Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 24 Februari 2021

Buah Betik Betina vs Buah Betik Dwijantina | Female Papaya Fruit vs Hermaphrodite Papaya Fruit

Selain dari struktur bunga yang berbeza, betik betina ( female papaya fruit ) juga dapat di bezakan dari betik dwijantina ( hermaphrodite papaya fruit ) melalui bentuk buahnya yang terjadi.

Apa2 pun perbezaan ini mungkin berlaku kepada betik yang berbentuk lonjong.

Manakala untuk betik yang sememangnya berbentuk bulat mungkin perbezaan ini tidak begitu ketara.

Di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ), setakat ini terdapat 3 pokok betik betina dan 4 pokok betik dwijantina dan satu pokok betik jantan.

Biji benih pokok2 betik ini asalnya di semai dari sebiji buah yang sama yang berbentuk lonjong.

Kemungkinan betik ini ialah jenis betik sekaki.

Sebiji betik betina dan sebiji betik dwijantina yang dipetik dan diperam 2 hari lepas telah masak.

Kedua2 buah betik telah dikupas kulitnya dan di belah untuk melihat bahagian dalamnya.

Ujian rasa juga telah dibuat untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan dari segi rasa.

Pokok betik dwijantina @ hermaphrodite

Buah betik dwijantina @ hermaphrodite
Buah permulaan kurang sempurna bentuknya

Buah betik dwijantina @ hermaphrodite, buah seterusnya berbentuk lonjong yang cantik

Pokok betik betina @ female

Buah betik betina @ female berbentuk lebih kebulatan

Pokok betik betina @ female. Bentuk buah juga dipengaruhi oleh kesempurnaan pendebungaan

Betik dwijantina @ hermaphrodite ( kiri ) vs betik betina @ female ( kanan )

Buah betik betina lebih banyak biji, ketebalan isi tidak seragam ( lebih nipis dibahagian atas ), ruang kosong lebih luas

Buah betik dwijantina kurang biji, tebal isi lebih seragam, rongga kosong lebih kecil

Buah betik dwijantina lebih padat dan rasanya lebih manis berbanding buah betik betina

Video dibawah adalah gambaran perbezaan antara dua jenis betik diatas


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & bye ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Betik

Isnin, 22 Februari 2021

Daun Pokok Tebu Sebagai Bahan Kompos | Sugarcane Leaves As Composting Matters

Antara banyak2 jenis daun tanaman di halaman rumah Jom Tanam Sayur ( JTS ), daun tebu antara yang terbaik sebagai bahan2 kompos, bahan sungkupan, bahan campuran tanah dan sebagainya.

Ianya perlu diracik, lebih kecil lebih bagus. Struktur daun tebu yang lebih lembut, rapuh bila kering lebih cepat mereput dan menjadi kompos.

Daun tebu kering dan hampir kering yang akan di racik

Ada kerengga yang membuat sarang di daun pokok tebu

Pokok tebu yang sudah dibersihkan dari daun2 yang kering

Pelepah daun tebu berbulu halus dan mungkin menjadi alahan / kegatalan kpd sesetengah orang

Daun tebu yang telah diracik akan direndam untuk melembutkannya

Air hasil rendaman daun tebu boleh disiram kepada tanaman

Video berkaitan aktiviti di atas :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & bye ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Tebu

Rabu, 10 Februari 2021

Pokok Pisang Berjantung Lagi | Banana Tree Flowering Again

Pisang rendah / serendah / renek atau dwarf cavendish, pisang nangka dan pisang empat puluh hari di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ) akan berbunga / berjantung lagi, insyaAllah ...

Pisang serendah yang sudah berbunga dan akan membentuk jantung

Pisang nangka yang juga sudah berbunga / berjantung 

Daun kedua terakhir sudah keluar sebelum daun pengasuh keluar - pisang 40 hari / pisang boyan

Pisang serendah generasi ke2, hanya 5 sikat yang membentuk tandan

Video di bawah adalah video berkaitan pokok pisang yang di atas.


Selamat berkebun ...
Stay safe & bye ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Pisang

Selasa, 2 Februari 2021

Sistem Siraman Sendiri Pokok Bunga | Self Watering System for Flower Plant

Habis musim hujan, tiba musim panas pula. Banyak pokok dalam pasu yang mati atau hampir mati.

Siraman perlu lebih kerap dibuat. Kegagalan menyiram boleh membantutkan pertumbuhan tanaman.

Oleh itu sistem siraman sendiri tanaman ( self watering system ) mungkin boleh digunakan sebagai alternatif untuk menjimatkan masa menyiram.

Percubaan di buat untuk tanaman keladi dan bunga ros jepun menggunakan balang lutsinar berbeza saiz.

Air biasa / paip digunakan tetapi air berbaja juga tiada masalah. Kalau menggunakan air berbaja, masa pembajaan juga dapat di jimatkan.

Alatan ringkas, balang dan sumbu

Pelarasan ( adjustment ) mengikut kesesuaian. Setakat ini penutup balang belum digunakan.

Pokok keladi yang selalu kekeringan.

Sumbu mesti cecah dasar balang. Lubang kecil air lebihan keluar juga di buat di balang, sedikit dibawah dasar pasu.

Balang sebagai takung air. Sumbu sebagai penarik air ke atas / tanah.

Balang lutsinar mungkin akan menumbuhkan alga.

Diletakkan di tempat panas langsung.

Pemerhatian dibuat untuk melihat berapa lama air dalam balang / takung akan habis.

Video di bawah adalah proses membuat sistem siraman sendiri ( self watering system ) untuk pokok bunga di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS )


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & bye ...

#JomTanamSayur
#SistemSiramanSendiri
#KebunBandar