbuhan anak tanaman.
Takung hidroponik semaian perlu diletakkan ditempat yang kena cahaya matahari tetapi terlindung dari timpaan air hujan. Bila semaian sudah agak besar, bolehlah dialihkan ke batas timbun ( raised bed ), dan takung bolehlah digunakan semula untuk semaian benih tanaman yang baru.
Dari 8 lubang ditambah menjadi 15 lubang
Hari semaian, menggunakan span sebagai media tanam
Seminggu lepas semaian
Dua minggu lepas semaian
Tiga minggu lepas semaian, antara 2-3 minggu lepas semaian adalah masa sesuai untuk pemindahan ke batas timbun
Menggunakan baja hidroponik dari Kazz Hidroponik

Selasa, 7 Januari 2020
Sungkupan dari Anak Pokok Kurma
Ada beberapa lebihan anak pokok kurma di halaman rumah telah dipotong / diracik kecil dan ditabur ke batas timbun. Perlu berhati2 kerana daun pokok kurma keras dan tajam dan agak menyakitkan jika tercucuk.
Isnin, 6 Januari 2020
Pisang Rendah / Renek pula Berjantung
Setelah pisang nangka tepi pagar berjantung, kini giliran pokok pisang rendah, serendah atau pisang renek yang ditanam dibatas timbun pula berjantung. Jantungnya besar dan jatuh menghala ke barat daya.
Jumaat, 3 Januari 2020
Pisang Nangka Sudah Berjantung
Rumpun pisang nangka yang terdiri dari empat pokok pisang nangka. Sudah sangat lama pokok pisang ni. Rasanya dari anak sulur air, generasi ke-3.
Sepokok sudah berjantung, sepokok sedang akan berjantung insyaAllah, manakala dua pokok lagi belum ada tanda2 akan berjantung.
rumpun pokok pisang nangka
jantung pisang pokok nangka pertama
tongkol jantung pisang pokok nangka kedua sudah nampak
bunga dan putik pisang nangka

Langgan:
Catatan (Atom)