Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 30 September 2024

Raised Beds Dan Potensinya ( 3 ) - Guna Pakai Tanah Terbiar & Bermasalah

Tanah terbiar dan tanah bermasalah adalah 2 kategori tanah yang boleh diusahakan untuk pertanian dengan menggunakan teknik batas timbun atau raised beds.

Tanah terbiar biasanya tanah persendirian yang dimiliki ramai pemilik atau penama seperti tanah pusaka.

Tanah terbiar juga biasanya adalah lot² yang kecil dan berselerak di seluruh negara.

Pembangunan tanah² terbiar juga membabitkan kos yang lebih tinggi terutama tanah² yang berada jauh dari jalan utama.

Tanah bermasalah pula adalah tanah² yang tidak dapat ditanam dengan tanaman secara biasa.

Ianya mungkin kerana faktor tanah itu sendiri atau faktor² luaran yang menyumbang kepada keadaan semasa tanah² tersebut.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :




Khamis, 19 September 2024

Raised Beds Dan Potensinya ( 2 ) - Sesuai Dengan Iklim Tropika

Walaupun raised beds atau batas timbun lebih popular di negara² orang putih / barat namun ianya juga sangat berpotensi di negara² tropika.

Di negara² tropika seperti Malaysia atau negara² sub-tropika, dengan hujan dan panas sepanjang tahun, raised beds dapat berfungsi sepanjang tahun.

Ianya tidak perlukan rehat yang panjang seperti negara² 4 musim.

Tanaman dapat disemai, ditanam, tumbuh membesar dan dituai sepanjang masa dalam masa setahun.

Agak semak raised beds ini ... perlu dikemaskan

Pokok² tebu sebelah sini akan dibuang manakala pokok betik akan dijarangkan

Rumpun tebu ini pun akan hilang nanti

Khamis, 12 September 2024

Raised Beds Dan Potensinya ( 1 ) - Tahan Lama

Potensi raised beds yang pertama adalah ketahanannya. Raised beds boleh bertahan lama andai beberapa perkara di buat.

1. Menggunakan dinding raised beds dari bahan² yang tahan lama, contohnya batu bata.

2. Sentiasa menambah tanah, kompos, sungkupan & baja organik.

3. Menanam sisa dapur dan menyiram raised beds menggunakan air sisa dapur dan air sisa kebun, contohnya air basuhan beras / teh kompos.

Aktiviti² diatas akan menarik organisma² tanah yang akan menjadikan tanah raised beds lebih gembur dan subur.

Sept. 2024 genap 6 tahun raised beds pertama secara rasminya dibuat. Walaupun idea tentang raised beds dan cubaan² menggunakan apa² saja bahan sebagai dindingnya telah lama dibuat.

Batas asal tanpa dinding, batas tradisi.


Setelah dibuat dinding, jadilah raised bed dan kangkung adalah tanaman pertama

Tanaman kedua, pisang rendah & pisang tanduk.

Tanaman ketiga, betik dan pisang tanduk.

Tanaman keempat adalah kangkung dan jagung manis.

Tanaman ke 5 adalah pisang emas.

Tanaman ke 6 pula ubi kayu isi putih.

Isnin, 2 September 2024

Tebu Kuning Sudah 7 Bulan Di Raised Bed

Raised beds adalah penemuan teknik berkebun yang rasanya sudah lama di tinggalkan.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dan kebaikan berkebun teknik raised beds namun ianya masih belum diamalkan secara meluas dan merata.

Tebu kuning dan raised bed ini sudah berusia 7 bulan.

Setakat ini masih belum menggunakan sebarang baja kimia atau baja sintetik.

Hanya sisa² organik kebun dan sisa² cecair dan fizikal dapur digunakan.

Salah satu kebaikan raised beds yang saya suka adalah "semakin lama semakin subur" andai beberapa perkara asas diamalkan.

Rumpun yang terdedah / terbuka kepada cahaya lebih tinggi dari rumpun yang terlindung / redup.

Tebu² diikat supaya terus tumbuh tegak kerana banyak kebaikannya.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :