Sudah menjadi musim pula jerebu ini kan ! Setiap tahun pasti ada masalah yang mengakibatkan jerebu. Seolah2 tiada penyelesaian tuntas dari pihak penguatkuasa, kementerian dan kerajaan negara2 terlibat.
Yang pastinya jerebu telah menyebabkan aktiviti seharian termasuk berkebun terganggu. Ada beberapa perancangan yang terpaksa ditunda memikirkan kesan dan akibat terdedah kepada habuk / asap jerebu untuk tempoh lama.
Oleh kerana musim jerebu, elok juga kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang jerebu :
1. Apa itu jerebu ?
Jerebu adalah partikel2 kecil / halus ( bukan sekadar asap ), tidak kelihatan pada mata kasar serta terapung2 di udara. Jerebu pada tahap sedikit tidaklah sangat mengganggu, tetapi bila sudah banyak berkumpul ianya akan mengakibatkan byk perkara negatif yang saling berkaitan.
Jerebu bila sudah banyak akan berkelompak dan menghalang sinaran matahari dan meningkatkan masalah berkaitan kesihatan, keselamatan dan sebagainya.
Jerebu mempunyai kaitan rapat dengan api, asap, habuk serta angin. Pada mata kasar, jerebu boleh di nilai dengan warna putih -> kuning -> oren -> merah -> kehitaman dengan yang terakhir adalah tahap paling teruk.
Jerebu dikatakan " bencana buatan manusia " kerana keterlibatan manusialah yang memulakan perkara2 yang akhirnya mengakibatkan jerebu. Jerebu tahun 1997 dikatakan antara jerebu terburuk pernah terjadi kerana melibatkan kawasan yang amat luas.
2. Apakah Penyebab atau Punca2 Jerebu ?
a. kemarau - musim kemarau yang biasanya dikaitkan dengan kekurangan hujan biasanya adalah faktor tambahan kepada kejadian jerebu.
b. asap kilang - yang tidak di tapis mengakibatkan bahan2 berasid / kimia bercampur diudara dan kualiti udara bertambah buruk bila keadaan berjerebu.
c. asap kenderaan - masalah yang berkaitan tamadun manusia.
d. tiupan angin - tiupan angin yang perlahan atau berputar / berpusar di kawasan tertentu sahaja juga mengakibatkan jerebu tidak dapat hilang dengan cepat.
Walaupun faktor2 diatas ada menyumbang kepada keadaan berjerebu tetapi faktor utama tetap di tangan manusia iaitu pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka pula terbahagi kepada pembakaran terbuka kecil atau skala kecil seperti :
a. pembakaran jerami padi selepas musim menuai padi yang lebih kepada masalah jerebu asap dan tidaklah mengambil masa terlalu lama untuk hilang.
b. pembakaran hutan masyarakat orang asal / asli untuk kelangsungan hidup. Ini juga tidak begitu menyumbang kepada keadaan berjerebu kerana biasanya kawasan yang dibakar tidaklah luas dan terkawal.
c. pembakaran sengaja / khianat juga walaupun bergantung kepada kawasan masih tetap dapat dikawal kerana biasanya berhampiran kejiranan atau jalanraya.
d. pembakaran sampah / bahan2 terpakai / terbuang, juga biasanya tidak merebak dan boleh di padamkan dengan lebih mudah.
e. pembakaran tapak pelupusan sampah, mengakibatkan kawasan yang tetap dan boleh dijangka kesannya.
Yang paling memberikan kesan jerebu ialah pembakaran terbuka skala besar di hutan2 ( untuk pertanian, penternakan, perlombongan, pembalakan, perpindahan penduduk dan sebagainya), juga pembakaran ladang2 untuk penanaman semula. Pembakaran seperti ini ( tebas dan bakar / slash and burn ) biasanya melibatkan kawasan yang luas dan dilakukan serentak ( untuk hasil yang cepat, kos yang rendah ) dan biasanya jauh di dalam hutan mengakibatkan masalah kawalan dan pemadaman api amat sukar apatah lagi jika melibatkan tanah gambut.
3. Apakah kesan2 Disebabkan Jerebu
a. kesan kesihatan - peningkatan kes berkaitan pernafasan, paru2, jantung, alahan, mata, demam dan juga boleh membawa maut. Kanak2, orang tua, wanita hamil, perokok, pekerja luar bangunan antara yang akan terjejas.
b. kesan kekal alam sekitar - biodiversiti hutan akan musnah, flora dan fauna asli akan pupus dan keadaan tidak akan sama lagi seperti asal.
c. kesan sementara alam sekitar - pencemaran udara, kotor & busuk. Mungkin akan ada masalah bekalan air jika hutan tadahan air turut terjejas.
d. ekonomi - akan terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kos2 berkaitan akan naik dan perbelanjaan tambahan akan diperlukan. Perdagangan / pengangkutan akan terjejas.
e. keselamatan - isu2 berkaitan keselamatan akan semakin melarat apabila jarak pandangan semakin bermasalah. Cara hidup juga akan berubah samada kekal atau sementara.
f. hubungan dua hala antara negara akan terjejas, saling menuding jari.
g. dan lain2 masalah berlanjutan dari masalah jerebu.
4. Cara Mengatasi Jerebu
a. pembenihan awan
b. pemadaman manual darat / udara
c. penguatkuasaan undang2
d. kerjasama antara agensi, kementerian, negara
e. kesedaran semua pihak terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar
f. pendidikan di semua tahap
5. Tanda2 Terkena Kesan Jerebu
a. gatal2 kerongkong
b. pedih2 mata / berair
c. selsema / hidung berair / demam
d. batuk2
e. sesak nafas / sakit dada
f. kerap bersin
g. kulit gatal2
6. Cara Kurangkan Kesan Akibat Jerebu
a. ambil ubat doktor
b. kurangkan aktiviti luar
c. gunakan penutup hidung
d. jangan merokok
e. berada di rumah / dalam bangunan
f. banyak minum air
g. kerap mandi
h. gunakan hawa dingin semasa berkenderaan
i. bercuti ketempat yang bebas jerebu
7. Indek Jerebu
Musim jerebu, kita akan dihidangkan dengan nombor2 yang memberikan tafsiran tahap jerebu.
0-50 baik
51-100 sederhana
101-200 tidak sihat
201-300 sangat tidak sihat
301-500 merbahaya
>500 darurat akan di isytiharkan
PM2.5 ( Particle Matter 2.5 ) digunakan untuk mengukur kepekatan / kehadiran partikel2 kurang 2.5 mikron dalam udara dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) dan dikongsi melalui portal APIMS.
8. Hujan Jerebu
Semasa artikel ini ditulis, hujan sudah mulai turun, Alhamdulillah, langit sudah nampak biru tetapi awas, hujan musim jerebu juga ada bahayanya walaupun mampu turunkan suhu dan bahang panas.
a. hujan jerebu mengandungi asid sulfur dioksida, nitrogen oksida dan mungkin asid2 lain juga.
b. hujan berasid juga mampu merosakkan ekosistem marin, menghakis banggunan bersejarah, mengganggu kesihatan manusia, menjejaskan kimia dan biologi tanah dll.
Sekian dan selamat kembali berkebun
Video Terbaru @JomTanamSayur
Rabu, 25 September 2019
Khamis, 19 September 2019
Pokok Ceri Kampung ( Muntingia calabura )
Pokok ceri kampung atau ceri hutan atau ceri liar aka Muntingia calabura adalah tanaman saka liar yang besar, tinggi, rimbun, mudah hidup, tahan lasak serta tahan lama.
Boleh tumbuh dari :
1. Biji benih yang dibawa oleh najis haiwan seperti burung, tupai, kelawar buah dan sebagainya.
2. Anak dari rizom akar yang terdedah di permukaan tanah.
3. Keratan batang.
Dapat hidup di kebanyakan tanah, tanah tidak / kurang subur, tanah berasid / beralkali, tanah keras / padat dll. Kerana itu ada yang jadikan pokok ceri kampung aka Muntingia calabura sebagai pokok penggembur tanah ( akar yg menjalar jauh dan dalam ), penyubur tanah ( daun2 / ranting2 yg gugur ), peneduh tanah ( rendang / tinggi), pemulihan / pemeliharaan hutan, penahan hakisan tanah, penarik kepada banyak spesis burung2 ( buah ), tanaman industri ternakan lebah ( bunganya ) dll.
Ada banyak kegunaan pokok ini dari biji, buah, bunga, daun, kulit, batangnya hingga ke akarnya. Bunganya menjadi tumpuan lebah / semut untuk nektarnya. Buahnya sebagai makanan burung2, tupai, kelawar, ikan sungai dan manusia. Daun, buah dan bunganya dipercayai dapat membantu dalam bidang perubatan dan kecantikan.
Akar pokok ceri kampung aka Muntingia calabura jenis keras, besar, tahan lasak dan menjalar jauh dan dalam. Batangnya jenis berkayu lembut agak liat dan berat ( hidup ) dan rapuh / berongga / ringan ( mati ). Kulit pokok ceri kampung jenis berserat / fiber dan ada yang jadikan tali. Dahan dan rantingnya pula keluar berselerak, panjang dan mengelilingi batang utama membentuk kanopi yang rendang dan teduh. Daunnya hijau kekuningan ( muda ), hijau pekat ( matang ) dan kuning ( tua ).
Bunganya jenis bunga sempurna 5 kelopak berwarna putih dimana kelamin jantan dan betina berada pada kelopak bunga yang sama. Pendebungaan dibantu oleh serangga ( lebah, semut dll ). Buahnya hijau pekat ( muda ), hijau cerah ( matang ) dan merah ( masak ), hitam ( tua ) dan bijinya halus.
Pokok ceri kampung adalah jenis pokok yg tidak perlukan baja tambahan / kimia. Bila pokok dah besar, daun2 dan ranting2nya yang mati dan jatuh ke tanah akan menarik cacing tanah untuk proses pereputan. Cacing tanah akan menghasilkan baja tahi cacing ( vermicompost ) kepada pokok ceri kampung. Manakala buah2nya pula menarik haiwan terutamanya burung2 yang akan makan dan membuang najis di sekitaran kawasan tanah pokok ceri. Tahi burung, tupai, kelawar buah dan seumpamanya akan menjadi baja organik kepada pokok ceri kampung aka Muntingia calabura.
Penyiraman tidak diperlukan kepada pokok yang tumbuh sendiri kerana air hujan dan air embun ( yang diperangkap oleh daun ) sudah mencukupi untuk tumbesarannya.
Setakat ini perosak yang dikenalpasti adalah belalang kunyit / besar yang memakan daun pokok ceri kampung sehingga berlubang2. Penyakit pula masih belum diketahui kerana pokok ceri kampung adalah pokok liar yang tahan lasak.
Walaupun begitu, jangan tanam pokok ceri kampung aka Muntingia calabura hampir dengan rumah dan bangunan kerana akarnya yang besar, kuat dan lasak dapat menjalar jauh dan merosakkan struktur rumah atau bangunan manakala lubang2 bekas akarnya yang mati akan menjadi tempat / rumah kepada haiwan2 yang tidak diundang / diingini.
Buah ceri kampung yang masih hijau, akan bertukar merah bila masak
Bahaya kalau tanam terlalu hampir dengan rumah, walaupun dalam beg poli tetapi akarnya masih boleh menembusi celah2 simen dan semakin membesar
Bunga sempurna pokok ceri kampung
Daunnya hijau bujur dan sedikit berbulu / baldu dan menghala ke bawah untuk memerangkap air hujan / embun
Bunga yang masih mekar menunggu pendebunga datang
Kelopak bunga sudah tanggal menandakan putik sedang terbentuk
Putik buah yang masih baru
Proses pembentukan buah
Buah, ada satu tangkai ada tiga tangkai. Setiap tangkai sebiji buah
Hasil karya belalang kunyit
Pokok ceri tepi pagar yang akan dikemaskan kerana akarnya sudah menjalar jauh.
Semoga bermanfaat.

Sabtu, 14 September 2019
Peta Minda : Alat Berfikir Yang Sangat Berkuasa
Mungkin ramai yang tahu apa itu peta minda ! Tetapi berapa ramaikah yang benar2 menggunakannya dalam kehidupan seharian ?
Peta minda adalah satu lakaran dengan tajuk utama atau idea utama atau seumpamanya berada di tengah2 ruang kosong. Dari sini idea2 atau sub-tajuk akan dicambahkan membentuk rantaian yang berhubungkait. Sub-tajuk juga boleh di kembangkan lagi untuk mendapatkan gambaran paling maksimum akan satu2 tajuk / idea / perkara dan seumpamanya.
Penggunaan peta minda tiada hadnya. Hampir semua perkara dan semua orang boleh menggunakannya.
Contohnya untuk menulis artikel blog berkenaan tanah, peta minda dapat digunakan sebagai asas penulisan.
Idea penulisan dapat di susun dengan baik, manakala fakta2 atau maklumat dapat di tentusahkan dahulu sebelum tulisan dimuat naik.
Antara lain kepentingan peta minda ialah :
1. Kreativiti percambahan idea tanpa had
2. Lebih banyak isi penting / kata kunci dapat di masukkan kedalam ruang yang terhad
3. Mudah mengambil nota, mudah disusun, disimpan, diingat dan dirujuk
4. Mudah kenal pasti kelemahan pada satu2 subjek atau perkara
5. Menjadi asas perancangan aktiviti dan sebagainya
6. Dapat menjadi asas penyelesaian masalah
7. Penggunaan otak kiri dan kanan yang maksimum dan berkesan
Pendek kata, terdapat berbagai manfaat dan faedah penggunaan peta minda dalam kehidupan seharian kepada setiap orang.

Selasa, 10 September 2019
Batas Timbun + Berkebun Tanpa Pembaziran = Dusun Bandar
Batas timbun ( raised bed ) + berkebun tanpa pembaziran ( zero waste gardening ) boleh di naik taraf ( upgrade ) menjadi satu konsep baru iaitu Dusun Bandar. Bila namanya Dusun Bandar bermakna ianya akan melibatkan penanaman pokok buah2an.
Pokok buah2an yang ditanam perlulah jenis tut / rendah dan memberikan hasil dalam masa yang paling singkat. Pokok pisang menjadi pilihan sebagai tanaman utama kerana tempoh matang yang lebih cepat ( kurang 2 tahun ).
Manakala pokok buah2an tempatan seperti jambu, rambutan dan sebagainya akan di atur mengikut kesesuaian kawasan yang ada.
Buat permulaan, pokok jambu batu tanpa biji dalam Nutripot Ringkas 2 Gelen ( NR2 ) telah dialihkan ke batas timbun pokok pisang tanduk + ubi keledek. Bekas NR2 telah disemai dengan benih kangkung.
Pokok jambu batu tanpa biji dalam sistem Nutripot Ringkas 2 Gelen ( NR2 )
Lubang dibuat diantara 2 anak pokok pisang tanduk
Ada sedikit akar yang sudah sampai ke dasar takung
Batang sudah makin besar dan keras berkayu
Pokok yang sihat tanpa ada tanda2 serangan perosak atau penyakit
Akar2 pokok jambu batu yang mengikut bentuk baldi
Sudah siap ditanam di batas timbun
Semaian kangkung dalam sistem NR2

Sabtu, 7 September 2019
Mudahnya Berkebun Cara Ruth Stout
Tak perlu banyak kerja yang teruk2, cuma letak benih dan tutup dengan daun2, jerami atau rumput2 kering. Tanah yang lembab, suhu yang sesuai, hujan dan panas serta tanah yang kaya dengan nutrien akan memberikan kehidupan baru kepada benih tersebut InsyaAllah.
Kaedah berkebun tanpa kerja yg teruk sepertimana yang diamalkan oleh Ruth Stout bukanlah perkara baru kerana itulah apa yang Allah ajar kepada manusia dengan perantaraan alam.
Mungkin kita biasa dengan keadaan dimana biji2 sisa makanan, buah2an dan sebagainya boleh tumbuh selepas dicampakkan sahaja di sesuatu sudut kawasan. Apatah lagi jika kawasan tersebut lembab dan sedikit semak.
Begitu juga biji benih yang dibawa angin, burung, serangga dll juga dapat tumbuh bila keadaan sesuai.
Kaedah Ruth Stout boleh diamalkan dimana2 sahaja didunia ini dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai dengan keadaan setempat.
Kata kunci / keyword disini ialah " SESUAI" . Kalau keadaan sesuai, biji benih atau bahan tanaman boleh tumbuh InsyaAllah. Kerja kita ialah menyesuaikan keadaan tempat tanaman atau kebun supaya sesuai dengan jenis tanaman yang hendak ditanam.
Ruth Stout ( 1884 - 1980 ) terkenal kerana kaedah penanaman yang menggunakan sungkupan / banyak sungkupan tanpa perlu kepada kerja2 fizikal berkebun yang biasa yang berat dan meletihkan.
Antara buku beliau yang popular ialah :
1. The Ruth Stout No-Work Garden Book : Secrets Of The Famous Year Round Mulch Method
2. Gardening Without Work : For the Aging, the Busy and the Indolent
3. How to have a Green Thumb Without an Aching Back : A New Methode Of Mulch Gardening
4. If You Would Be Happy : Cultivate Your Life Like A Garden
dan banyak lagi buku2 beliau yang popular berkaitan berkebun.

Isnin, 2 September 2019
Universiti Pertanian Malaysia Dalam Kenangan
Semalam 1.9.2019 tercapai juga cita2 untuk meninjau semula kampus Universiti Putra Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.
Menghantar generasi seterusnya untuk belajar dan merasai suasana kehidupan kampus yang sebenar. Kawasan kampus yang luas dan mempunyai berbagai fakulti yang mencangkupi pelbagai bidang pengajian dengan berbagai aktiviti dalam dan luar kampus pastinya akan menjadi pengalaman terindah sepanjang hidup.
Telah banyak perubahan dilakukan untuk penambahbaikan dalam pelbagai sudut namun ciri2 asas universiti iaitu bidang pertanian tetap terserlah.
Di harap lebih banyak kejayaan akan dikecapi oleh semua pihak yang terlibat dengan Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Amiin.

Tanaman Herba Sekitaran Rumah
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Artikel Sinar Harian 26.8.2019 memaparkan berita sepasang suami isteri yang menanam lebih 50 spesis herba di sekitaran rumah mereka di Machang sejak lebih 30 tahun lalu.
Selain kegunaan sendiri dan jiran2, pokok2 herba ini juga dapat menjadi rujukan kepada yang berminat.

Langgan:
Catatan (Atom)