Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 26 September 2020

3 Jenis Bunga Betik | 3 Types of Papaya Flowers

Bila kita fokus kepada sesuatu perkara secara lebih mendalam, kita akan dapati banyak perkara yang kita tidak tahu.

Kebiasaannya kita hanya tahu ada betik jantan dan ada betik betina. Betik jantan tidak berbuah manakala betik betina yang menghasilkan buah.

Sebenarnya ada 3 jenis pokok betik yang selalu kita dapat lihat. Dua darinya iaitu betik betina dan betik dwijantina / hermafrodit dapat menghasilkan buah.

Pengkelasan jenis pokok betik berpaksikan kepada jenis bunganya iaitu :

1. Bunga jantan
2. Bunga betina
3. Bunga dwijantina / hermafrodit

Bunga betik akan keluar dari celah ketiak daun.

Terdapat beberapa pokok betik di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) yang berasal dari benih buah yang sama.

# 1 pokok berbunga jantan
# 1 pokok berbunga betina & sudah berbuah
# 2 pokok berbunga hermafrodit / dwijantina
# 8 pokok belum berbunga

1. Pokok betik bunga jantan :

1.1 3 gambar bunga betik jantan ( male )


Bunga betik jantan

Bunga betik jantan

1.2 Ciri2 bunga betik jantan :

1.2.1 tangkai panjang & berjuntai
1.2.2 bunga majmuk / jambak
1.2.3 mempunyai 5 kelopak
1.2.4 warna kuning cair
1.2.5 bunga individu kecil
1.2.6 biasanya tidak berbuah
1.2.7 tiada ovari hanya debunga ( pendebunga )


2. Pokok betik bunga betina :

2.1 3 gambar bunga betik betina ( female )


Bunga betik betina
 
Bunga betik betina

2.2 Ciri2 bunga betik betina :

2.2.1 bentuk kon ( besar di pangkal )
2.2.2 warna kuning cair
2.2.3 bunga besar
2.2.4 mempunyai 5 kelopak
2.2.5 perlukan pendebungaan silang untuk berbuah
2.2.6 mempunyai ovari tanpa debunga
2.2.7 putik buah berbentuk bulat


3. Pokok betik dwijantina ( hermafrodit ) :

3.1 3 gambar bunga betik dwijantina 


Bunga betik dwijantina

Bunga betik dwijantina

3.2 Ciri2 bunga betik dwijantina / hermafrodit :

3.2.1 berbentuk selinder
3.2.2 warna kuning cair
3.2.3 mempunyai 5 kelopak
3.2.4 biasanya pendebungaan sendiri 
3.2.5 mempunyai ovari dan debunga
3.2.6 putik buah berbentuk lonjong

Semoga bermanfaat dan selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BungaBetik

Isnin, 21 September 2020

"GrowBesen" - Teknik Penanaman Menggunakan Besen Terpakai

"GrowBesen"  adalah kombinasi perkataan Grow iaitu tumbesaran dan Besen iaitu tempat menakung air, menyimpan barang dll.


Besen terpakai / terbuang boleh digunakan banyak cara untuk membantu pekebun.

Salah satunya sebagai alat bantuan tumbesaran tanaman. Sebab itulah teknik ini dinamakan sebagai "GrowBesen".


Ianya berfungsi antara lain sebagai :
1. Tanda sempadan kawasan tanaman.
2. Tempat meletakkan sungkupan.
3. Tempat memerangkap air hujan / air siraman / air embun.
4. Elakkan pertumbuhan rumput rumpai
5. Pembajaan / siraman tepat.
6. Elakkan terpotong tanaman semasa memesin rumput.
7. Membantu tanaman di kawasan kurang subur kerana ianya mampu mengekalkan kelembapan lebih lama.


Walaupun begitu keberkesanannya bergantung kepada penjagaan / pengurusan tanaman itu sendiri.

Teknik "GrowBesen" ini bukanlah sistem 3T ( tanam, tinggal, tuai ) seperti sesetengah sistem hidroponik.

Ianya lebih kepada penambahbaikan pilihan kepada sistem sedia ada dan pengamalan prinsip kitar semula.


Lubang2 yang dibuat di besen disesuaikan dengan tanaman yang hendak ditanam.

Selain besen, barangan lain seperti tong, baldi, botol dan sebagainya juga dapat dikitar semula bergantung kepada kreativiti seseorang pekebun.

Sila tonton video dibawah untuk kefahaman yang lebih jelas ...


Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#GrowBesen

Ahad, 20 September 2020

Kawat Jaring, Batas Timbun & Pokok Betik

Bahan-bahan :

Bahan2 untuk membuat Batas Timbun ( Raised Bed ) menggunakan dinding kawat jaring di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).

1. Kawat jaring
2. Kotak kertas
3. Bahan2 kompos
4. Ranting kayu
5. Tanah dan campuran tanah
6. Baja organik, sintetik atau keduanya.

Cara membuat dinding Batas Timbun ( Raised Bed ) dari kawat jaring :

1. Kawat jaring dipotong dengan ketinggian 1kaki.
2. Buat bulatan dengan diameter 3kaki ( +/- 1meter ).
3. Kotak kertas juga dipotong ketinggian 1kaki sebagai lapik bahagian dalam dinding Batas Timbun ( Raised Bed ).
4. Ranting kayu dipotong dan dijadikan penahan kotak.





Cara2 Penyediaan Batas Timbun ( Raised Bed ) Berdinding Kawat Jaring.

1. Letakkan kawat jaring ( dinding ) di tempat yang dikehendaki diatas tanah asal.
2. Letakkan kotak kertas yang telah dipotong dibahagian dalam kawat jaring ( dinding ).
3. Masukkan bahan2 kompos, sisa kebun dan sebagainya.
4. Letakkan tanah secara merata.
5. Taburkan baja samada organik ataupun sintetik secara merata.
6. Ulang langkah 3, 4  & 5 sehingga Batas Timbun ( Raised Bed ) hampir penuh.
7. Bahagian atas sekali adalah untuk sungkupan ( sungkupan terbaik mungkin dari potongan daun tebu, buluh, lalang, serai dan sebagainya ).








Cara2 Menanam Pokok Betik di Batas Timbun ( versi JTS ).

1. Buat lubang hingga separuh Batas Timbun ( bergantung kepada saiz & tinggi bahan tanaman, kedalaman maksima diaras tanah asal saja ).
2. Tanam pokok betik dan kambus seperti biasa. Sungkupan diratakan.
3. Siram sehingga tanah benar2 lembab ( bahan2 kompos didalam tanah yang lembab lebih cepat mereput dan terurai ).





Cara2 Penjagaan Tanaman Betik di Batas Timbun

1. Penyiraman bertumpu ke Batas Timbun. Tidak perlu jika hujan atau musim hujan.
2. Penambahan bahan kompos dan tanah secara berkala untuk kekalkan kelonggaran tanah.
3. Pembajaan mengikut peringkat tumbesaran pokok. Kekurangan / kelebihan unsur akan kelihatan pada pokok samada daun, pucuk, bunga, buah dan sebagainya.
4. Kawalan penyakit dan perosak secara berkala juga penting untuk mengelakkan kerugian.
5. Buah betik perlu dituai bila sudah matang ( mengikut keperluan penggunaan ).

Video

Sila tonton video dibawah untuk proses2 pembuatan batas timbun ( raised bed ) menggunakan kawat jaring sebagai asas dinding.


Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Betik

Jumaat, 18 September 2020

Lagi Pisang Renek Tepi Pagar Tumbang

Lebih kurang 3 bulan selepas jantungnya rebah, pisang renek tepi pagar pula tumbang atau patah tengkok.

Tanah taman perumahan yang padat dan keras mungkin menyukarkan untuk akar pokok pisang berkembang.

 Pokok kecil dan agak kurus

Hanya ada 4 sisir buahnya

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Pisang

Selasa, 1 September 2020

Buah dan Pokok Betik di Kebun JTS

Satu atau sepohon betik telah berbuah setelah lebih kurang 5 bulan dipindahkan dari beg poli.

Buahnya berbentuk agak lonjong, adakah ini betik dwijantina / hermafrodit?

Tinggi pokok sekitar 5-6 kaki dan ditanam di batas timbun ( raised bed ).

Selepas kelompok putik pertama yang mengandungi 8 putik membesar menjadi buah, beberapa putik pula gugur dan kemudian barulah putik yang baru membesar pula.

Adakah kekurangan nutrien, kekurangan kelembapan, kekurangan bahan organik, perubahan cuaca dll memberi impak ketara kepada pertumbuhan pokok betik, jenis betik yang terjadi serta penghasilan buahnya?

 Pokok betik dwijantina / hermafrodit ?

Bentuk buah agak lonjong, berwarna hijau ketika muda dan bergetah

Bunga, putik serta buah betik di kebun JomTanamSayur

Video ringkas berkaitan buah dan pokok betik

Selamat berkebun...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Betik