Anak pisang atau anak pokok pisang atau sulur pisang akan keluar dari sekeliling umbisi pokok induk. Ianya akan membentuk rumpun yang dinamakan rumpun pisang. Jumlah anak pisang bergantung kepada antaranya kesuburan tanah serta varieti pokok induk.
Ada amalan pertanian komersial yang membuang anak2 pisang kecuali satu atau dua untuk memberi fokus kepada pokok induk. Manakala untuk saradiri atau hobi, anak pisang dibiarkan untuk kesinambungan generasi atau untuk mencantikkan kawasan atau untuk jualan.
Video Terbaru @JomTanamSayur
Jumaat, 31 Mei 2019
Khamis, 30 Mei 2019
Penyakit Dan Perosak Utama Dalam Penanaman Pisang
Isnin, 27 Mei 2019
Cara Untuk Mengetahui Bila Pisang Akan Berjantung
Bergantung kepada varieti, teknik penanaman, kesuburan tanah serta jenis benih anak pisang ( tisu kultur, sulur pedang, penyukuan mata tunas ) jangkamasa pokok pisang matang akan berbeza.
Apabila pokok pisang matang, ianya akan berjantung. Tetapi bilakah dan macamana jantung pisang akan keluar menarik untuk di kaji.
Hasil pemerhatian penulis di kebun tepi rumah JomTanamSayur (JTS), didapati terdapat beberapa peringkat pertumbuhan daun pisang :
1. Peringkat anak - daun yang masih kecil dan belum berkembang sepenuhnya
2. Peringkat membesar - daun mula berkembang semaksima mungkin mengikut kadar tumbesaran pokok
3. Peringkat matang - daun2 muda akan muncul seminggu sekali dan berkembang sepenuhnya
4. Peringkat berjantung dan berbuah - daun seludang ialah daun terakhir keluar disusuli dengan jantung ( bunga ) yang akan menjadi buah. Manakala daun pelepah terakhir sebelum daun seludang keluar lebih pendek dari daun pelepah matang sebelumnya
Gambar dibawah menunjukkan fasa perkembangan keluaran jantung ( bunga ) dan tandan pisang pokok pisang renek / rendah / serendah
Oleh kerana ketinggian pokok pisang renek sekitar 5 kaki, membolehkan pemerhatian dibuat secara dekat
18.5.19 : 2 gambar diatas menunjukkan daun pelepah terakhir sudah mula berkembang sebelum daun seludang keluar
21.5.19 : 2 gambar diatas menunjukkan daun seludang sudah keluar manakala daun pelepah terakhir sudah kembang sepenuhnya
23.5.19 : 3 gambar diatas menunjukkan daun seludang sudah kembang sepenuhnya dan telah kelihatan bengkak pada bahagian bawahnya menandakan jantung pisang sudah mula membentuk.
Ukuran anggaran :
1. daun seludang ialah 2.5 kaki panjang x 1 kaki lebar daun ditengah
2. daun pelepah terakhir pula dalam 4 kaki panjang x hampir 2 kaki lebar daun ditengah
3. daun pelepah matang sebelumnya ialah 5.5 kaki x 2 kaki lebar daun ditengah
24.5.19 : tongkol pisang bentuk macam tongkol jagung
25.5.19 : pemerhatian jarak dekat nampak lebih jelas perubahan pada tongkol pisang tersebut
26.5.19 : tongkol pisang mulai membuka
27.5.19 : akhirnya, penantian telah berakhir, jantung besar ( bunga pisang ) telah keluar dan menunduk kearah barat ( apakah faktor yang mempengaruhi arah mana jantung pisang akan menghala ? )
Bila bunga menjadi buah dan tandan pisang semakin berat, daun seludang akan turut rebah kebawah.
Nota : pemerhatian ini dibuat keatas pokok pisang renek / rendah / serendah dan bukanlah pemerhatian secara saintifik ( hanya untuk pengetahuan dan perkongsian )

Pisang Renek Berjantung Lagi
Pokok pisang renek / rendah / serendah no. 2 sudah berjantung. Pokok ini di alihkan ke batas timbun no.3 berpenghadang yang sebelum ini adalah batas timbun temulawak.
Ada yang sebut pisang renek / rendah / serendah sebagai " dwarf cavendish ".

Jumaat, 24 Mei 2019
Khamis, 23 Mei 2019
Beza Antara Pisang Sayur ( Plantain ) Dan Pisang Makan ( Banana )
Apakah perbezaan dan persamaan antara Pisang Sayur ( Plantain ) Dan Pisang Makan ( Banana ) ?
Contoh Pisang Sayur ( Plantain ) - Pisang Tanduk
Contoh Pisang Makan ( Banana ) - Pisang Cavendish
Pisang Sayur ( PS ) - perlu di proses atau dimasak sebelum dimakan ( seperti sayuran @ cooking banana )
Pisang Makan ( PM) - biasa dimakan mentah sebagai pencuci mulut ( seperti buah- buahan @ dessert banana )
Walaupun mempunyai perbezaan tetapi tidaklah terlalu ketara secara saintifik kecuali pada rasa buah masak dan kegunaan buah masing2.
Persamaan :
1. Kedua2nya adalah buah dari keluarga tanaman yang sama ( Musa spp. )
2. Dari segi botani dan agronomi, masing2 mempunyai struktur / kaedah yang sama / hampir sama
3. Zat pemakanan / nutrien yang hampir sama ( vitamin, nutrien, fiber )
4. Manfaat kesihatan yang lebih kurang sama kerana nutrien yang hampir sama
5. PS dan PM muda mempunyai ciri2 yang sama / hampir sama
Perbezaan dari segi buah :
1. Rasa - PS masak rasa kurang manis dan kurang sedap, PM masak lebih segar, manis dan sedap
2. Kandungan - PS lebih berkanji, PM lebih bergula
3. Kegunaan - PS biasa di proses atau dimasak sebelum dimakan, PM sebagai pencuci mulut atau campuran pencuci mulut
4. Saiz - PS lebih besar dan panjang, bersegi berbanding PM yang lebih kecil, pendek dan bulat ukur lilitnya
5. Pemasaran - PS biasa dijual matang / belum masak, PM diperam atau dibiarkan separuh masak dipokok sebelum dijual
6. Kulit - PS kulit lebih tebal berbanding PM
7. Rasa PS bila dimasak mirip kepada rasa kentang daripada pisang
8. Warna kulit - PS masih hijau bila sudah masak dan bertukar kekuningan bila terlebih masak dan kehitaman bila terlalu masak, PM biasanya akan bertukar kekuningan tanda sudah masak dan sesuai di makan dan kehitaman bila terlebih masak walaupun ada PM yang masak hijau
9. Jumlah buah - PS mempunyai jumlah buah yang kurang berbanding PM tetapi bersaiz lebih besar
10. Oleh kerana PS mempunyai bunga yang kurang, ianya seolah2 tidak berjantung seperti buah pisang biasa apabila kesemua bunganya menjadi buah ( jantung pisang adalah bahagian bunga pisang yang tidak membesar menjadi buah )

Rabu, 22 Mei 2019
Beza Pertanian Tradisi Dan Pertanian Konservasi
Antara perbezaan ketara amalan Pertanian Tradisi ( Traditional ) vs amalan Pertanian Konservasi ( Conservation )
1. Masa
- Tradisi : lebih masa diperlukan untuk satu kitaran penanaman dari penyediaan tanah kepada penuaian
- Konservasi : penjimatan masa kerana ada proses yang ditiadakan / dikurangkan / dipermudahkan
2. Beban kerja
- Tradisi : lebih banyak tenaga di perlukan untuk setiap proses penanaman dari mula hingga akhir
- Konservasi : proses yang memerlukan beban kerja yang banyak dikurangkan atau dihapuskan
3. Membersihkan kawasan / mencantas / memotong semak samun
- Tradisi & Konservasi : masa dan beban kerja yang sama
4. Membakar
- Tradisi : biasanya selepas kawasan dibersihkan dan segala sisa dibiarkan kering dan dibakar
- Konservasi : tiada pembakaran dilakukan, segala sisa pembersihan kawasan di jadikan sungkupan / mulching dan di tabur berselerak
5. Membajak / ploughing
- Tradisi : masa yang lama dan beban kerja yang banyak diperlukan
- Konservasi : tiada aktiviti membajak dilakukan dan jimat masa dan tenaga untuk penyediaan tanah
6. Penanaman / seedling
- Tradisi : tanpa sistem
- Konservasi : ada sistem seperti barisan, jarak tanaman, tanaman selingan dan sebagainya
7. Merumput / pengurusan tanaman
- Tradisi : tanpa sistem, tanaman sukar diurus samada membaja, merumput, menyiram dan sebagainya
- Konservasi : dengan adanya sistem penanaman yang baik akan menjimatkan masa mengurus tanaman
8. Menuai
- Tradisi : hasil tuaian akan semakin merosot dari satu musim ke satu musim seterusnya kerana kesuburan tanah semakin kurang
- Konservasi : hasil tuaian akan semakin baik dari musim ke musim kerana kesuburan tanah di tingkatkan dengan penggunaan sungkupan yang berterusan, tanpa bajak dan sebagainya

Ahad, 19 Mei 2019
Zero Budget Natural Farming ( ZBNF )
Zero Budget Natural Farming ( ZBNF) di popularkan oleh En. Subhash Palekar di Negeri Karnataka, India ( selatan).
Zero Budget - Tanpa hutang dan tanpa pembelian input pertanian
Natural Farming - Bertani secara lestari / alami tanpa penglibatan bahan kimia
Hutang - 1. Kos pengeluaran yang tinggi
2. Kadar bunga yang tinggi
3. Harga hasil pertanian yang turun naik
4. Kos minyak yang meningkat
5. Kos biji benih yang tinggi
Hutang adalah satu masalah untuk petani pelbagai peringkat di India ( dunia juga ).
Zero Budget Natural Farming ( ZBNF ) adalah satu set kaedah pertanian yang berjaya dengan menggunakan sumber dari alam.
Zero Budget Natural Farming ( ZBNF ) terdiri dari 4 elemen :
1. Jivamrita / jeevamrutha ( lebih kurang seperti Organik Plant Booster - menggunakan tinja lembu, urine lembu, gula merah dll untuk 3 tahun pertama sahaja )
2. Bijamrita / beejamrutha ( treatment untuk bahan tanaman, benih dan sebagainya di perbuat dari bahan2 tempatan )
3. Acchadana / Mulching ( 1. soil mulch 2. straw mulch 3. live mulch )
4. Whapasa / moisture ( tanaman perlukan kelembapan yang sederhana supaya molekul udara dapat bergerak bebas dalam tanah )
Sub-elemen dari Zero Budget Natural Farming ( ZBNF ) :
1. Tanaman selingan ( Intercropping )
2. Kontur dan ban ( Contour and bunds )
3. Cacing tanah tempatan ( local earthworm )
4. Tinja lembu tempatan ( local cow dung )
Rujukan : http://www.fao.org/3/a-bl990e.pdf

Sabtu, 18 Mei 2019
Pindah Anak Pokok Pisang Ke Batas Timbun
Pindahkan anak pokok pisang tanduk dan anak pokok pisang nangka ke batas timbun.
Anak pisang tanduk
Anak pisang nangka
Anak pisang tanduk
Anak pisang nangka
Jumaat, 17 Mei 2019
Buah Pertama Durian Belanda
Bunga sebelum ini tidak menjadi buah, tiba2 ternampak sebiji buah durian belanda yang masih muda tetapi agak besar. Bermakna ada harapan untuk lebih membesar dan matang InsyaAllah.
Khamis, 16 Mei 2019
Pisang Tanduk Sudah Berbuah
Tak perasan bila jantungnya keluar, tiba2 dah nampak buahnya 3 biji. Pokok pun kurus sahaja kerana ditanam terus dalam tanah liat yang padat. Pokok ceri yang semakin membesar memberikan naungan ketika hari panas terik dan membantu mengekalkan kelembapan tanah.
Pisang tanduk adalah varieti pisang ketiga selepas pisang nangka dan pisang renek di kebun JomTanamSayur (JTS).
Sudah ada anaknya yang bersulur air
Buah muda pisang tanduk

Anak pisang tanduk pemberian jiran belakang rumah
Buah muda pisang tanduk
Adanya Batas Timbun, Apa Perlunya Komposter ?
Batas timbun aka raised bed dengan penghadang / dinding dapat digunakan sebagai tempat menanam kompos sisa dapur. Oleh kerana tanah batas timbun berkeadaan longgar kerana tidak dipijak maka proses mengorek dan meletakkan sisa dapur menjadi lebih mudah.
Ianya juga dapat digunakan sebagai tempat buangan sisa kebun. Hanya perlu di racik kecil2 untuk memudahkan proses pereputan. Hampir kesemua sisa kebun dapat digunakan sebagai sungkupan atau bahan kompos yang ditanam.
Batas timbun aka raised bed dengan penghadang / dinding juga dapat dijadikan tempat cacing tanah membiak. Cacing tanah akan menghasilkan baja tahi cacing aka vermicompost yang sangat baik untuk tanaman dan tanah.
Ianya juga dapat digunakan untuk melupus air basuhan beras, ikan, air rebusan ulaman dll. Selain menyuburkan tanah, kita juga dapat jimat air.
Dengan mengurangkan tempat untuk komposter, kita dapat menambah tempat untuk batas timbun, bermakna lebih tempat untuk tanaman kita. Bermakna lebih banyak jenis tanaman dapat ditanam.
Batas timbun boleh di gunakan pelbagai tujuan
Komposter jaring ringkas yang sudah jarang digunakan

Rabu, 15 Mei 2019
Lubang Penanaman Zai ( Zai Planting Pits )
Di popularkan di Burkina Faso kerana kawasan yang semi-gurun dan hujan yang tidak menentu. Di percayai di mulakan oleh Yacouba Sawadogo ( The Man Who Stopped The Desert ).
Zai Planting Pits atau Lubang Penanaman Zai berasal dari perkataan Zaigre yang bermakna " lift up the ground ".
Sangat minima teknologinya :
1. Korek lubang lebih kurang 25cm diameter x 20cm kedalaman x 90cm antara lubang
2. Masukkan sedikit kompos tinja haiwan
3. Masukkan 3 biji benih tanaman spt betari ( sorghum )
Tujuan lubang ialah untuk memerangkap (1) air bila hujan dan (2) tanah atas / sediment yang dibawa air serta (3) melembapkan tanah di sekitarnya. Teknik ini hanya bergantung kepada hujan yang tidak menentu di negara2 seperti di Afrika yang berdekatan kawasan gurun.
Zai Planting Pits boleh juga digabungkan dengan teknik pemerangkapan air yang lain seperti batu2 yang disusun memanjang untuk memperlahankan larian air hujan.
Sisa2 tanaman akan dijadikan sungkupan untuk lebih memperlahankan kadar kehilangan air tanah. Hasilnya, lama-kelamaan lebih banyak jenis tanaman dapat di tanam kerana kesuburan tanah makin meningkat.

Langgan:
Catatan (Atom)