Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 29 Oktober 2022

Raised Bed Mini Dari Kotak Gabus

Kotak gabus atau polisterin bekas sayur²an juga boleh digunakan sebagai bekas tanaman.

Ianya boleh di potong bahagian bawahnya serta disusun seperti bentuk raised bed.

Sisa organik boleh digunakan sebagai bahan tambahan tanah juga sungkupan.

Tanah hitam sawit digunakan sebagai media tanam utama.

Berbagai jenis tanaman boleh ditanam di kotak gabus atau polisterin ini.


















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah ..

Artikel berkaitan :





Khamis, 27 Oktober 2022

Sungkupan Raised Bed Dari Racikan Sisa Kebun

Sisa kebun yang diracik menggunakan mesin mini chopper akan di letakkan di raised bed atau batas timbun.

Racikan lebih halus lebih cepat mereput dan terurai menjadi kompos, humus dan baja organik kpd tànah dan tanaman.

Antara kebaikan sungkupan :

1. Menjimatkan penggunaan tanah - sungkupan akan mulai mereput sikit demi sedikit tetapi dengan penambahan sungkupan yang berterusan akan dapat menjimatkan penambahan tanah di raised bed.

2. Menjimatkan penggunaan baja - baja organik dari sungkupan yang sentiasa ditambah dan siraman organik akan membolehkan penggunaan baja kimia di kurangkan sekadar perlu sahaja.

3. Menjimatkan penggunaan air - sungkupan yang sesuai dapat meningkatkan kadar serapan air siraman, air embun dan air hujan.

4. Melambatkan pengeringan tanah - dengan adanya sungkupan yang cukup dapat menghalang cahaya terus matahari terus ke tanah raised bed. Melambatkan pengeringan tanah.

5. Mengurangi pertumbuhan rumput - sungkupan yang tebal dapat menghalang benih² rumput dari tumbuh sekaligus mengurangkan persaingan dengan tanaman.

6. Melonggarkan tanah - sungkupan yang mulai mereput dan bercampur dengan tanah akan membuat tanah lebih longgar dan mudah diuruskan.

7. Mempunyai nilai estetika - sungkupan dari bahan yang baik seperti racikan daun², potongan rumput dapat menjadikan kebun lebih kemas dan teratur.

8. Menjimatkan masa berkebun - masa untuk menyiram, membaja, merumput dapat dikurangkan menjadikan kerja² mengurus kebun lebih baik dan sistematik.

9. Mengitar semula sisa kebun - sungkupan dari sisa kebun dapat menjimatkan kos pelupusan sisa kebun.

10. Sebagai bahan tambahan tanah - sungkupan  juga dapat di campur bersama tanah untuk melonggar dan menyuburkan tanaman.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :






Isnin, 24 Oktober 2022

Mini Chopper Untuk Racik Sisa Dapur

Rumpun kantan yang di potong hari Sabtu lepas akan di racik menggunakan mini chopper 0.5 hp kuasa elektrik.

Mini chopper yang di beli pada April 2021 lepas akan di gunakan kali ini kerana sisa kebun yang agak banyak.

Mesin mini chopper ini menjimatkan masa meracik sisa kebun seperti batang kantan, pelepah pisang, daun tebu, daun betik dan lain² yang berbatang lembut bukan berkayu.

Sisa racikan ini pula akan di letakkan di raised bed tropika kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).

















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Artikel berkaitan :




Buang Rumpun Kantan

Akhirnya rumpun kantan di kawasan tepi telah di tebang untuk memberi laluan kepada tanaman lain.

Tunggul akan dicungkil dan bunga akan di potong nanti ...

Pokok ganti dah berbunga di raised bed bulat tepi pagar belakang.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Artikel berkaitan :




Ahad, 23 Oktober 2022

Pisang Berangan Terbantut

Pisang berangan tisu kultur yang ditanam pada april 2021 di tepi pagar tanpa raised bed telah terbantut tumbesarannya.

Gangguan monyet turut merencatkan keadaan jantungnya ...

Apa² pun ada anaknya yang boleh di tanam semula.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :