Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 26 Februari 2019

Batas Timbun : Campak2 Benih Pun Boleh Hidup


Antara lain kelebihan batas timbun ialah tanah tidak padat. Jadi setakat main campak2 benih pun boleh hidup.

Benih kangkung sudah bercambah lama dah. Benih bayam dari pokok yang sudah tua, sawi dan kailan di tabur kemudian.

Batas timbun no.3 yang dindingnya perlu ditukar kepada kayu / papan yang lebih kukuh


Benih sawi dan kailan dicelah2 pokok kangkung

Batas timbun juga sesuai untuk pokok pisang kerana faktor tanah yang sentiasa lembab


Video ringkas berkenaan batas timbun no.3

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun

Sabtu, 23 Februari 2019

Anak Pokok Kacang Panjang


Dua anak pokok kacang panjang pada batas timbun no. 4. Batas ini belum siap sepenuhnya lagi.

Batas timbun ini perlu ditambah tanah





#JomTanamSayur
#KebunBandar

Jumaat, 22 Februari 2019

Perbezaan Antara Daun Kaduk Dan Daun Sireh

Apakah perbezaan utama antara daun dan pokok kaduk dengan daun dan pokok sireh ?


1. Bentuk daun kaduk matang lebih bulat berbanding sireh yang bujur
2. Daun sireh lebih licin berbanding daun kaduk yang berketak2
3. Urat daun juga berbeza
4. Bau sireh lebih menyucuk, pedas dan pedaq
5. Daun kaduk lebih cepat layu berbanding sireh
6. Kaduk tumbuh merimbun manakala sireh menjalar
7. Kaduk mudah hidup berbanding sireh
8. Kaduk kurang sensitif terhadap air berbanding sireh

Daun kaduk

Daun sireh

#JomTanamSayur
#KebunBandar

Rabu, 20 Februari 2019

Belajar Buat Video atau Vlog di Channel JomTanamSayur

Vlog atau video log adalah trend terkini untuk menjelaskan sesuatu perkara atau berkongsi apapun dengan lebih mudah dan cepat.

Untuk itu Blog JomTanamSayur juga telah cuba membuat channel youtube sendiri iaitu Channel Jom Tanam Sayur.

Tujuannya tidak lebih tidak kurang hanya untuk berkongsi beberapa pengalaman dan teknik berkebun menggunakan teknik video.

Video pertama Channel Jom Tanam Sayur bertajuk Batas Timbun. Video ini merujuk kepada batas timbun no. 1 yang dibuat Sep. 2018.

Selamat menonton vlog JomTanamSayur yang pertama.


Banyak kelebihan batas timbun sebenarnya. Bukan sekadar kebun nampak kemas dan cantik tetapi lebih banyak manfaatnya.

Isnin, 18 Februari 2019

Semaian Sawi dan Kailan Batas Timbun

Percubaan menyemai benih sawi dan kailan secara terus ke batas timbun no.1 untuk melihat keberkesanannya. Alhamdulillah malam tadi hujan agak lebat dan tanah batas timbun sudah lembab seadanya.

Lubang dibuat dan benih di masukkan dan ditutup dengan kokopeat. Sungkupan akan diletakkan kemudian.



Walaupun hujan agak lebat namun tanah batas timbun tidak mengalami larian kerana adanya penghadang

Peggunaan papan penghadang yang sesuai akan membantu mengekalkan tanah pada tempatnya

Benih ditabur rapat2 dan di selang selikan antara sawi dan kailan

#JomTanamSayur
#BatasTimbun

Ahad, 17 Februari 2019

Putik Buah Nenas

Pokok nenas yang ditanam dalam NR2 dari satu sulur menjadi 2 pokok.  Tanah yang padat kerana menggunakan tanah laman rumah yang berupa tanah liat melambatkan tumbesaran pokok nenas ini.

Sekadar untuk belajar tentang penanaman nenas


Dua pokok nenas dalam satu Nutripot Ringkas

Satu pokok telah berputik

8.2.19 : Satu lagi masih belum ada tanda2 berputik


Tanda2 kemerahan telah jelas

15.2.19 : Yang ini belum lagi


#JomTanamSayur
#NutripotRingkas

Jumaat, 15 Februari 2019

Kemas Batas Menegak Kacang Kelisa

Batas menegak pokok kacang kelisa sudah dikemaskan dengan kebanyakan tanahnya di tambah kepada batas timbun no.1

Dah puas makan kacang kelisa, nanti boleh tanam lagi

Tanah dari komposter jaring yang sebelum ini telah ditanam dengan tembikai

Komposter jaring akan dialih ke tempat lain, kawasan ini perancangan untuk batas timbun

Batas timbun no.1, persediaan untuk kailan dan sawi

Khamis, 14 Februari 2019

Tanah Di Halaman Rumah

Tanah taman perumahan biasanya daripada tanah bukit yang diratakan atau tanah yang ditambak.

Tanah ini biasanya adalah tanah liat merah / kuning bergantung kepada lokasi tanah, lokasi tanah tersebut diambil.

2 lubang dengan kepadatan tanah yang berbeza

Lebih kepada kekuningan dan lebih mudah dikorek dan lebih mudah menyerap air

Tanah merah yang keras dan padat, susah dikorek dan sangat lambat menyerap air

Ada juga campuran sisa2 simen dan pasir

Rabu, 13 Februari 2019

Alihkan Pokok Mahkota Dewa

3 pokok mahkota dewa dalam baldi dialihkan ke pasu dan beg poli

Dalam baldi pun boleh membesar asalkan bawah baldi dilubangi

 Pindah 2 pokok ke dalam pasu

1 pokok ke beg poli

Selasa, 12 Februari 2019

Batas Bukit @ Hugelkultur @ Hillculture

Batas bukit atau hugelkultur dalam bahasa Jerman atau hillculture dalam bahasa Inggeris adalah salah satu bentuk batas timbun.


Dahan, ranting dan daun mempelam sebagai bahan asas batas bukit aka hugelkultur / hillculture

Bezanya batas bukit atau hugelkultur biasanya menggunakan bahan2 yang banyak didapati dihutan atau persekitaran seperti pokok2 kayu tumbang atau yang dipotong, dahan2, ranting2 , daun2 dan sebagainya sebagai asas.

Imej kredit : richsoil.com
 Batas bukit selepas 1 bulan

Imej kredit : richsoil.com
 Batas bukit selepas 2 bulan

Imej kredit : richsoil.com
Batas bukit selepas 1 tahun

Bahan2 ini disusun dengan yang besar dibawah, yang sederhana ditengah dan yang kecil di atas sekali dengan bentuk bukit iaitu tinggi di bahagian tengahnya.

Kompos dan tanah kemudiannya akan ditambah di atas dan celah2 bahan2 tadi.

Batas bukit boleh terus ditanam dengan tanaman atau dibiarkan dahulu.

Fungsi kayu2, ranting2 adalah sebagai penyimpan air jangka panjang untuk tanaman diatasnya dan juga sebagai kompos bila sudah mereput.

Batas bukit boleh dibuat samada dengan mengorek tanah atau tanpa perlu mengorek tanah.

Isnin, 11 Februari 2019

Tuaian Aloe Vera

Tuaian aloe vera untuk penjagaan badan. Ternyata banyak kegunaan dan fungsi aloe vera sejak zaman berzaman lagi.

 Potongan daun aloe vera

 Aloe vera sumber kecantikan badan

 Sisa2 untuk kompos

 Daun yang gemuk dan berisi banyak gel2

 Dua perdu dipotong

Tinggal anak2 yang masih kecil

Ahad, 10 Februari 2019

Keratan Batang Mangga Epal Selepas 2 Minggu

Selepas lebih kurang 2 minggu, daripada 19 keratan mangga epal yang dibuat :

1 keratan sudah bertunas
5 keratan sudah kering
13 keratan masih hijau


Khamis, 7 Februari 2019

Bunga 3 Bulan @ Mophead hydrangea

Pokok bunga 3 bulan aka mophead hydrangea akhirnya menunjukkan bunganya. Cantik dan mengujakan melihat fasa bunganya berkembang.











Pesawah Padi : Gagal vs Berjaya

Penanaman pokok padi amat penting kepada negara kita Malaysia kerana nasi adalah makanan utama / ruji kita.

Masalah yang berkait dengan penghasilan padi negara merupakan isu besar yang patut di utamakan terutamanya oleh agensi yang diberi amanah untuk mempertingkatkan produktiviti petani atau pesawah.

Baru2 ini terdapat berita tentang 2 keadaan yang amat berbeza berkaitan pesawah padi negara.

1. Masalah hasil padi yang susut sehingga 50% disebabkan padi angin, tikus, penyakit, struktur tanah dll sepertimana dilaporkan oleh akhbar sinar harian Sabtu 2.2.19.

Keadaan ini dilaporkan di Yan, Kedah.


2. Kejayaan pesawah negara menjadi juara pertama seluruh Asean untuk projek " Outstanding Rice Farmer  2017 " sepertimana di laporkan oleh Berita Harian Ahad 3.2.19 yang lalu.

Pesawah ini berada di Jerlun, Kedah.



Persoalan yang paling ketara disini ialah mengapakah rahsia kejayaan pesawah di Jerlun tersebut tidak diikuti oleh pesawah2 di Yan.

Sedangkan kedua2 kawasan adalah berdekatan dan dalam negeri yang sama?

Bunga Keledek vs Bunga Kangkung

Duk tak duk keledek atas batas timbun terung telunjuk sudah berbunga. Cantik bunganya keluar sekuntum2 seperti bunga kangkung cuma warnanya berbeza.

 Bunga pokok ubi keledek

Bunga pokok kangkung