Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 30 Mac 2019

Mudahnya Berkebun Tanpa Pembaziran

Suka atau tidak, bila daun kering berguguran di halaman rumah, kita akan sapu dan biasanya bakar. Hasilnya kita dapat asap, habuk dan mungkin juga jelingan manja jiran sekeliling.

Apa kata kita kumpulkan daun2 kering tersebut di suatu tempat atau bekas dan biarkan ianya mengurai atau mereput.

Selepas itu kita boleh campurkan ke batas atau pasu tanaman. Mudahnya berkebun.

Daun yang berguguran mencacatkan pemandangan. Biasanya kita akan bakar sahaja

Bila sudah disapu, pemandangan kembali ceria. Daun2 mengandungi nutrien2 yang belum terurai

Kalau ada batas timbun dengan dinding atau penghadang, kita cuma perlu letakkan disitu. Lama kelamaan daun2 tersebut akan mereput dan dapat membantu menyuburkan tanah. Penggunaan baja kimia dapat dikurangkan dan diberi mengikut keperluan sahaja.

Bukan sahaja daun2 kering malah potongan kotak, kertas, sisa kebun yang lain serta sisa dapur pun boleh diletakkan di batas timbun. Untuk lebih mempercepatkan penguraian kita boleh campurkan dengan tanah.

Hujan dan panas yang berterusan seperti cuaca di Malaysia ini akan membantu proses pereputan berlaku dengan sendirinya.

Selasa, 26 Mac 2019

Pokok Pisang : Sulur Pedang, Sulur Air Dan Kesuburan Tanah

Pokok pisang yang ditanam bila sudah matang atau besar akan mengeluarkan anak pisang atau sulur. Beberapa keadaan keluaran sulur atau anak pisang boleh berlaku. Seperti diketahui secara amnya terdapat dua jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air ( klik sini untuk melihat perbezaannya ).

Dari pemerhatian didapati pokok pisang boleh beranak ( sehingga 5 atau lebih ) atau mengeluarkan sulur seperti berikut :

1. Semua sulurnya adalah sulur pedang

Lima sulur pedang pisang renek batas timbun tanpa penghadang

Sulur pedang pisang renek batas timbun dengan penghadang


2. Semua sulurnya adalah sulur air

Sulur air pokok pisang nangka, rumpun sudah lama


3. Campuran antara sulur pedang dan sulur air, dengan lebih banyak sulur pedang

Rumpun pisang nangka dengan lebih banyak sulur pedang berbanding sulur air

Pokok pisang dibawah naungan pokok ceri, anak bersulur pedang


4. Campuran antara sulur pedang dan sulur air, dengan lebih banyak sulur air

Tanah yang padat membantutkan tumbesaran pokok induk manakala anak yang dihasilkan adalah sulur air

Lagi satu sulur air di tanah yang padat dan keras di tepi pagar


Ini adalah sesuatu yang menarik untuk di perhatikan dan dikaji. Mungkinkah kesuburan dan kesesuaian tanah mempengaruhi pengeluaran jenis sulur pokok pisang? Adakah tanah yang subur menghasilkan kesemua sulur pedang manakala tanah yang tidak subur menghasilkan kesemua sulur air. Manakala tanah yang sederhana subur akan menghasilkan campuran antara sulur pedang dan sulur air.

Mungkin ada benarnya teori / hipotesis ini kerana keadaan inilah yang diperhatikan di kebun bandar JomTanamSayur setakat ini.

Jika benar maka mudahlah untuk menyelesaikan masalah keluarnya sulur air ini iaitu dengan memperbaiki struktur dan tekstur tanah ( kesuburan dan kesesuaian tanah ).

Tambah menarik ialah jika kesuburan tanah adalah faktor yang mempengaruhi keluarnya jenis sulur tertentu bermakna keadaan pertumbuhan boleh diterbalikkan. Maksudnya sulur air jika di alihkan dan ditanam ditanah yang subur pasti dapat memberikan hasil sepertimana sulur pedang dan dapat menghasilkan anak2 bersulur pedang.  Manakala sulur pedang pula jika ditanam di tanah yang bermasalah pasti akan lambat tumbuhnya, hasilnya kurang memuaskan dan sulur2 yang keluar kemudiannya akan menjadi sulur air.

Jadi apakah faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian tanah untuk tanaman pisang :

1. Tanah mesti gembur supaya akar dapat menjalar jauh.
2. Tanah mesti kaya dengan nutrien supaya keperluan pokok pisang dapat dipenuhi
3. Tanah mesti sentiasa lembab kerana pisang termasuk tanaman " kuat makan / minum "

Kalau di tanah taman perumahan jawapannya ialah binalah batas timbun ( raised bed ) dan tanamlah pisang sepuasnya ( boleh order online benih pisang tisu kultur, lebih mudah dan cepat hasilnya )

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Pisang

Isnin, 25 Mac 2019

Tuaian Ubi Keledek Dan Kemas Batas Timbun

Batas ubi keledek dan terung telunjuk telah di kemaskan dan tuaian ubi keledek telah dibuat


Terung telunjuk sudah akhir hayat manakala ubi keledek sudah lebih kurang 6 bulan ditanam

Papan penghadang batas timbun perlu diganti dengan yang lebih keras

Pokok jenis ubi oren

Pokok jenis ubi putih / kuning


Daun bentuk jejari, belum ada ubinya


Hasil tuaian ubi keledek oren dan putih. Kurang menjadi kerana tanah padat, susah untuk ubi membesar

Sisa ubi keledek untuk kompos dan baja hijau. Untuk kompos akan dipotong kecil2 manakala untuk baja  hijau akan direndam dalam air selama seminggu.

Telah ditanam semula dengan tanah yang telah digembur, Tanah yang gembur dan subur InsyaAllah akan memberikan hasil terbaik. Batas timbun perlu dipenuhkan dengan kompos, tanah dan sungkupan.

#jomTanamSayur
#KebunBandar
#Keledek



Ahad, 24 Mac 2019

Anak Pokok Bidara

3 anak pokok bidara dalam bekas yang berlainan, NR2, pasu plastik dan begpoli




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Bidara

Jumaat, 22 Mac 2019

Perbezaan Antara Sulur Pedang Dan Sulur Air Pokok Pisang

Sulur atau biasa dikenali sebagai anak pokok pisang atau anak pisang tumbuh keluar dari umbisi ( corm ) yang tertanam dalam tanah.

Pada amnya terdapat 2 jenis anak pisang atau sulur pisang iaitu SULUR PEDANG dan SULUR AIR.
 
Sulur pedang, anak pokok pisang renek, daunnya tirus, kecil seperti pedang manakala batangnya besar

Sulur air, anak pokok pisang nangka, daunnya lebar dan besar manakala batangnya kurus

Sulur pedang keluar atau terbentuk dari umbisi induk dan bentuk batangnya besar dibawah manakala daunnya berbentuk kecil meruncing dan tirus seperti pedang.

Sulur air pula keluar dari tunas utama umbisi induk ( rizom ? ) dan batangnya berbentuk lurus kecil dan sekata manakala daunnya panjang dan lebar. 

Sulur pedang dan sulur air pada gambar rumpun pisang nangka yang lama 

Untuk penanaman disyorkan penggunaan sulur pedang kerana dikatakan lebih cepat pertumbuhannya dan mampu berbuah seperti pokok induk. Manakala sulur air biasanya dibuang untuk mengurangkan persaingan kepada pokok induk.

Hanya satu atau dua anak pokok sulur pedang dibiarkan hidup selepas buah berjantung untuk kesinambungan tanaman pisang.

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Pisang

Khamis, 21 Mac 2019

Putik Bunga Jambu Batu Tanpa Biji

Jambu batu tanpa biji yang dibeli dari nurseri FAMA dan ditanam dalam NR2 telah berkudup bunga.





Video ringkas berkenaan jambu batu tanpa biji dalam sistem Nutripot Ringkas 2 Gelen ( NR2)

#JomTanamSayur
#NutripotRingkas
#JambuBatu

Isnin, 18 Mac 2019

Manual Penanaman Tebu

Manual atau Panduan Penanaman Tebu Kuning terbitan Jabatan Pertanian untuk rujukan.












#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Tebu





Sabtu, 16 Mac 2019

Panduan Membuat Baja Organik Cecair

Membuat baja organik menggunakan bahan2 dari sekitaran rumah dan kebun lebih menjimatkan dan mesra alam.

Biasa dibuat ialah baja hijau cecair tanpa melibatkan penggunaan gula merah.

Di bawah ini adalah Panduan membuat baja organik dari Jabatan Pertanian di kongsi dari blog salwatinisa.blogspot.com


Bahan2 input yg digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan. Tidak menggunakan input kimia sintetik seperti baja, racun perosak, hormon dan lain2. Teknologi ini mesra alam, menjimatkan kos, meningkatkan kualiti serta produktiviti tanaman.







#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BajaOrganik

Jumaat, 15 Mac 2019

Penyakit Bintik Pusar ( Antraknos ) Pada Pokok Lidah Mertua ( Sansevieria )

2 pokok lidah mertua aka sansevieria trifasciata silver queen telah dijangkiti penyakit bintik pusar atau antraknos.

Penyakit ini dipercayai berpunca dari patogen / kulat Colletotrichum sansevieriae dimana ianya bermula sebagai bintik2 cokelat kecil yang berair. Ianya kemudian merebak membentuk pusaran yang semakin besar dan berair.

Sudah merebak ke seluruh daun matang

Nilai pokok akan jatuh jika dijangkiti penyakit

Lama kelamaan bintik pusar akan bergabung dan bila gabungan bintik pusar mengering akan membentuk seakan2 daun seperti terbakar. Serangan yang serius dapat menyebabkan daun kering dan mati.

Setakat ini hanya spesis silver queen ini sahaja yang dijangkiti penyakit antraknos atau bintik pusar ini manakala 4 spesis lagi masih ok. Penyakit bintik pusar atau antraknos ini menjadikan pokok lidah mertua silver queen ini nampak buruk dan mungkin kehilangan nilainya.

Jangkitan mungkin berpunca dari :
1. Nurseri - kerana pokok yang dibeli hari tu memang dah ada daun yang sakit.
2. Kelembapan - mungkin kerana air / siraman berlebihan
3. Jangkitan lain - yang menjadi punca antraknos berlaku

Pokok2 ini diasingkan ditempat teduh dan siraman dikurangkan untuk melihat kesannya.

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#LidahMertua

Rabu, 13 Mac 2019

Alihkan Lagi Pokok Pisang Renek Ke Batas Timbun

Memandangkan pokok pisang renek ditepi pagar sangat sukar untuk membesar, maka ianya telah digali dan dialihkan ke batas timbun no.1

Batas timbun yang disemai dengan sawi dan kailan sebelum ini, ada yang sudah bercambah dan membesar

Lubang dapat digali dengan mudah hingga ke tanah asal. Untuk mendapatkan tanah yang betul2 berkualiti memerlukan masa dan kesabaran.

Anak pokok pisang renek ditepi pagar, tanah yang padat bercampur sisa bahan binaan seperti batu2, kepingan genting, pasir, bancuhan simen dan sebagainya.

Anak pokok pisang renek yang lebih kurang sebaya tetapi lihatlah perbezaannya, umpama langit dan bumi.

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#PisangRenek