Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 21 November 2023

Konsep Pareto 80/20 & Teknik Raised Beds

Konsep pareto 80/20 boleh digunapakai untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara samada berkaitan individu, pembelajaran, pekerjaan, sesuatu teknik dan sebagainya.

Dalam perkebunan, prinsip atau hukum pareto 80/20 boleh digunakan untuk kenal pasti samada teknik berkebun yang diamalkan adalah efisien menurut prinsip pareto 80/20.

80 merujuk kepada keluaran ( output ), hasil atau keputusan akhir manakala 20 pula merujuk kepada masukan ( input ), masa, tenaga atau kos yang terlibat.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



Sabtu, 11 November 2023

Raised Beds - Teknik Berkebun Yang Dilupakan

Pada pendapat saya, raised beds adalah teknik berkebun zaman dulu² atau mungkin juga adalah teknik berkebun zaman kuno.

Ini kerana cara² membuat raised beds adalah amat mudah, menggunakan bahan² yang ada di sekitaran kita untuk :

1. Dinding - boleh gunakan kayu², papan², batu², bata, atap genting / zink, buluh, batang pinang, batang kelapa, sabut kelapa dan sebagainya sebagai penghadang tanah raised beds dari berselerak.

2. Media tanam - tanah² sekitaran samada tanah atas atau bawah dan juga campuran sisa² organik seperti daun² kering untuk longgarkan tanah.

3. Sungkupan - potongan² rumput, jerami, daun² kering, serat kelapa dan sebagainya.

4. Baja - kompos, sisa kebun, sisa dapur, sisa kandang, tinja cacing, air ternakan ikan dan sebagainya.

Dan paling penting adalah teknik raised beds ini terbukti membuahkan hasil yang memuaskan serta boleh di gunakan berulang kali sepanjang tahun.

Cuaca tropika seperti Malaysia sangat sesuai dengan teknik raised beds kerana faktor hujan dan panas sepanjang tahun tanpa perlu waktu rehat seperti negara² 4 musim.

Istilah Bahasa Melayu ' Batas Timbun ' yang merujuk kepada ' Raised Beds ' juga masih amat janggal bagi orang sekarang walaupun pekebun² itu sendiri.

Jadi, adalah tidak munasabah atau tidak mungkin teknik raised beds ini adalah teknik baru melainkan adalah teknik dulu² yang telah dilupakan.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Jumaat, 3 November 2023

Tut Pokok Betik Yang Menjadi / Berhasil

Lebih kurang 5 bulan lepas, 4 batang pokok betik muda telah ditut. Dan dua darinya telah tumbang awal akibat angin kuat, manakala yang ketiga tumbang pada bulan kedua dan telah dipindahkan kedalam planter bag dan yang keempat telah di kerat dan dialihkan ke dalam planter bag pada bulan ketiga.

Tut nombor 3 dan 4 nampaknya telah berjaya hidup dan membesar di dalam planter bag, cuma mungkin kerana isipadu tanah yang terhad, pembungaannya agak terganggu.




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Khamis, 2 November 2023

Pegaga & Raised Bed

Raised bed yang mengandungi sisa² organik pokok pisang emas yang telah mereput dan juga sisa² organik sebagai sungkupan memungkinkan tanah di raised bed sangat sesuai untuk herba pegaga.

Bila terlalu banyak, tak termakan pula, apa² pun pegaga ini akan di tanam semula di satu raised bed bulat, manakala raised bed ini akan dibuat semula untuk tebu inshaAllah.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...

Link video :



Artikel berkaitan :