Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 29 Jun 2020

Blog Jom Tanam Sayur ( JTS ) & Samsung Galaxy A31

Semoga telefon pintar Samsung Galaxy A31 ini mampu menjadi peneman untuk penulis menghasilkan artikel, gambar dan video terbaik untuk blog Jom Tanam Sayur ( JTS ) untuk rujukan dan sumbangan penulis untuk penulisan blog berkaitan perkebunan / pertanian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu.

Agak kurang blog2 berBahasa Malaysia / Bahasa Melayu berkaitan perkebunan / pertanian yang konsisten mengemaskini artikel2 untuk rujukan dan menambah baik perkembangan Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu selain ilmu perkebunan / pertanian itu sendiri.

Dengan 4 kamera belakang + 1 kamera selfie, bateri yang padu serta simpanan memori yang besar diharap dapat membantu kerja2 penulis sebaik mungkin.

Dibawah adalah sebahagian gambar2 dan video contoh menggunakan kamera 48 mp Samsung Galaxy A31.

Zoom sehingga 8x juga banyak membantu menghasilkan gambar2 yang lebih baik.



















Kualiti gambar memang memuaskan hati penulis, cuma perlu penambahbaikan dari teknik fotografi.

Selamat berkebun ...

Rabu, 24 Jun 2020

Tukar Handphone Untuk Blogging

Walaupun Iphone sedap digunakan dengan sekuriti dan kamera yang baik tetapi ada sedikit masalah untuk berblog menggunakan Iphone.

Antara masalah utama ialah untuk edit blog itu sendiri. Amat sukar untuk scroll / browse dari atas ke bawah dan sebaliknya. Begitu juga untuk menambah gambar atau video ... kadang2 rasa macam nak campak saja telefon ni.

Ada banyak halangan, tak pasti asal dari mana tetapi ianya merencatkan dan menghalang penghasilan  artikel blog yang baik.

Untuk itu perubahan kepada telefon pintar dengan sistem operasi android perlu dibuat. Diharap dengan perubahan ini dapat merancakkan lagi penulis untuk berblog mengenai tanaman dan yang sewaktu dengannya dengan lebih baik dan lancar ... insyaAllah.

Diharap dengan telefon pintar baru ini akan memberikan pengalaman berblog yang lagi menarik dan juga diharap gambar2 dan video2 yang dimuat naik lebih memuaskan berbanding telefon pintar lama.

Screenshot terakhir blog jomtanamsayur.blogspot.com menggunakan telefon pintar lama

Rabu, 17 Jun 2020

Pisang Tanduk No.3 Pula Berjantung

05.6.20 - daun pelepah terakhir kembang sepenuhnya
10.6.20 - daun seludang kembang sepenuhnya bersama dengan pembentukan jantung utama
17.6.20 - jantung utama rebah






Jumaat, 12 Jun 2020

Melihat Pembentukan Jantung Pisang Rendah Dari Dekat

Pokok pisang rendah, serendah, renek aka dwarf cavendish yang tinggi batangnya hanya sekitar satu meter membolehkan pemerhatian bagaimana pembentukan jantung pisangnya berlaku dengan lebih jelas dan dekat.

Daun pelepah atau pelepah pisang akan semakin memendek bila pokok pisang rendah sudah hampir mengeluarkan jantung. Bergantung kepada kesuburan tanah, panjang daun berbeza2. Namun begitu pemerhatian dengan mata kasar dapat mengesan perbezaan panjang daun pelepah pisang.

Daun seludang ( daun pengasuh ? ) yang berbentuk kipas dan pendek akan keluar bersama2 pembentukan jantung pisang rendah. Jantung yang belum rebah akan tegak seperti tongkol ( tongkol pisang ).

Lebih kurang seminggu hingga 10 hari, jantung pisang rendah akan rebah dan proses putik membesar menjadi buah akan bermula.













Isnin, 8 Jun 2020

Tanam Benih Kantan

Sepokok anak kantan  ( benih ) dipotong umbisinya yang bersambung dengan pokok induk pada rumpun kantan di batas timbun.

Dipotong tinggal sedikit batangnya dan ditanam di tepi pagar. Percubaan / eksperimen untuk melihat :

1. berapa lama tunas baru akan muncul dan bagaimana cara pertumbuhan pokok kantan :-
1.1 jangkamasa mula pengeluaran tunas bunga
2. percubaan menghasilkan lebih banyak tunas bunga berbanding tunas pokok :-
2.1 kurangkan / potong pokok matang yang melebihi 3 batang pokok setiap rumpun
2.2 lebihkan bahan organik dari sisa pokok kantan sendiri
2.3 menggunakan sisa cecair organik sebagai siraman






Khamis, 4 Jun 2020

Pembentukan Buah Pisang Tanduk ( Bahagian 2 )

Pemerhatian dari 2.6.20 hingga 4.6.20 telah memberikan kefahaman lebih jelas bagaimana pembentukan buah pisang tanduk berlaku. Alhamdulillah ...

Terdapat 7 kelopak yang membalut jantung pisang tanduk di kebun JTS. Kelopak ini mempunyai kepanjangan dari +\- 11 inci hingga 21 inci yang membalut 2 sikat pisang tanduk.

Kelopak pertama yang membalut keseluruhan jantung pisang tanduk ( panjang 21 inci ).
Kelopak kedua yang membalut sikat pertama ( panjang 15 inci  )

Sikat pertama mempunyai 7 biji buah manakala sikat kedua mempunyai 13 biji buah pisang tanduk.

Selepas ini hanya perlu menunggu buah pisang tanduk ini matang pula.


 Gambar pada 2.6.20



 Gambar pada 3.6.20





Gambar pada 4.6.20

Rabu, 3 Jun 2020

Pindah Anak Betik ke Batas Timbun Baru

Batas timbun 3'x3'x1' telah ditanam dengan anak pokok betik yang sudah agak berumur. Anak betik yang di letakkan sementara dalam longkang untuk memudahkan penyiraman.

Penanam betik perlu mengambil tahu perbezaan antara betik jantan, betik betina serta betik ' hermafrodit ' iaitu betik yang mempunyai bunga betina dan jantan pada satu pokok.

Kemampuan membuat penilaian awal dapat menjimatkan kos pengeluaran dan dapat meningkatkan produktiviti jika diusahakan secara komersial.







Selasa, 2 Jun 2020

Pembentukan Buah Pisang Tanduk ( Bahagian 1 )

Setelah keluar bunga ( jantung utama ), pembentukan buah akan mula terjadi pada pokok pisang. Bagaimanakah buah pisang tanduk terbentuk ?

Pemerhatian dari 29.5.20 hingga 1.6.20 menunjukkan bagaimana pembentukan buah pisang tanduk berlaku.

Hanya terdapat 2 sisir / sikat buah / jejari pisang tanduk yang terjadi dengan bilangan buahnya 7 biji ( sikat pertama ) dan 13 biji ( sikat kedua ).

Juga terdapat hanya 5 kelopak yang melindungi jantung / bunga pisang tanduk pada pokok ini. Cuma kelopaknya agak panjang.

Pisang tanduk tidak memiliki lebihan bunga betina yang membentuk jantung ulam / kecil sepertimana pisang nangka dan serendah.

Kesemua bunga betina pokok pisang tanduk akan menjadi putik buah dan membesar. Walaubagaimanapun jumlah jejari / bilangan buah, jumlah sisir / sikat serta sifat fizikal buah bergantung kepada terutamanya kesuburan tanah, cara penyiraman, pembajaan dan sebagainya.

 Gambar pada 29.5.20

Gambar pada 30.5.20


 Gambar pada 31.5.20

Gambar pada 1.6.20

Isnin, 1 Jun 2020

Ikan Gapi dalam Takung Hidroponik

Enam ekor ikan Gapi ( 3 pasang ) telah dibeli dan dimasukkan kedalam takung hidroponik. Sebagai langkah berjaga2 dengan kemungkinan pembiakan nyamuk berlaku.

Musim hujan dan air hujan yang masuk kedalam takung hidroponik menyebabkan kepekatan air baja hidroponik berkurang yang tidak baik untuk tanaman.