Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 16 Februari 2023

Tuai Pisang Tanduk

Pokok pisang tanduk yang hampir tumbang 2 minggu lepas akhirnya telah di tuai buahnya.

Buah yang cantik walaupun belum cukup tua tetapi bagus untuk dibuat kerepek.

Manakala sisa²nya pula seperti biasa akan dikomposkan diatas raised bed asal dan lain² raised bed.

Raised bed ini cadangnya akan dibuat raised bed timun dan seangkatan dengannya ... dgn izin الله swt selepas sepokok lagi pisang tanduk dituai nanti.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Link video :



Artikel berkaitan :




Selasa, 14 Februari 2023

Bacaan pH Tanah Raised Bed

Kepentingan pH tanah adalah mustahak berkaitan dengan kos pembajaan.


pH di sekitar 7.0 adalah antara yang terbaik kerana tanaman / tanah dapat menyerap baja semaksimum mungkin.


pH yang terlebih alkali atau asid akan menyebabkan kos pembajaan meningkat kerana banyak baja yang akan dibazirkan.





















Selamat berkebun ... 
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkaitan :




Khamis, 9 Februari 2023

Penjagaan Tanah Raised Bed

Fokus utama bila berkebun dengan teknik raised bed ini ialah menjaga tanah / media tanam.

Penjagaan termasuklah :

1. Tanah perlu sentiasa gembur -
1.1 Banyakkan campuran bhn² organik semasa penyediaan tanah
1.2 Penggunaan sungkupan yang berterusan
1.3 Selepas setiap musim / tuaian, tanah akan digaul semula

2. Tanah sentiasa lembab -
2.1 Dinding sebagai penebat haba
2.2 Penggunaan sungkupan / mulching yang mencukupi
2.3 Ketinggian tanah raised bed yang cukup untuk menyimpan air siraman / air hujan
2.4 Laras tanaman supaya semua tanaman dapat menerima hujan yang sekata

3. Tanah sentiasa bernutrien secukupnya
3.1 Siraman secara berkala bila perlu
3.2 Siraman cecair sisa dapur
3.3 Siraman air ikan
3.4 Siraman baja npk
3.5 Sela masa 2 minggu antara siraman 3.2,3.3 & 3.4

4. Bersedia untuk digunakan bila² di perlukan -
4.1 Walaupun tiada tanaman, raised bed akan tetap di jaga ( di siram & di baja )

Selain di atas, teknik raised bed ini lebih sesuai digunakan di kawasan yang rata dan tidak berangin kuat.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :