Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 7 Januari 2017

Perkembangan Projek NutriPot Ringkas

Setelah hampir 3 minggu projek Nutripot Ringkas di jalankan, terdapat banyak perkembangan positif dapat dilihat terutamanya pada pokok cili.


Kalau sebelum ini selalu mengalami masalah daun kerinting dan kelayuan, sekarang tidak lagi. Malah bertambah subur lah pulak nampaknya, alhamdulillah atas idea yang diberikan olehNya.


Begitu juga dengan proses penyiraman, memang bagus kerana hampir seminggu selepas kali terakhir ditambah air masih ada lagi air dalam takung.


Pokok terung yang dipindahkan juga menunjukkan perkembangan positif. Ini semua menunjukkan bahawa kaedah NutriPot Ringkas ini memang berjaya.


Pokok bendi juga telah dicuba kaedah NutriPot Ringkas ini dengan menggunakan baldi dan takung air lebih besar. Serta penambahan paip pvc untuk memudahkan proses penambahan air / air baja ke dalam takung air.

Jom Tanam Sendiri Sayuran di Kebun Bandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan