Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 10 Jun 2022

Kompos & Tong Kompos ( Komposter ) | Compost & Compost Bin ( Composter )

Tong kompos atau komposter ini dibuat pada 30/11/2021 menggunakan papan pallet.

Setelah 6 bulan, hasil kompos ini akan digunakan / dituai untuk kegunaan batas timbun yang baru dibuat dan juga di batas timbun sedia ada.

Antara pemerhatian yang dibuat semasa proses menuai kompos ini adalah :

1. Kompos yang terjadi tidak sekata. Ini kerana bahan² kompos ini tidak dikacau / diaduk atau digaul semasa penambahan bahan kompos baru dibuat dan semasa proses pengomposan berjalan.

2. Ataupun, keperluan penyedian tong kompos kedua yang akan melengkapkan kitaran terjadinya kompos.

3. Susunan kompos tidak padat. Ada batang² kayu, batang tebu, bahagian buah kelapa yang lambat mereput dan menyebabkan adanya ruang² atau rongga² yang menjadi tempat tinggal serangga termasuk lipan yang berbisa.

4. Kompos yang cantik. Kompos hasil dari pelbagai sisa organik memang cantik kalau diayak / diasingkan dan boleh digunakan untuk menyuburkan tanah.

Kayu² dan seumpamanya perlu dipotong lebih kecil untuk mempercepatkan proses pereputan dan perlu selalu di gaul / di bolak balikkan.

Setelah 6 bulan dibina. Potongan rumput, sisa² pelam, betik, kantan, pisang dan sebagainya sisa kebun termasuk kotak dan kertas

Pereputan terkawal tidak menyemakkan mata

Lapisan² kompos yang tidak mereput sekata

Terdapat rongga² yang menjadi habitat organisma liar

Perlu ada dua tong kompos untuk kitaran pengomposan yang sempurna

Bahagian bawah lebih cantik pereputannya

Daripada dibakar lebih baik dikompos

Habis dikeluarkan

Diletakkan di batas timbun bulat yang baru dan batas timbun empat segi sedia ada

Video ringkas proses menuai kompos di tong kompos seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dengan izin الله ...

Artikel berkaitan :




Selasa, 7 Jun 2022

Sambung Lagi Buat Batas Timbun Bulat Tepi Pagar | Continue Build Up Rounded Raised Bed

Pelan² tapi tetap berjalan. Kekangan masa dan kerja memberikan kesempatan untuk berfikir apa yang terbaik untuk projek kebun bandar dengan konsep batas timbun tropika ini.

Kerja² membuat batas timbun bulat tepi pagar diteruskan lagi. Dua gulungan jaring kawat bersalut dibeli dengan panjang 3 meter setiap satu.

Satu gulungan akan dipotong kepada 3 bahagian dengan setiap bahagian mempunyai lebar 1 kaki.

Untuk kali ini akan ada 6 bahagian sebagai asas dinding batas timbun.

Sisa kebun, potongan kayu mempelam, batang ubi kayu, batang puding belacan dan lain² dapat dijadikan asas media tanam yang diletakkan terus ke tanah batas timbun.

Sisa kebun dalam tong kompos juga akan digunakan sebagai media tanam di batas timbun bulat ini.

Video ringkas lagi pembinaan batas timbun bulat tepi pagar seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...

Artikel berkaitan :




Sabtu, 4 Jun 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Sebagai Komposter

Antara kegunaan batas timbun tropika yang tak kurang pentingnya ialah sebagai komposter.

Samada komposter untuk sisa dapur, sisa pasar, sisa kebun ( perlu di racik kecil² ), sisa kandang dan sebagainya.

Bahan² ini hanya perlu ditanam di batas timbun.

Aktiviti menyiram, panas dan hujan lama kelamaan akan menguraikan sisa² ini menjadi kompos dan seterusnya humus.

Aktiviti organisma tanah juga dapat membantu mempercepatkan proses pereputan / penguraian sisa² ini berbanding sisa² yang tidak ditanam.

Hasil penguraian ini akan dapat digunakan kembali oleh tanaman untuk tumbesarannya.

Aktiviti menanam sisa² organik ini akan membantu meningkatkan kesuburan tanah dan membantu mengurangkan penggunàan baja sintetik.

Video ringkas proses menanam sisa dapur di kebun bandar Jom Tanam Sayur seperti di bawah :

Link video : https://youtu.be/Vv32_C2vI28

Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ...


Artikel berkaitan :

1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/06/batas-timbun-tropika-tropical-raised.html

2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/05/batas-timbun-tropika-tropical-raised_30.html

3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/05/batas-timbun-tropika-tropical-raised_24.html

Rabu, 1 Jun 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Tanaman Campuran

Dengan adanya batas timbun berdinding yang subur, ada berbagai cara penanaman sayuran boleh dilakukan.

Salah satunya ialah tanaman campuran atau multiple cropping.

Bermaksud dalam satu batas timbun, kita boleh tanam lebih dari satu jenis sayuran termasuk juga jenis herba atau bunga.

Setiap jenis tanaman mempunyai keperluan yang berbeza dari banyak segi.

Fungsinya untuk :

1. Memaksimumkan penggunaan tanah dengan tanaman boleh ditanam rapat².
2. Mengurangkan gangguan perosak dengan tanaman berlainan spesis.
3. Meredupkan tanah batas timbun & mengurangkan kehilangan air.
4. Mengguna pakai keseluruhan mineral dalam tanah.
5. Akar tanaman yang berselirat akan meronggakan tanah dan memudahkan pengudaraan, peresapan air, pergerakan organisma tanah dll.

Video ringkas tanaman campuran di batas timbun tropika seperti di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Artikel berkaitan :