Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 30 Mei 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Kaedah Siraman & Pembajaan

Batas timbun yang berdinding dapat :

1. Bertindak sebagai alat tuaian air hujan yang efektif.
2. Tanah batas timbun yang longgar membolehkan penyerapan air & air baja lebih cekap.
3. Dapat mengekang larian tànah, air, baja, sungkupan.
4. Melambatkan penyejatan air tanah dengan adanya sungkupan.

Kaedah siraman & pembajaan di batas timbun tropika sangat berkesan dengan adanya dinding batas timbun.

Siraman :

1. Siraman tidak diperlukan semasa musim hujan.
2. Pada hari panas atau musim panas, siraman terus ke pangkal tanaman di batas timbun untuk penjimatan air.
3. Siraman manual menggunakan tong siraman.
4. Siraman menggunakan getah paip.
5. Siraman titis secara auto.
6. Dinding batas timbun dapat menghalang pembaziran air.
7. Siraman dari air embun.
8. Siraman bertumpu dengan lubang siraman.

Pembajaan :

1. Sisa dapur sebagai baja organik.
2. Baja buatan organik untuk daun & buah.
3. Kompos sebagai sungkupan dan baja pelepasan perlahan.
4.  Baja organik sebagai baja utama dan peringkat awal tumbesaran.
5. Baja sintetik untuk peringkat pembuahan.
6. Baja foliar untuk sampingan.

Video ringkas sistem penyiraman dan pembajaan di batas timbun seperti di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :



Selasa, 24 Mei 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Bentuk & Saiz

Ada bermacam² bentuk dan saiz batas timbun tropika ( tropical raised bed ) yang boleh dibuat bergantung kepada :

1. Jenis tanaman
2. Keluasan tempat penanaman
3. Jenis bahan penghadang / dinding
4. Tujuan berkebun
5. Kehendak pekebun itu sendiri

Antara bentuk yang biasa adalah :

1. Bulat
2. Segi empat sama
3. Segi empat tepat
4. Kombinasi antara bentuk diatas
5. Lain² bentuk mengikut keadaan

Saiz atau ukuran bergantung sepenuhnya kepada pekebun untuk skala kebun kecil. 

Saiz minimum di syorkan adalah 1kaki lebar x 1kaki panjang x 1kaki tinggi.

Saiz maksimum lebar batas timbun tropika pula tidak melebihi 3-4 kaki.

Ini bertujuan supaya tanah tidak perlu dipijak yang akan memastikan tanah sentiasa longgar.

Panjang batas timbun bergantung keluasan tanah dan strategi penanaman.

Ketinggian optimum adalah 1kaki di mana kebanyakan tanaman sayuran berdaun dan berbuah dapat ditanam.

Jarak antara batas timbun tropika juga bergantung kepada jenis tanaman samada sayuran, herba atau buah²an.

Jarak 2 kaki adalah mencukupi untuk sayuran dan herba jangka pendek.

Untuk buah²an pula memerlukan jarak lebih jauh seperti penanaman secara biasa.

Video ringkas berkaitan Batas Timbun Tropika - Bentuk & Saiz seperti di bawah.



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :



Ahad, 15 Mei 2022

Tanam Semula Anak Pisang Nangka di Batas Timbun Tropika

Batas timbun tropika ( pisang serendah yang telah masak & pisang nangka yang telah dituai ) telah di buat semula dan ditanam dengan anak pisang nangka.

Kerja² meracik sisa organik seperti daun pisang, batang pisang, tandan pisang dan sebagainya telah dibuat. Hasil racikan diletakkan semula di batas timbun sama dan batas timbun berhampiran.

Umbisi pisang telah dikorek untuk memastikan tanaman seterusnya dapat hidup dengan baik dan tanpa gangguan.

Rumpun anak pisang nangka yang subur menyebabkan dinding batas timbun tropika runtuh

Kemas sisa pokok pisang nangka dulu

Sisa organik untuk tanaman lain

Pisang serendah pun akan dikemaskan

Dinding batas timbun perlu di bina semula

Sisa² organik sangat baik untuk tanaman

Korek buang tunggul pisang nangka dan serendah 

Anak pisang nangka 

Buat lubang 

Tanam semula dan betulkan dindingnya

Anak pisang nangka

Anak pisang nangka

Video ringkas proses tanam semula anak pisang nangka di batas timbun tropika ( tropical raised bed ) seperti di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Artikel berkaitan :




Jumaat, 13 Mei 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Konsep & Idea

Idea untuk membuat teknik penanaman berasaskan batas timbun tropika ( tropical raised bed ) ini didapati dari media sosial seperti youtube, pinterest dan sebagainya.

Segalanya bermula bila kaedah tradisional iaitu dengan membuat batas di halaman rumah berhadapan dengan pelbagai masalah.

Memandangkan cuaca Malaysia yang sentiasa panas dan hujan sepanjang tahun, maka batas timbun tropika ( tropical raised bed ) ini juga perlu disesuaikan kaedah pembinaannya.

Antara kaedah ( methode ) yang digunakan dalam pembinaan batas timbun tropika ( tropical raised bed ) ini adalah :

1. Berdinding ( wall )
Samada dipanggil dinding, penghadang, tembok atau apa saja, dinding akan mengelakkan larian tanah, baja, sungkupan, air siraman dan sebagainya.

Dinding yang baik akan dapat mengekalkan kelembapan tanah untuk jangkamasa lebih lama dan mampu mengalirkan lebihan air keluar dari kawasan batas timbun.

Dinding akan menjadikan batas timbun kita lebih kemas, cantik dan memudahkan pengurusannya.

2. Tanpa Gali ( no dig )
Dinding akan di buat diatas tanah asal. Tanah asal yang rata lebih baik. Tanah dan sisa organik kebun akan diletakkan di dalam batas timbun berdinding tersebut.

Tanah dibatas timbun akan menjadi media tanam utama, manakala tanah asal sebagai sokongan jika perlu.

3. Bahan² Organik ( organic matters )
Penambahan bahan² organik secara berkala amat perlu untuk kesuburan dan kegemburan tanah di batas timbun tropika.

Bahan² organik termasuk sisa kebun, sisa kandang, sisa dapur, sisa pasar, kompos dan sebagainya.

4. Sungkupan ( mulch )
Tujuan utama sungkupan untuk mengawal atau mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai di batas tumbun.

Namun begitu sungkupan yang baik juga dapat bertindak mengurangkan kehilangan air tanah, melindungi dari hujan lebat, sebagai kompos dan baja bila mereput dan lain² lagi.

Tanah yang subur perlu untuk tanaman tumbuh dengan baik

Dinding menjadikan tataletak kebun lebih menarik

Batas timbun pertama sudah hampiri 4 tahun usianya

Video ringkas kaedah pembinaan batas timbun tropika ( tropical raised bed ) di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Artikel berkaitan :




Sabtu, 7 Mei 2022

Pisang Serendah Di Batas Timbun Tropika | Dwarf Cavendish & Tropical Raised Bed

Pokok pisang yang ditanam di batas timbun ( raised bed ) didapati membesar dengan baik sekali.

Jika dibandingkan dengan yang ditanam di tanah asal taman perumahan.

Hasilnya juga lebih cepat, banyak dan sisa biojisimnya juga lebih banyak.

Pokok yang lebih besar dari biasa. Akan diganti dengan pisang nangka selepas ini ... inshaAllah ...

Ada 10 sikat 

Masak tak serentak 

Video ringkas berkaitan pisang serendah di batas timbun tropika di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... biiznillah ...


Rabu, 4 Mei 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Pengenalan

Batas Timbun adalah terjemahan dari kata Raised Bed dalam Bahasa Inggeris.

Yang bermaksud tanah yang di timbunkan ( jadi lebih tinggi dari tanah asal ) menjadi batas samada batas itu ada penghadang / dinding atau tiada penghadang / dinding.

Ada 2 teknik penanaman yang biasa di batas timbun ( raised bed ) tanpa dinding :
1. Tanaman di tanam diatas batas
2. Tanaman di tanam di dalam longkang antara batas.

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) bermaksud Batas yang di buat di kawasan² tropika seperti di Malaysia samada untuk penanaman sayur²an, bunga²an, buah²an dan sebagainya.

Ada perbezaan ketara antara batas timbun tropika ( tropical raised bed ) yang berdinding dengan tanpa dinding.

Batas timbun tropika ( tropical raised bed ) berdinding lebih kepada kebun skala kecil manakala batas timbun tropika ( tropical raised bed ) tanpa dinding lebih tertumpu kepada ladang lebih besar, monokultur dan komersial.



Gambar 2016

Perubahan dari asalnya kosong, hanya rumput karpet, kantan, pisang dan tebu menjadi batas kobis, serai dll. Kelihatan ketulan² besar tanah dan batu².
-----------------------------------------------------------


Kebun bandar pada 2017 ( 2 gambar di atas - batas timbun tanpa penghadang / dinding ) :

1. Pokok kantan masih ada sampai sekarang. 
2. Potongan rumput dicampurkan ke tanah untuk menyuburkan tanah.
3. Longkang antara batas untuk tuaian / perangkap air hujan.
4. Hasil tuaian yg kurang.
5. Tanah padat dan keras. 
6. Tanaman susah tumbuh, tetapi rumput rumpai sangat subur. 
7. Lubang pembakaran terbuka separa oksigen untuk dapatkan arang briket.
8. Masa banyak dihabiskan untuk mengawal rumput rumpai.
9. Banyak perosak yang ada tanpa pengawalan biologi.
10. Berlaku larian tanah, air siraman, baja & sungkupan.
11. Penyejatan air yang ketara terutama musim panas.
12. Kadar penyerapan air tanah yang kurang dan perlahan.
-----------------------------------------------------------





Gambar diatas adalah dari tahun 2018 ( pertama kali batas timbun tropika ( tropical raised bed ) berdinding dibuat sehingga tahun 2019.
-----------------------------------------------------------





Gambar terbaru Mei 2022, penggantian dinding batas timbun tropika ( tropical raised bed ) telah dibuat. Kebun nampak lebih kemas dan teratur. Sentiasa ada penambahbaikan yang akan dibuat seiring masa.

Video ringkas pengenalan kepada batas timbun tropika ( introduction to tropical raised bed ) seperti di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... Biiznillah ...