Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 31 Januari 2023

Apabila Musim Angin Kuat ( Musim Tengkujuh )

Angin monsun timur laut yang berangin kencang dan membawa hujan lebat di kawasan pantai timur Semenanjung dan beberapa tempat di Sarawak & Sabah.

Juga dikenali sebagai musim tengkujuh, biasanya kawasan² lapang akan menerima angin kuat / kencang.

Ada sesetengah tanaman yang tidak tahan dengan angin kencang seperti pisang, jagung dan sebagainya.

Walaupun angin berperanan sebagai egen pendebungaan tetapi angin kuat atau kencang berperanan sebaliknya.

1. Tongkat Pokok Pisang Tanduk






2. Buat Pancang Pokok Jagung









3. Tanam Sisa Dapur Pepejal / Siram Sisa Dapur Cecair







4. Info Musim Tengkujuh

Khamis, 26 Januari 2023

Buang 2 Pokok Kurma

2 Pokok kurma di laman depan dan tepi  rumah yang di tanam dari biji dibuang.

Pokok² ini dah berusia melebihi 5 tahun dan perlukan kawasan yang lebih sesuai jika hendak di jadikan sebagai lanskap.

Pokok yang makin membesar akan mengganggu aktiviti membina kebun bandar berkonsepkan raised bed tropika.

Di buang perlahan2 dan sisanya dijadikàn bahan kompos.


















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkaitan : 




Khamis, 19 Januari 2023

Tuai Pisang Emas dan Pelupusan Sisa²nya

Setelah setahun ditanam akhirnya setandan buah pisang emas ini berjaya dituai ... alhamdulillah.

Terdapat 5 sisir yang agak besar dan berat dgn jejari buah yang bulat dan tegang.

Segala sisa² organik pokok pisang ini akan di racik dan di jadikan bahan kompos dan sungkupan.

Umbisinya juga akan dikorek dan dibiarkan diatas batas timbun atau raised bed sehingga kering.

Apabila raised bed ini dibuat semula nanti, segala sisa² organik ini akan dicampurkan sekali.























Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :