Tuaian dari 3 pokok cili api akar sistem hidroponik sumbu. Tiada afid yang kelihatan cuma banyak buah cili api yang di sengat lalat buah.
Video Terbaru @JomTanamSayur
Sabtu, 28 April 2018
Selasa, 24 April 2018
Ahad, 22 April 2018
Cili Api Akar dan Bara Hidroponik
Perkembangan yang baik, cili api akar sudah banyak buahnya, cili bara pun sudah mulai berbunga cuma air hujan telah mencairkan baja hidroponik dalam botol takung
Jumaat, 20 April 2018
Pindah Anak Kacang Kelisa
5 anak pokok kacang kelisa telah dipindahkan ke batas yang sama dengan batas kacang kelisa sedia ada
Semaian Kangkung dan Bendi
Biji benih kangkung dan bendi telah di semai pada batas tepi rumah bahagian belakang
20.4.18 :
25.4.18 :
1.5.18 :
20.4.18 :
25.4.18 :
1.5.18 :
Rabu, 18 April 2018
Benih Kangkung
Sisa2 benih kangkung yang masih ada dari pokok kangkung di kebun bandar. Dah tak banyak hasilnya tapi masih boleh dibuat bahan semaian.
Selasa, 17 April 2018
Keratan Batang ( klon ) Tomato Ceri
4 pokok tomato ceri yang mengalami gangguan alga kritikal telah di buat keratan batang dan direndam.
Penambahbaikan Sistem Hidroponik Sumbu Botol Air
1. Cawan kitar semula bertutup digunakan - supaya pokok lebih stabil dan mengurangkan kemasukan air hujan yang akan mencairkan kepekatan larutan baja
2. Botol dan cawan dicat warna gelap - mengurangkan / mengelakkan pertumbuhan alga
3. Sedikit garisan menegak pada botol tidak dicat - memudahkan pemantauan isipadu larutan baja
4. Lubang untuk penambahan air baja dibuat - memudahkan pengisian larutan baja dan mengurangkan stress pada pokok
17.4.18 :
24.4.18 :

Ahad, 15 April 2018
DIY : Pot Semaian Dari Suratkhabar
Bagi pekebun yang suka idea2 baru, boleh cuba buat pot semaian tanaman menggunakan suratkhabar yang bersepah kat rumah. Saiz pot ikut kesesuaian tanaman. Boleh gunakan botol, gelas, tin atau apa saja sebagai asas bentuk pot.
Selain mengitar semula suratkhabar, jimat duit dan MUNGKIN mesra alam, cara ini juga tidak perlukan pemindahan / transplant tanaman. Pot semaian boleh terus di tanam bersama anak pokok. Suratkhabar akan hancur dalam tanah dengan cepat.
Keperluan bahan2 :
1. Suratkhabar
2. Pisau
3. Gunting
4. Dulang / bekas
5. Tin / botol atau sebagainya
Cara2 : Seperti ilustrasi di bawah ( menyampahnya blogging dengan i-Phone ni )

Semaian Cili, Kapsikum dan Kacang Panjang
Semaian cili besar, cili api kampung, kapsikum kuning, kapsikum merah dan kacang panjang menggunakan pot semaian dari suratkhabar. Benih cili dan kapsikum direndam 10 jam.
15.4.18 :
15.4.18 :
- 24.4.18 :
Jumaat, 13 April 2018
Khamis, 12 April 2018
Langgan:
Catatan (Atom)