Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 20 Mac 2020

Tut Pokok Buah-buahan ( Media Air )

Selain penggunaan media tanah, kokopeat dan lain2 sebagai media tut, air juga boleh digunakan sebagai media untuk tut pokok buah-buahan.

Kaedah yang ringkas dan senang dibuat. Menggunakan :
1. pisau
2. plastik
3. air
4. tali pengikat

Ranting atau dahan dibelah lebih kurang ketebalan 1/3 ~ 1/2 sepanjang 5~6 cm. Plastik berisi air diselit dicelah belahan tadi dan diikat.

Setelah selesai, tut ini dibiarkan minima sebulan atau setelah akar yang mencukupi keluar. Setelah itu pemotongan ranting / dahan dilakukan dan penanaman di tempat baru boleh dibuat.












Isnin, 16 Mac 2020

Kompos Sisa Dapur Hasil Komposter Tanam

Setelah hampir 2 bulan sisa dapur ditanam didalam Komposter Tanam, sebahagiannya sudah terurai manakala sebahagian lagi sisa dapur seperti tongkol jagung, lidi sate dan daun2 belum terurai sepenuhnya.

Kompos sisa dapur didalam Komposter Tanam lebih lambat terurai berbanding sisa dapur yang ditanam terus ke dalam tanah.







Rabu, 11 Mac 2020

Pisang Renek Generasi ke-2 pula Berjantung

Pokok pisang renek generasi ke-2 di batas timbun sudah keluarkan jantung. Jantung pun agak besar. Ada satu anak dikekalkan untuk generasi ke-3.




Ahad, 8 Mac 2020

Pokok Pisang Nangka Rebah

Pokok yang kurus, angin agak kuat dan hujan lebat mengakibatkan sepokok pisang nangka patah manakala sepokok lagi hampir rebah. Yang hampir rebah mungkin boleh bertahan manakala yang patah terpaksa dituai buahnya walau belum cukup matang.







Sabtu, 7 Mac 2020

Selasa, 3 Mac 2020

Baja Organik Cecair

Diperbuat dari hasil pemeraman potongan kangkung, pisang, nenas, ikan bersama gula merah. Pemeraman selama lebih kurang sebulan untuk menghasilkan baja organik cecair yang boleh digunakan untuk sayuran, pokok bunga, herba dan buah2an.

Hasilnya adalah lebih kurang 1 botol setengah botol 1.5 liter. Baja cecair ini boleh di cairkan dan disiram kepada tanaman.