Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 31 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Jom Tanam Kailan

Sayuran kailan juga merupakan sayuran yg cepat tumbuh dan cepat dituai dan harganya juga lebih mahal. Tanam sendiri sayur kailan utk menjimatkan kos dapur dan demi kesihatan yg lebih baik.

Cara penanaman kailan tidak berbeza dgn bayam dan sawi dimana benih perlu disemai terlebih dahulu. Apabila anak kailan sudah berumur seminggu atau lebih sedikit bolehlah di pindahkan ke batas atau tempat penanaman yg telah disediakan.

Cara penjagaan tidaklah cerewet cuma perlu pastikan pembajaan dan siraman yg secukupnya.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kailan atas batas

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kailan sudah matang

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kailan sudah Berbunga
Jom Tanam Kailan
Bunga kailan

Lagi gambar yang terbaru
Jom Tanam Kailan
20.11.16 : Benih kailan

Pendek kata, sayur kailan sinonim dgn ikan masin.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2


Sabtu, 29 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Jom Tanam Bayam

Sayuran ketiga yg boleh di tanam adalah bayam. Bayam pun termasuk kategori senang tumbuh, senang di jaga, cepat dituai dan sedap dimakan.

Penanaman bayam sepertimana sawi, oleh kerana biji benihnya kecil maka ia perlu dicampur dgn sedikit pasir sebelum di semai utk mengelakkan pertindihan biji benih yg byk pd satu2 tempat semaian.

Penjagaan juga tidak rumit, pastikan media tanam samada batas, polibeg, pasu dan sebagainya mempunyai campuran nutrien yg secukupnya. Terdapat 2 jenis bayam yg biasa ditanam iaitu bayam hijau dan bayam merah.

Penanaman kaedah hidroponik perlu dipastikan campuran baja AB yg betul. Kaedah hidroponik lebih cepat pembesaran sayuran kerana akar mendapat nutrien secara terus dari air baja. Namun kaedah hidroponik bukanlah organik.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Bayam dan lain2 sayuran


Pendek kata, jom belajar tanam bayam.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Jumaat, 28 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Jom Tanam Sawi Manis

Tanaman sayuran kedua yg boleh ditanam disekitaran rumah adalah kumpulan sawi. Ada sawi kerinting, sawi manis, sawi kampung dan sebagainya.

Oleh kerana tempoh matang yg cepat, sawi juga kurang di serang perosak jika persekitaran kebun terkawal. Oleh sebab sawi mempunyai biji benih yg kecil maka ianya sesuai jika disemai terlebih dahulu.

Penjagaan yg perlu adalah penyiraman serta pembajaan yg secukupnya.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Antara benih yg ditanam

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Benih Sawi Manis baru disemai dalam beg plastik

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Sawi manis pun cepat tumbuh 




Jom Tanam Sawi Manis
Makin byk tumbuh

Jom Tanam Sawi Manis
Sawi manis sedang membesar

Jom Tanam Sawi Manis
Semai dalam bakul raga pun boleh

Jom Tanam Sawi Manis
20.11.16 : Perlu dipindahkan segera

anak sawi yang sudah melebihi masa pemindahan
6.12.16 : Kalau masih belum pindah, macam nilah jadinya


Jom Tanam Sawi Manis
Mengalihkan anak sawi kedalam polibeg


Pendek kata, sawi tanam sendiri mempunyai rasa yg berbeza drpd yg di beli di pasar.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Jom Tanam Sayur - Jom Tanam Kangkung Darat

Kangkung adalah antara sayuran berdaun yg paling cepat tumbuh bila di tanam. Ianya juga cepat boleh dituai bergantung kepada kaedah penanaman samada konvensional atau moden.

Kangkung juga mempunyai 2 jenis iaitu kangkung darat dan kangkung air. Kebiasaan yg ditemui di pasar adalah dari jenis kangkung darat kerana lebih praktikal untuk di tanam.

Cara penanaman menggunakan tanah ( konvensional ) juga mudah dgn benih di rendam seketika utk menggalakkan percambahan juga untuk mengasingkan benih yg tidak berkualiti, yakni yang terapung di permukaan air rendaman.

Selepas itu benih boleh terus di tanam pada batas atau media tanaman, tak perlukan tapak semaian. Jarak taburan benih bergantung kepada samada batas atau tempat tanaman yg berlainan.

Jom Tanam Kangkung Darat
Benih Kangkung jenama TRIO

Jom Tanam Kangkung Darat
Kangkung antara sayuran paling cepat tumbuh
Jom Tanam Kangkung Darat
Kangkung 1 minggu dalam polibeg
Jom Tanam Kangkung Darat
Kangkung 2 minggu dalam polibeg

Jom Tanam Kangkung Darat
Kangkung 3 minggu dalam polibeg, sudah boleh tuai kalau mahu

Jom Tanam Kangkung Darat
Cantik daunnya

Jom Tanam Kangkung Darat
Kangkung 4 minggu dalam polibeg
Jom Tanam Kangkung Darat
19.11.16 : Utk buat benih

pokok kangkung darat tanam dalam polibeg
6.12.16 : Sudah banyak sulur, cuma tunggu bunga dan buah pula
16.1.17 : Bunga pertama



22.3.17 : Telah menghasilkan benih secara berterusan

16.4.17 : masih menghasilkan benih-benih kangkung

22.7.17 : terkini





10.11.17 :






19.11.17 :

Selasa, 25 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Pertanian Bandar

Apakah yg dimaksudkan dengan Pertanian Bandar ? Bertani di bandar, tanam sayur di bandar, tanam sayur di sekitaran rumah di bandar, pinggir bandar samada rumah banglo, semi-d, teres, apartment, rumah pangsa, rumah flat, town house dan sebagainya.

Menggunakan ruang yang ada, mempelbagaikan kaedah penanaman mengikut suasana, menanam jenis sayuran yg sesuai dgn kediaman dan sebagainya. Antara kaedah penanaman spt mini fertigasi, laman dapur ( edible garden ), kebun konvensional ( terbuka ), fertigasi tertutup atau terbuka, tanam cendawan di dapur, tanam taugeh secara auto dan sebagainya.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kailan di Kebun Konvensional

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kangkung, Bayam, Serai di Kebun Konvensional
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Terung, Kobis di Kebun Konvensional

Kadang2 kita tak sedar pun yg kita dah mengamalkan pertanian bandar dgn menanam sayuran di sekitar kawasan perumahan. Antara manfaat pertanian bandar ialah menjimatkan kos dapur, mengindahkan sekitaran rumah, menyejukkan bumi, memanfaatkan kawasan lapang, membantu menjamin keselamatan makanan, sebagai hobi yang berfaedah kpd kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

Pendek kata, memang banyak manfaat bertani dan bercucuk tanam sayuran di persekitaran rumah.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Isnin, 24 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Sayuran Permulaan

Apakah jenis sayuran yg perlu / patut di tanam oleh newbie / beginner ? Apa2 sayuran pun boleh di tanam ikut suka hati, tetapi kalau nak belajar jadi penanam sayuran terhebat kenalah mulakan dari sayuran yg mudah ditanam, cepat dituai, senang dijaga dan sedap di makan.

Cthnya spt sawi, bayam, kangkung, kailan dll, iaitu sayuran berdaun dan tempoh matang lebih kurang sebulan.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Sawi Manis

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Bayam

Kaedah penanaman juga perlu diambil kira samada kaedah konvensional atau moden. Kaedah lama atau konvensional menggunakan medium tanah dan campuran2 yg sesuai spt kompos, sisa kandang juga baja kimia.

Kaedah moden cthnya fertigasi, aeroponik, aquaponik menggunakan larutan baja yg dibancuh atau dihasilkan oleh haiwan.

Kaedah penyiraman, pembajaan, pengurusan perosak, penuaian juga berbeza bergantung kpd kaedah penanaman.

Pendek kata, cuba tanam dulu baru tahu.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Sabtu, 22 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Serangga di Halaman Rumah

Apakah jenis serangga yg terdapat di halaman rumah. Penting utk di ketahui kerana terdapat serangga baik dan juga serangga jahat. Jika terdapat lebih byk serangga jahat, maka itu tidak baik utk kebun sayur kita. Penggunaan racun serangga organik pada kekerapan yg tetap dapat menjauhkan perosak sayuran.

Penanaman secara integrasi / companion juga dpt menghalau perosak dan juga nyamuk secara tidak langsung.

Jom kita tgk jenis2 serangga yg terdapat di kebun sayuran.

Serangga di Halaman Rumah
Ulat yg makan daun limau kasturi

Serangga di Halaman Rumah
Kumbang baik atau jahat di pokok terung ?

Serangga di Halaman Rumah
Meninggalkan kompos2 di pokok terung
Serangga di Halaman Rumah
Kerengga di pokok limau kasturi
Serangga di Halaman Rumah
Belalang di pokok terung
Serangga di Halaman Rumah
Lagi belalang di pokok terung
Serangga di Halaman Rumah
Belalang di pokok kangkung

Serangga di Halaman Rumah
Ulat di pokok limau nipis

Serangga di Halaman Rumah
Lagi belalang di pokok kangkung
Serangga di Halaman Rumah
Lalat ?
Serangga di Halaman Rumah
Belalang memang suka daun hijau


Pendek kata, kalau diamati terdapat byk jenis serangga samada baik atau jahat di kebun sayur.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2