Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 30 Mei 2020

Anak Pisang dari Pembelahan Umbisi

Salah satu dari kaedah untuk membiakkan atau memperbanyakkan anak pisang ialah teknik pembelahan umbisi / ubi pisang.

Beberapa bahagian umbisi yang telah dipotong dan diletakkan sebagai sungkupan / bahan kompos di batas timbun telah bertunas.

Jika perlu, anak pisang ini boleh ditanam di lokasi lain. Tetapi memandangkan sudah ada banyak pokok pisang rendah yang ditanam, maka anak pisang ini akan menjadi bahan kompos.




Khamis, 28 Mei 2020

Pisang Tanduk No.2 Telah Berjantung

Ada 3 pokok pisang tanduk dibatas timbun kebun JTS. Satu ditanam pada Mei 2019 manakala dua lagi pada Ogos 2019.

Yang dialihkan pada bulan Mei 2019 asalnya ditanam tepi pagar dan kerana pertumbuhannya yang sangat perlahan, lalu dialihkan ke Batas Timbun pertama ( pokok no.1 )

Manakala dua pokok yang dialihkan pada bulan Ogos 2019 ialah anak sulur air dari pokok pisang tanduk yang ditanam juga ditepi pagar dan pokoknya kerdil dan mempunyai 3 biji buah sahaja ( pokok no.2 & no.3 )

Pokok yang telah berjantung ini ialah salah satu dari dua anak pokok pisang tanduk yang dialihkan pada bulan Ogos 2019 ( pokok no.2 )

Antara perbezaan ketara / ciri2 pokok pisang tanduk yang ditanam di batas timbun kebun JTS ialah :
1. pokoknya lebih kecil dan jenis kurus ( pokok 1,2 & 3 ) berbanding pisang nangka & serendah
2. pokok no.2 ini mengambil masa 8-9 bulan untuk berjantung manakala pokok no. 1 & 3 belum berjantung. pokok no.1 sudah setahun dialihkan
2. pembentukan jantungnya ( pokok no.2 ) mengambil masa yang lebih lama berbanding pisang nangka & serendah setelah daun seludang / daun terakhir keluar
3. jantungnya ( pokok no.2 )  juga lambat rebah berbanding pisang nangka & serendah


 Gambar pada 26.5.2020

 Gambar pada 27.5.2020

Gambar pada 28.5.2020

Isnin, 25 Mei 2020

Bina Batas Timbun 3' x 3' x 1' untuk Dusun Bandar

Buat batas timbun baru untuk dusun bandar. Dibuat menggunakan bahan2 kitar semula disekitaran rumah.

Dirancang untuk tanaman betik dengan jarak antara tanaman 2 meter / lebih kurang 6 kaki.

Menggunakan sisa kebun sebagai asas kepada bahan2 batas timbun.







Sabtu, 23 Mei 2020

Tuaian Serai untuk Hari Raya

Serai makan perlu dituai bila sudah matang, berumur 7 bulan keatas untuk mengelakkan kualiti serai menurun. Pokok serai akan meninggi, mengecut dan mungkin mati mereput.

Serai perlu dituai dan di tanam semula untuk mendapatkan batang serai yang sesuai untuk masakan. Jarak tanaman antara 2 ke 3 kaki sesuai untuk kebun halaman rumah.

Serai antara tanaman yang lasak dan tidak memerlukan penjagaan terlalu rapi. Serai ditanam dari bahagian batangnya dengan sedikit akar bersama untuk mempercepatkan tumbuhnya.







Jumaat, 22 Mei 2020

Hasil Tut Media Air

Setelah 2 bulan tut pokok buah2an dibuat, hari ini nak tengok hasilnya. Tut juga boleh dibuat menggunakan media tanah, kokopeat dan sebagainya.

Pokok mangga dan jambu batu belum mengeluarkan akar walau sudah ada bengkakan di bahagian yang dipotong tersebut.

Untuk pokok durian belanda, sudah keluar akar2 yang baik dan agak panjang. Oleh itu tut pokok durian belanda telah di potong dan di tanam didalam bekas dan diletakkan dalam longkang untuk memudahkan penyiraman.







k

Selasa, 19 Mei 2020

Pokok Inai ( Lawsonia inermis )

Ada dua beg poli pokok inai yang diletakkan dalam longkang. Pokok inai ini ditanam menggunakan beberapa keratan batang yang dicucuk sahaja. Sudahpun berusia hampir 2 tahun dan sudah agak besar pokoknya.

Akarnya juga sudah menjalar jauh dalam longkang mencari air & nutrien. Inai memang tanaman lasak dan mudah hidup.

Inai adalah termasuk kategori herba dan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, kecantikan, perubatan dll.





Sabtu, 16 Mei 2020

Pokok Pisang Nangka ke-2 pula berjantung

Setelah pokok pertama mengeluarkan jantung lebih kurang seminggu lalu, kini giliran pokok pisang nangka kedua pula berjantung. Penggunaan batas timbun yang mempunyai banyak bahan organik dan  kelembapan tanah berterusan dapat membantu pokok pisang membesar dengan baik.

Jantung yang besar, insyaAllah dapat memberikan hasil atau buah yang besar dan banyak. Panjang kelopak jantungnya melebihi 1 kaki dan dari pemerhatian pokok yang pertama mengeluarkan 6 sikat / sisir dengan jumlah buah per sisir berbeza dari 10 ke 12 jejari.

Jantung ulam atau jantung kecil iaitu jantung / bunga yang tidak lagi menjadi buah akan dibuang setelah pmbentukan buah selesai untuk pokok fokus kepada pembesaran buah yang ada ( jangkamasa seminggu hingga 10 hari lepas jantung pisang rebah ).






Khamis, 14 Mei 2020

Sistem Tanaman dalam Longkang Tepi Rumah

Tanaman yang diletakkan di dalam longkang tepi rumah boleh hidup dan membesar dengan baik kerana sumber air siraman / air hujan / air embun yang lebih baik. Longkang yang berbentuk 'U' juga lebih sejuk dan disukai oleh tanaman.

Lebihan potongan rumput serta daun2 kering yang mereput juga menjadi sumber nutrien / baja kepada tanaman. Longkang yang diperbuat dari simen dan konkrit juga dapat mengelakkan pertumbuhan rumput rumpai berbanding tanah.

Tanah di dalam beg poli dapat menyerap air sehingga cukup dan lebihan air dibiarkan mengalir keluar seperti longkang biasa.





Isnin, 11 Mei 2020

Siput Babi yang Memanjat Pokok Kantan

Tak tahu apa tujuannya, mungkin untuk berehat, bertelur, mencari makanan atau tersesat, seekor siput babi didapati berada di daun pokok kantan. Tidak ada kesan2 daun kantan dimakan oleh siput babi. Persoalan kenapa siput babi memanjat pokok kantan perlu di kaji lagi !





Jumaat, 8 Mei 2020

Pisang Nangka di Batas Timbun Sudah Berjantung

Anak pokok pisang nangka yang dialihkan ke batas timbun ( raised bed ) pada 18/5/19 sudah berjantung. Asal dari anak sulur rebung ( sulur pedang yang masih sangat kecil ).

Gambar pada 18/5/19

Gambar pada 23/8/19


Gambar pada 28/1/20


Dua gambar pada 8.5.20