Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 30 Mac 2024

Tuai Separuh Padi Untuk Biji Benih

Beberapa rumpun ( asalnya 5 anak ) pokok padi dalam bekas tong cat telah melebihi 3 bulan dan sebahagiannya telah pun masak.

Hari ini beberapa tangkai ( mungkin separuh ) telah dituai untuk dijadikan biji benih baru.

Biji benih padi yang baru biasanya lebih produktif berbanding biji padi yang dah lama.

Agak mudah untuk menanam padi sawah kerana ianya sukakan air, jadi penggunaan bekas atau tong sekitar 5 liter macam bekas tong cat atau baldi sudah memadai.

Bekas² ini tidak perlu dilubangi dan siraman sehari sekali sudah memadai dengan memenuhkan air dalam bekas tersebut.

Pembajaan juga mudah, 2 minggu sekali dengan urea pada bulan pertama dan seterusnya baja sebatian padi atau npk buah juga boleh digunakan.

Gunakan sesudu kecil beransur² kepada sudu lebih besar mengikut perkembangan anak pokok padi tersebut.

Biji padi keluar dalam bentuk bertangkai yang mempunyai agak banyak bilangan biji / buah padi pada satu² tangkai.

Tuaian dibuat dengan memotong tangkai² tersebut.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkaitan :




Selasa, 26 Mac 2024

Tebu Yang Bertunas

Seringkali anak benih tebu di ambil dari keratan batang yang muda / bahagian pucuk & pokok tebu biasanya setelah ditebang.

Keratan ini disemai samada terus ke tempat tanam / lubang tanam atau di tempat semaian dahulu.

Tetapi bolehkah anak benih tebu diambil dari tunas yang tumbuh dari pokok yang masih aktif?

Dan apakah perlu ditunggu sehingga tunas² ini keluar akarnya.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 19 Mac 2024

Tanam Pokok Padi Dalam Bekas Tong Cat

Hanya untuk suka² dan sedikit ilmu tentang penanaman padi.

5 anak pokok padi dipindahkan ke dalam bekas tong cat 5 liter dari semaian di raised bed.

Padi sawah memerlukan air yang banyak, jadi penggunaan bekas tanpa lubang lebih mudah dan jimat air.

Pembajaan juga senang, hanya letakkan baja dalam bekas tersebut. Ianya akan larut dan turun ke tanah dalam bekas tersebut.













Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkenaan :





Ahad, 17 Mac 2024

Perah Tebu Sambut Ramadhan

Bersamaan dengan bulan puasa atau ramadhan, beberapa batang tebu telah di tebang dan diperah secara manual.

Mendapatkan 5 botol 1.5 liter air tebu untuk berbuka puasa.

Air tebu premium yang ditanam sendiri dan diperah sendiri terasa lain macam sedapnya.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insha Allah

Link video :



Artikel berkaitan :





Khamis, 7 Mac 2024

Tebu - Generasi Ke~2

Setelah 10 bulan tebu ditanam di raised beds, anak²nya mulai kelihatan membentuk rumpun² yang baru.

Rumpun² tebu boleh bertahan sehingga bertahun² jika dijaga dengan baik.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah...

Link video :



Artikel berkaitan :





Isnin, 4 Mac 2024