Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 24 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Sayuran Permulaan

Apakah jenis sayuran yg perlu / patut di tanam oleh newbie / beginner ? Apa2 sayuran pun boleh di tanam ikut suka hati, tetapi kalau nak belajar jadi penanam sayuran terhebat kenalah mulakan dari sayuran yg mudah ditanam, cepat dituai, senang dijaga dan sedap di makan.

Cthnya spt sawi, bayam, kangkung, kailan dll, iaitu sayuran berdaun dan tempoh matang lebih kurang sebulan.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Sawi Manis

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Bayam

Kaedah penanaman juga perlu diambil kira samada kaedah konvensional atau moden. Kaedah lama atau konvensional menggunakan medium tanah dan campuran2 yg sesuai spt kompos, sisa kandang juga baja kimia.

Kaedah moden cthnya fertigasi, aeroponik, aquaponik menggunakan larutan baja yg dibancuh atau dihasilkan oleh haiwan.

Kaedah penyiraman, pembajaan, pengurusan perosak, penuaian juga berbeza bergantung kpd kaedah penanaman.

Pendek kata, cuba tanam dulu baru tahu.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan