Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 28 Disember 2021

Buang 2 Pokok Betik Betina Lagi

Lagi 2 pokok betik betina di batas timbun ( raised bed ) telah di tebang hari ini.

Sisanya dijadikan bahan kompos di tong kompos ( compost bin ) dan juga sebagai sungkupan di batas timbun bulat.

Bekas tempat tanaman betik ini mungkin akan di tanam dengan anak pisang pula ... insyaAllah.

Sebelum pokok betik betina ditebang

Pokoknya sudah tinggi dan kurang buahnya

 Buang daun dulu baru batangnya di tebang

Keratan batang betik untuk kompos

Sebagai sungkupan di sini

Sebagai bahan kompos di sini

Cuma tinggal tunggul yang akan dibuang kemudian

Video ringkas proses menebang dua pokok betik betina di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insyaAllah 

Artikel berkaitan :




Jumaat, 24 Disember 2021

Tikar Rumput | Weed Mat

Tikar rumput atau weed mat di reka supaya air, udara, nutrien dapat melalui liang²nya.

Secara tidak langsung dapat membantu tanah dan tanaman untuk lebih sihat dan subur.

Perlu digunakan bersama paku tikar rumput untuk lebih kemas.

Kegunaan tikar rumput atau weed mat yang lain antaranya ialah :

1. Mengawal / mencegah pertumbuhan rumput rumpai samada di kebun, halaman rumah, nurseri, ladang dan sebagainya.

2. Kurangnya rumput rumpai bermakna kurangnya penggunaan racun rumpai.

3. Alas tanah untuk landskap / nurseri / rumah, ladang dan lain².

4. Mengawal perosak yang berasal dari tanah atau yang menghuni rumput rumpai.

5. Tidak menakung air yang sangat sesuai untuk sistem fertigasi sebagai alas tanah.

Diperbuat dari plastik polyethylene ( PE )
yang tahan lasak, tahan koyak & fleksibel

Yang ini dipotong panjang 6 meter untuk halaman rumah

Lebar 2 meter

Dilipat supaya sesuai dengan lebar di kehendaki

Perlu gunakan paku tikar rumput untuk lebih kemas

Video ringkas tikar rumput atau weed mat untuk mengawal rumput seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat insyaAllah ...

Artikel berkaitan :





Selasa, 21 Disember 2021

Kemas Pokok Puding Belacan & Buat Batas Timbun Bulat Kantan & Keladi

Pokok puding belacan di tepi pagar bahagian tepi belakang rumah akan di buang dan di gantikan dengan batas timbun bulat kantan dan keladi.

Pokok puding belacan ini sudah terlalu besar dan berpotensi :
1. Mengganggu paip air poli yang ditanam berdekatan
2. Menjadi sarang kerengga
3. Mengganggu pertumbuhan pokok kantan
4. Jarak tanaman yang tidak sesuai juga mengganggu kerja2 kebun

Pokok puding belacan atau puding hitam

Rantingnya agak keras tetapi rapuh & senang dipatahkan

Sisa² pokok puding dalam tong kompos

Ada juga dalam jaring bulat sebagai asas batas timbun

Tinggal lagi separuh

Tinggal tunggul saja lagi

Banyak juga sisanya

Habis di buang kecuali akarnya

Buat balik batas timbun bulat kantan

Penyediaan batas timbun bulat keladi

4 guni tanah hitam sawit diperlukan untuk satu batas timbun bulat

Anak keladi ditanam disini & disiram

Video ringkas proses membuang pokok puding belacan dan digantikan dengan batas timbun bulat kantan dan keladi seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insya Allah ...

Artikel berkaitan :




Rabu, 8 Disember 2021

Kemas Batas Timbun Pertama | Tidy Up First Raised Bed

Batas timbun yang pertama dibuat sudah berusia lebih 3 tahun. Dindingnya juga sudah ditukar.

Oleh itu batas timbun ini akan dibina semula. Pokok betik, pisang tanduk, ubi kayu & nenas akan dikomposkan.

Pokok betik dah tinggi dan tidak lagi berbuah

Selepas tuaian pisang tanduk, sisa²nya dijadikan bahan kompos

Ada pokok ubi kayu, nenas & malberi juga

Daun betik di racik kecil

Dan dimasukkan ke dalam tong kompos

Potong batang betik

Ubi kayu juga dikorek

Selepas ubi kayu dikorek

Hasilnya ubi kuning & putih

Sisa² kebun

Tunggul pisang tanduk juga akan dibuang

Tanah di batas timbun setelah 3 tahun lebih, sudah agak padat tetapi masih senang dipecahkan

Keluarkan tunggul pisang tanduk

Keadaan batas timbun pertama sebelum tunggul pisang tanduk dikeluarkan

Keadaan batas timbun selepas semua tanaman dikeluarkan. Persediaan untuk tanaman baru

Video berkaitan kerja² mengemas batas timbun pertama seperti dibawah :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insyaAllah ...

Artikel berkaitan :




Jumaat, 3 Disember 2021

Dinding Batas Timbun Bulat dari Papan Pallet | Using Pallet Planks As Rounded Raised Bed Wall

Papan pallet yang dipotong panjang 1 kaki dijadikan dinding batas timbun bulat tepi pagar.

Ianya menjadikan batas timbun bulat lebih cantik dan kemas.

Masih banyak yang perlu dibuat tetapi bergantung kepada kekangan masa dan ketersediaan bahan.

Buat dinding batas timbun bulat pokok nenas dahulu

Kepingan papan pallet disusun di keliling kawat jaring bahagian dalam

Disusuli dengan tanah hitam sawit

Habiskan dua guni tanah hitam sawit

Siap, perlu disiram sahaja

Video ringkas proses membina dinding batas timbun bulat dari papan pallet seperti di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :




Selasa, 30 November 2021

Buat Tong Kompos Mudah dari Papan Pallet | Making Simple Compost Bin From Pallet Planks

Komposter jaring tidak lagi dapat menampung pertambahan sisa² kebun yang semakin bertambah. 

Komposter jaring juga sudah mulai mereput dan rapuh.

Pertambahan kawasan penanaman dan pertambahan jenis tanaman meningkatkan hasil pengumpulan sisa² organik kebun.

Oleh itu, 3 tong kompos akan dibuat untuk mengendalikan proses pengomposan supaya lebih teratur.

Tong kompos atau compost bin ini akan dibuat dari papan pallet.

Untuk satu tong kompos a.k.a compost bin perlukan lebih kurang setengah hari untuk disiapkan.

Tong kompos no. 1 - untuk sisa² organik yang baru ( kompos permulaan )

Tong kompos no. 2 - untuk kompos separuh siap / separuh matang.

Tong kompos no. 3 - untuk kompos siap / matang.

Masa proses pengomposan berlaku di dalam tong kompos bergantung kepada kapasiti tong kompos, jenis bahan² kompos, samada terdapat penggunaan bahan2 penggalak, aktiviti menggaul bahan² kompos dan cuaca.

Komposter jaring yang sudah mulai mereput

Sisa² organik kebun makin bertambah

Rekaan / design yang ringkas dan mudah, untuk dinding belakang

Dinding bahagian tepi sebelah kiri

4 set papan pallet diperlukan

Proses memaku papan pallet

Dah siap 3 dinding ( 1 belakang & 2 tepi ) manakala bahagian depan adalah kepingan papan gelongsor / sliding

Perlu penambahan kaki hadapan untuk mengelakkan dari dinding tepi bergerak

Pemasangan dinding belakang dan dipaku

Hampir siap rekaan tong kompos / compost bin dari papan pallet

Bahagian depan adalah papan gelongsor / slider untuk memudahkan pengurusan kompos

Bahagian depan selesai ditutup, boleh dibuka jika perlu

Perlukan 3 tong kompos macam ni 

Pandangan atas, isipadu hampir 1m³

Potongan rumput adalah antara sisa² kebun yang boleh dikomposkan

Hujan dan panas akan mempercepatkan proses pengomposan atau pereputan sisa² organik kebun menjadi kompos

Video proses membina tong kompos atau compost bin untuk halaman rumah kebun bandar JTS seperti di bawah :



Selamat berkebun ...