Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 18 Ogos 2020

Tuaian Pisang Serendah a.k.a Dwarf Cavendish

Setelah 3.5 bulan akhirnya buah pisang serendah tepi pagar akan dituai.

Cantik juga sebagai pokok hiasan kerana pokoknya yang rendah

Selain dari buahnya yang boleh dimakan segar atau diproses

Buah dari pokok induk generasi pertama biasanya lebih banyak dan bersaiz lebih besar

Selamat berkebun...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang

Jumaat, 14 Ogos 2020

Pisang Tanduk No.3 Pula Tumbang

Setelah lebih kurang dua bulan jantungnya rebah, tiba giliran pokok pisang tanduk no.3 ni pula tumbang / patah tengkoknya.

Buahnya belum betul2 matang, baru dua bulan tetapi terpaksa dituai jua.

 Akhirnya tumbang jua

Kurang lebih 1 kaki panjang buahnya dan segenggam lebarnya

 Anaknya sebagai pengganti

 Belum matang sepenuhnya lagi

Baru nampak macam pisang tanduk, besar dan panjang buahnya

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang

Selasa, 4 Ogos 2020

Kemas Batas Timbun & Tanam Anak Betik

Batas timbun pokok pisang nangka dan pisang tanduk yang tumbang tempoh hari perlu dikemaskan.

Tunggul pisang perlu dipotong, umbisi pisang perlu dikorek. Kesemua ini termasuk batang dan daun akan di racik menjadi bahagian2 lebih kecil sebagai bahan kompos dan sungkupan.

Dua anak pokok betik akan ditanam sebagai tanaman ujian untuk melihat keserasian batas timbun dan pokok betik walaupun tiga pokok betik yang dah ditanam menunjukkan perkembangan amat baik.

Lubang tanaman dibuat separas dengan tanah asal. Terpulang kepada akar tanaman untuk menjalar lebih jauh ke dalam atau ke arah sisi ( antara sebab kenapa lebar 3 kaki dibuat ).

Pemerhatian juga akan dibuat untuk melihat :

1. Kesan kepada pertumbuhan anak betik yang dibiarkan lama dalam beg poli.
2. Kesan penggunaan batas timbun terhadap jenis pokok / bunga yang terjadi ( jantan, betina atau dwijantina ).
3. Kesan penggunaan bahan2 organik seperti sisa kebun, sisa dapur, sisa pasar, sisa kandang, sisa kolam dan lain2 sisa organik kepada pokok betik.
4. Bentuk buah betik yang akan terhasil, berat, rasa dan seumpamanya.
5. Penyakit dan perosak tanaman betik dan cara mengatasinya.
6. Ekonomi tanaman betik vs tanaman pisang secara komersial.

Tunggul pisang nangka

Tunggul pisang tanduk

Batang, pelepah dan tandan pisang

Lubang dibuat setelah umbisi pisang dikorek dan diracik kecil

Satu lagi lubang

Setelah dikemaskan batang, pelepah dan tandan pisang

Anak pokok betik yang sudah tua / lama dalam beg poli

Satu lagi anak pokok betik yang sudah tua / lama dalam beg poli

Video berkaitan aktiviti diatas

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Betik


Sabtu, 1 Ogos 2020

Giliran Pokok Pisang Nangka Pula Tumbang

Berkebun di taman perumahan berbeza dengan berkebun di kampung yang mempunyai pelbagai bahan untuk melengkapkan sistem perkebunan.

Nak cari kayu penyokong pokok pisang yang sesuai pun susah. Akibatnya pokok pisang akan tumbang sebelum tiba masanya.

Dua pokok pisang nangka yang hampir 3 bulan buahnya akhirnya tumbang jua atau selalu disebut patah tengkuk / batangnya.

Berat buah yang semakin bertambah, angin kuat , hujan lebat dan tanpa penyokong tandan pisang adalah kombinasi sebab2 yang tepat untuk pokok pisang tumbang.

 Tumbang dicelah2 pokok jambu & betik

 Berat hampir 16kg - tandan pertama

Sikit lagi untuk kena pokok betik yang baru belajar berbuah

 Berat hampir 16kg - tandan kedua

 Sisa pokok pisang sebagai bahan kompos

Sisa batang pisang perlu dikemaskan dan akan diganti dengan pokok betik

 Besar dan panjang macam pisang tanduk

 Dua tandan buah pisang nangka

 Buah tandan pertama

Buah tandan kedua

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang