Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 17 Ogos 2024

Tanam Tebu Lagi Di Laman Rumah

Ada berbagai cara / teknik untuk berkebun samada cara / teknik berkebun itu sendiri atau cara bertanam itu sendiri.

Begitu juga dengan cara / teknik menanam tebu di halaman rumah ini atau lebih dikenali sebagai kebun bandar.

Menggunakan teknik raised beds yang lebih popular di negara² barat berbanding negara² sebelah sini.

Juga menggunakan tiang sokongan yang ditanam supaya lebih kukuh untuk menampung berat tebu.

Tebu² akan matang dan boleh ditebang / dituai sekitar usia 9 bulan ke atas. Tebu yang tegak lurus akan lebih mudah diuruskan / menjimatkan masa.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Rabu, 14 Ogos 2024

Setelah Sebulan Pokok Kacang Panjang, Buncis & Kelisa

Baru sekejap rasanya anak² pokok kacang panjang, buncis & kelisa ini dipindahkan.

Raised bed ini adalah raised bed pertama yang telah dibuat dengan lebih baik menggunakan papan² katil.

Setelah 6 tahun, raised bed ini telah pun  ditanam dengan berbagai jenis tanaman.

Begitu juga dengan media tanamnya / tanahnya yang telah bercampur dengan pelbagai bahan² sisa organik.

Manakala dindingnya pula telah ditukar kepada papan pallet pada tahun 2020 / 2021.

Kesuburan tanahnya mungkin telah merosot dan perlukan penambahan baja² sokongan ( organik & sintetik ).













Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Jumaat, 9 Ogos 2024

Tuai Padi Sawah Di Kebun Bandar

Setelah lebih kurang 110 hari dari tarikh semaian terus biji padi ke dalam botol bekas minyak masak 5 liter, akhirnya buah² padi ini telah selamat dituai.

Daripada 24 botol / bekas, ada 2 bekas yang tidak berhasil pada peringkat pertama pembuahan.

Pokok²nya seperti kering dan mati, tetapi anak²nya yang keluar kemudian berjaya berbuah cuma ianya tidak dikira bersama² tuaian yang telah dibuat.

Biji² / buah² padi ini setelah dikerat, telah dileraikan secara manual untuk menghasilkan biji² benih baru.



















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...

Link video :

1. Shorts : 




Artikel berkaitan :

1.