Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 29 April 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 1 )

Batas timbun berdinding pertama dibuat pada bulan Sept. 2018 menggunakan papan dari lantai katil.

Setelah 2 tahun setengah, ada antara papan2 yg telah reput dan ada yang masih bertahan.

Untuk mengembalikan tataletak / layout yang terbaik dari sudut pandangan mata, maka projek mengganti dinding batas timbun akan dibuat.

Kayu dan papan palet akan digunakan sebagai dinding baru batas timbun.

Kebanyakan dinding sudah reput dan perlu diganti baru

Batas timbun berdinding pertama dibuat pada bulan Sept. 2018

Palet kayu 3' x 3'

Bekas rak kasut

Buka dahulu semua pakunya

Proses membuka paku palet

Kayu penyambung papan palet

Banyaknya paku ... boleh recyle mana yg ok  ...

Ketinggian dalam 11" ( paling cantik 12" )

Video proses membuat dinding batas timbun ( Part 1 ) di bawah :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Projek

Selasa, 27 April 2021

Meracik Pelepah Kelapa Gading Untuk Bahan Sungkupan & Kompos

Pelepah kelapa yang terhasil dari pengemasan 2 pokok kelapa gading diluar pagar kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) telah diracik.

Terlebih dahulu pelepah2 kelapa tersebut perlu di potong menjadi lebih kecil untuk memudahkan kerja2 meracik.

Dengan mesin mini chopper berkuasa 0.5hp tidak mampu untuk memotong keseluruhan pelepah kelapa tersebut.

Pelepah kelapa yang telah dipotong terlebih dahulu

Hasil racikan menggunakan mini chopper 0.5hp. Bahagian daun banyak yang tidak terpotong

Proses mengalihkan racikan pelepah kelapa gading ke batas timbun

Bahagian pangkal pelepah yang liat tidak mampu dipotong oleh mini chopper 0.5hp

Habis sudah ...

Diletakkan disini sebagai sungkupan dan bahan kompos

Perlu ditambah tanah nanti

Video proses meracik pelepah kelapa dan meletakkannya ke batas timbun dibawah :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#MiniChopper
#KelapaGading
#SungkupanKompos

Kemas 2 Pokok Kelapa Gading di Luar Pagar & Tuai Buahnya

Dua pokok kelapa gading di luar pagar kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) telah dikemaskan hari ini.

Pokoknya sudah semakin tinggi dan sudah pun mula berbuah.

Pokoknya juga agak kurus dan daunnya juga tidak terlalu lebar kanopinya.

Buahnya bewarna oren dan buah yang baru terbentuk hanya sebiji atau dua sahaja.

InsyaAllah selepas ini akan buahnya akan semakin banyak.

Pelepah daun kelapa akan diracik dan dijadikan bahan kompos di batas timbun.

7 biji buah juga berjaya dituai untuk berbuka puasa.

Dua pokok kelapa gading di luar pagar

Putik bunga

Putik buah

Buah permulaan tak banyak yang lekat

Pokok sudah makin meninggi

Buah bulat lonjong atau lonjong

6 biji di sini 

Warna oren yang cantik

Pelepah kelapa yang akan diracik kemudian

7 biji semuanya ... ada yang muda dan ada yang hampir tua

Video proses mengemas pokok kelapa gading di luar pagar rumah


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#KelapaGading

Sabtu, 24 April 2021

Tanam Anak Pisang Tisu Kultur ( Emas, Cavendish, Berangan dan Rastali )

Pembelian anak pisang dari benih tisu kultur pisang emas, cavendish, berangan dan rastali dibuat pada 17.4.2021 lepas.

Pada 22.4.2021 ( selepas 5 hari ) kesemua anak pisang tersebut selamat diterima.

Dan pada hari ini 23.04.2021, penanaman telah dibuat. Anak pisang emas dan cavendish ditanam di batas timbun bulat baru.

Manakala pisang berangan dan rastali di tanam sementara di nutripot ringkas 2 gelen sementara menunggu siapnya lagi batas timbun bulat baru.

Pembungkusan yang kemas

Berangan, rastali, emas dan cavendish

Berangan dan Rastali

Emas dan Cavendish

Ketinggian sekitar 2 - 3 kaki

Dilembabkan dahulu medianya semalaman sebelum ditanam

Empat anak pisang tisu kultur selepas semalaman dilembabkan 

Penanaman anak pisang di musim hujan memang digalakkan

Anak pisang cavendish tisu kultur

Anak pisang emas tisu kultur

Anak pokok pisang emas pun dah selamat ditanam

Anak pokok pisang cavendish ini nampak sihat dan cantik. Perhatikan sedikit pigmen merah hati pada daunnya.

Letakkan tanah dan tanam sahaja dalam sistem nutripot ringkas

Anak pisang berangan dan rastali tisu kultur dalam nutripot ringkas

Video proses penerimaan, pemeriksaan dan penanaman anak pokok pisang tisu kultur emas, cavendish, berangan dan rastali di bawah :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#PisangTisuKultur

Selasa, 20 April 2021

Tanam Ubi Kayu Pulut & Anak Kantan di Batas Timbun Bulat

Sebanyak 15 potongan batang ubi kayu jenis ubi kayu pulut dan beberapa anak pokok kantan pink telah di tanam hari ini.

10 beg tanah berkapasiti 12kg setiap satu beg juga telah dibeli.

UNTUK PAPARAN BLOG JTS TERBAIK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR, SILA GUNAKAN MOD " DESKTOP SITE "

Potongan batang ubi kayu pulut

Tunas baru tumbuh dari perdu asal 

Anak kantan dari perdu kantan yang diletakkan dalam longkang

Tanah Mas dari Masjid Tanah, Melaka

Pelaburan untuk dapatkan hasil terbaik

Banyak tanah & bahan kompos diperlukan

Perlu diletakkan sungkupan diatasnya

15 batang ubi kayu pulut disemai disini dulu setelah 4 beg tanah diletakkan dan disiram

Anak pokok kantan ditanam disini setelah 3 beg tanah diletakkan dan disiram

Video ringkas proses menanam batang ubi kayu pulut dan anak pokok kantan



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#Kantan
#UbiKayu

Ahad, 18 April 2021

Puding Belacan & Ulat Bulu | Puding Belacan & Caterpillar

Sewaktu mengutip pucuk puding belacan atau puding hitam untuk dimasak bersama rendang ayam, kelihatan 2 ekor ulat bulu di bawah daun puding.

Tidak pasti apakah jenis ulat bulu ini tetapi kelihatan agak menyeramkan.

UNTUK PAPARAN BLOG JTS TERBAIK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR, SILA GUNAKAN MOD " DESKTOP SITE "

Pokok puding yang masih rendah, perlu di pangkas untuk mendapatkan tunas / pucuk muda baru

Pucuk puding belacan untuk dimasak bersama rendang ayam

Pokok puding belacan / puding hitam yang sudah tua dan berbunga

Nasib baik tak terpegang, tak pasti jenis ulat bulu berbahaya atau tidak

Dua ekor ulat bulu, utk lebih jelas sila tonton video di bawah


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#PudingBelacan
#UlatBulu