Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 31 Julai 2021

Tanah Organik, Tanah Kompos & Tanah Campuran

Penggunaan tanah sebagai media tanam sayur2an terutama dikebun bandar, kebun komuniti, kebun hobi masih menjadi keutamaan.

Walaupun terdapat pelbagai teknik terkini berkaitan pertanian moden, penggunaan tanah dan baja sintetik masih sangat meluas digunakan.

Kos yang lebih murah termasuk harga tanah, baja serta peralatan berkaitan perkebunan media tanah antara faktor2 yang mempengaruhi penggunaan media tanah.

Tanah Organik & Tanah Kompos

Tanah berbahan organik atau tanah yang berasal dari bahan2 organik yang dibiarkan mereput dan terurai samada secara sendiri atau berbantu mungkin antara tanah media tanam terbaik.

Apatah lagi jika bahan2 berorganik itu juga adalah campuran samada sisa tanaman, sisa haiwan, sisa industri organik dan sebagainya.

Contoh tanah berorganik yang popular sekarang adalah tanah hitam sawit. Tanah hitam sawit terhasil dari pereputan / pengomposan sisa2 tandan & buah kelapa sawit selepas melalui proses pemerahan, yang sangat sesuai untuk hampir semua jenis pokok.

Namun begitu, mungkin perlu penyesuaian untuk semaian benih sayuran terutamanya.

Jadi, tanah organik juga mungkin dapat dikategorikan sebagai tanah kompos.

Tanah Campuran :

Seperti namanya, tanah campuran adalah campuran lebih 1 bahan iaitu tanah dan bahan2 lain seperti sekam padi, kokopeat, kompos, pasir dan lain2.

Jika diteliti lebih lanjut, tanah organik, tanah kompos dan tanah campuran yang dijual lebih kurang sama sahaja kandungannya.

Tanah organik kualiti tinggi - sesuai untuk bunga dan sayur2an

Tanah kompos 6 dalam 1 - mengandungi tanah bakar, sabut kelapa, sekam padi, pasir sungai

Tanah organik / kompos / campuran mengandungi bahan2 yang hampir sama.

Video ringkas tanah organik, tanah kompos dan tanah campuran di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) seperti dibawah.



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#TanahOrganik

Rabu, 28 Julai 2021

Pindahkan Keratan Batang Pokok Durian Belanda Tut Air ke Nutripot Ringkas

Pada bulan Mei 2020, dua keratan batang durian belanda yang dibuat tut air telah dialihkan ke bekas tanaman dan diletakkan di dalam longkang.

Sepokok akhirnya mati dan sepokok terus hidup sampai sekarang.

Setelah lebih setahun, akhirnya anak keratan batang tut air durian belanda ini telah dialihkan ke dalam sistem nutripot ringkas 2 gelen.

Longkang pun dapat berfungsi untuk tanaman

Dipotong sedikit batangnya

Terbantut tumbesarannya

Dialihkan ke dalam sistem nutripot ringkas

Pokok induk durian belanda

Info ringkas durian belanda :


Video dibawah adalah proses memindahkan keratan batang tut air pokok durian belanda ke dalam nutripot ringkas :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#DurianBelanda
#Soursop

Selasa, 27 Julai 2021

Beberapa Jenis Bunga Ros Jepun | Portulaca Grandiflora

Ada beberapa jenis bunga ros jepun yang ada di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) setakat ini.

Pokok bunga ros jepun ini senang dibiakkan dengan keratan batang, walaupun ada juga biji benih yang dijual.

Dalam masa sebulan atau lebih sedikit, jika dibiakkan dengan keratan batang, kuntuman bunga akan mulai membentuk.

Dan selepas itu ianya akan terus membiak dan berbunga silih berganti. 

Perlu diingat yang pokok bunga ros jepun perlukan sinaran matahari terus untuk hidup dan berbunga dengan baik.

Ros jepun tidak begitu cerewet penjagaanya, perlu disiram dua kali sehari terutama hari yang panas.

Pembajaan sebulan sekali dengan baja bunga sudah mencukupi.

Merumput perlu dibuat bila perlu kerana pokok bunga ros jepun atau moss ross ini berbatang lembut dan tidak mampu bersaing dengan rumput rumpai yang lebih lasak sifatnya.

Cantasan juga perlu untuk mengekalkan keseragaman bentuk pokok dan bunga yang cantik dan menarik.

Re-potting atau pasu-kan semula pokok bunga ros jepun perlu dibuat jika pokok sudah terlalu tua, bentuk pokok kurang cantik, bunga sudah kurang dan sebagainya.

Selain dari pasu dan pasu gantung, pokok bunga ros jepun atau krokot ( Bahasa Indonesia ) juga boleh ditanam di tanah terutama sebagai lanskap hiasan.

Bunga ros jepun juga boleh didekorasikan dengan pelbagai bentuk.

Dan yang menariknya ialah jika banyak jenis bunga ros jepun di tanam berdekatan, akan terjadinya kacukan atau hibrid dimana bentuk, warna atau corak bunganya akan berlainan dari pokok asal.

Malahan ada juga yang berminat dengan corak daunnya seperti batik selain hijau.

Terdapat beberapa pengkelasan bunga ros jepun seperti :

1. Bentuk bunga : tiara, carnation, grandy dll.
2. Lapisan : selapis, dua lapis, berlapisan dll.
3. Warna : satu jenis, dua jenis, campuran warna dll.

Kuning berlapis

Pink + putih berlapis

Oren berlapis

Putih selapis

Merah berlapis

Ungu berlapis 

Campuran oren, merah & kuning

Kuning selapis

Oren + merah berlapis

Merah jambu berlapis

Pink + putih tajam berlapis 

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#RosJepun
#MossRoss

Khamis, 22 Julai 2021

Span Khas Hidroponik Dan Kegunaannya Di Kebun Bandar

Span atau busa biasanya identik dengan perkataan cuci terutama di dapur.

Tetapi bolehkah span digunakan sebagai salah satu alatan dalam bidang perkebunan?

Sebelum penggunaan span semakin popular terutama dalam sistem hidroponik dan aquaponik, penggunaan rockwool dianggap penyelesaian terbaik untuk menggantikan media2 tradisional seperti tanah campuran, kokopeat dan sebagainya.

Walaupun rockwool mempunyai pelbagai kelebihan namun faktor harga yang lebih mahal adalah kekangan utama terutama di kebun2 bandar atau kebun hobi di rumah.

Oleh sebab itulah pengganti kepada rockwool yang lebih murah dan senang didapati dicari.

Hasilnya, penggunaan span biasa dicuba dan setelah ternyata mempunyai kebolehan yang hampir sama dengan fungsi rockwool, span terus digunakan.

Akhirnya span khas untuk sistem hidroponik dan akuaponik pun tercipta dengan ciri2 siap dilubangi dan siap dipotong.

Harga span khas hidroponik juga lebih murah berbanding rockwool dan senang didapati.

Selain span khas hidroponik, span biasa, benang dan perca2 kain juga dapat digunakan sebagai media semaian biji benih. Yang penting ialah bahan2 ini dapat menyerap cairan ( air atau baja ) dengan baik.

Beli online saja, dibungkus dgn baik

Sekeping RM5 ( 100 unit ( 2.5 cm x 2.5cm x 2.5 cm ))

Siap dilubangi dan dipotong

Ada banyak design, bentuk dan warna


Video ringkas tentang Span Hidroponik di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Span
#Sponge
#Hidroponik
#Hydroponic

Sabtu, 10 Julai 2021

Rockwool Dan Kegunaannya Di Kebun Bandar

Apa itu Rockwool ?

Rockwool adalah bahan dari serat tumbuhan yang direka khas untuk kegunaan bidang pertanian seperti hidroponik dan akuaponik terutamanya untuk semaian benih, pembiakan tanaman, media tanam dan sebagainya.

Rockwool bersifat kimia dan biologi lengai dan menjadi medium pertumbuhan yang sesuai untuk bidang hortikultur.

Sejak dikembangkan di Denmark pada awal tahun 1970-an, rockwool telah menjadi medium pengeluaran sayur dan bunga utama di seluruh Eropah dan Amerika Utara.

Rockwool adalah medium pertumbuhan yang sangat popular dalam komuniti hidroponik terutamanya.

Ia terdiri dari dua bahan semula jadi, batu basalt dan kapur, yang dipanaskan hingga 1600° C, yang ditiup ke ruang berputar besar, yang menarik lava ke dalam serat seperti " lapisan kapas" dan disejukkan, mengubahnya menjadi bahan yang sangat sesuai untuk zon akar tanaman.

Rockwool adalah keseimbangan kelembapan dan oksigen, yang menyediakan jalan tengah yang sempurna untuk mengelakkan penyiraman berlebihan atau kekurangan penyiraman. 

Seratnya tidak menyekat kebolehcapaian nutrien untuk tanaman kerana ia menyediakan medium yang ideal untuk pengambilan nutrien. 

Rockwool sahaja tidak mempunyai nutrien secara semula jadi, jadi tanaman bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang diberikan.

Kelebihan rockwool !

1. Menyimpan kelembapan.
2. Pengudaraan yang baik.
3. Pengakaran yang sempurna.
4. Rockwool dapat mengembang sedikit mengikut perkembangan akar.
5. Dapat dipotong mengikut saiz dikehendaki dengan mudah.
6. Sesuai untuk pelbagai jenis biji benih.
7. Meningkatkan potensi / peratusan  pertumbuhan biji benih.
8. Tidak bertindak balas terhadap baja.
9. Sebagai sokongan kepada sistem akar anak semaian ( menegakkan anak tanaman ).
10. Sesuai juga untuk keratan batang, klon, pembiakan tanaman dll.
11. Senang untuk pindah tanam / dialihkan.
12. Ringan dan poros.
13. Bebas patogen.
14. Rata dan seragam bentuknya ( air, air baja, udara, pH yang seragam ).
15. Kadar penyerapan cecair ( air atau air baja ) dengan cepat.
16. Lembut dan mudah dilubangi ditengahnya untuk biji benih.
17. Sesuai untuk proses manual atau mekanikal.

Dibungkus kemas dalam kotak

Sudah siap dilubangi

100 unit 2.5 cm x 2.5 cm x 3.0 cm

1 unit rockwool

Rockwool dalam netpot

Mudah dipotong

Sebagai medium semaian biji benih sayuran

Mudah menyerap cairan ( air atau baja cecair )

Cara Guna !

Pra-rendam :

Sebaik-baiknya, rockwool harus direndam dalam larutan nutrien yang disesuaikan dengan pH 5.5 sehingga semua gelembung yang naik hilang. 

Biarkan rockwool mengalir dengan bebas sehingga air tidak lagi habis. Udara akan memasuki pori-pori terbesar, mencapai keseimbangan sempurna antara udara dan air di medium. Tidak perlu memerah atau meramas.

Sentiasa membaja rockwool anda :

Rockwool tidak mengandungi baja. Semua nutrien yang terdapat di dalam blok akan berada dalam larutan yang ada pada tanaman atau siap untuk mengalir keluar dari bahagian bawah.

Ini bermaksud nutrien apa pun yang anda gunakan akan memberi kesan langsung kepada tanaman, dan sebarang kesalahan pemberian makanan dapat segera diperbaiki, yang membolehkan anda mengoptimumkan penggunaan baja anda.

Sekiranya anda menyiram dengan hanya air, kepekatan baja di blok akan turun dan boleh menyebabkan sedikit kejutan pada tanaman.

Rockwool mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyimpan air, jadi lebih baik menyiram lebih jarang dengan campuran nutrien yang seimbang daripada menyiram lebih kerap tanpa nutrien.

Benarkan pengambilan yang mencukupi :

Tumbuhan selalu mengambil air pada kadar yang lebih tinggi daripada nutrien, menyebabkan peningkatan kepekatan garam baja di dalam medium antara penyiraman. 

Tambahan pula, tidak semua nutrien diambil oleh tanaman pada kadar yang sama, yang menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dan mengubah pH dari masa ke masa.

Apabila zon akar diairi semula, air akan mendorong nutrien ke bawah dan menggantinya dengan nutrien segar yang dibawanya. 

Sekiranya anda tidak membiarkan substrat mengalir dengan cukup, nutrien yang tidak diserap oleh akar akan terkumpul di dalam medium, yang mungkin tidak sihat untuk tanaman anda.

Video berkaitan rockwool di kebun bandar Jom Tanam Sayur di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Rockwool

Sabtu, 3 Julai 2021

Pindah Tanam Anak Pisang Tisu Kultur ( Berangan & Rastali )

Sepokok anak pokok pisang berangan dan sepokok anak pokok pisang rastali tisu kultur telah  dipindahkan ke tepi pagar.

Setelah lebih 2 bulan, akar2nya sudah memenuhi bekas tanaman ( baldi ). Perlu dipindahkan untuk elakkan pokok terbantut.

Anak pisang tisu kultur rastali

Anak pisang tisu kultur berangan



Video dibawah kerja2 pindah tanam anak pokok pisang tisu kultur berangan & rastali di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :





#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Pisang
#TisuKultur
#Banana

Khamis, 1 Julai 2021

Pindahkan Anak Pisang Raja ke Tepi Pagar

Satu anak pisang raja umbisi yang ditanam dalam pasu telah dipindahkan ke tepi pagar.

Akan dibuat batas timbun juga nanti untuk pokok pisang raja ini.

Kalau ada tanaman yang tidak bermanfaat akan dibuang

Jarak yang sesuai penting untuk pertumbuhan pokok yang sihat

Serumpun pokok pisang renek telah dibuang

Pokok kari telah digali dan di ubah sedikit untuk memberi laluan kepada anak pisang raja

Masih banyak yang perlu di adjust ditepi pagar ini

Video dibawah adalah aktiviti ringkas pindah tanam anak pisang raja di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) ...



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Pisang
#TisuKultur
#Umbisi