Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 15 Mac 2019

Penyakit Bintik Pusar ( Antraknos ) Pada Pokok Lidah Mertua ( Sansevieria )

2 pokok lidah mertua aka sansevieria trifasciata silver queen telah dijangkiti penyakit bintik pusar atau antraknos.

Penyakit ini dipercayai berpunca dari patogen / kulat Colletotrichum sansevieriae dimana ianya bermula sebagai bintik2 cokelat kecil yang berair. Ianya kemudian merebak membentuk pusaran yang semakin besar dan berair.

Sudah merebak ke seluruh daun matang

Nilai pokok akan jatuh jika dijangkiti penyakit

Lama kelamaan bintik pusar akan bergabung dan bila gabungan bintik pusar mengering akan membentuk seakan2 daun seperti terbakar. Serangan yang serius dapat menyebabkan daun kering dan mati.

Setakat ini hanya spesis silver queen ini sahaja yang dijangkiti penyakit antraknos atau bintik pusar ini manakala 4 spesis lagi masih ok. Penyakit bintik pusar atau antraknos ini menjadikan pokok lidah mertua silver queen ini nampak buruk dan mungkin kehilangan nilainya.

Jangkitan mungkin berpunca dari :
1. Nurseri - kerana pokok yang dibeli hari tu memang dah ada daun yang sakit.
2. Kelembapan - mungkin kerana air / siraman berlebihan
3. Jangkitan lain - yang menjadi punca antraknos berlaku

Pokok2 ini diasingkan ditempat teduh dan siraman dikurangkan untuk melihat kesannya.

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#LidahMertua

2 ulasan:

  1. Alah juga tumbuhan yang di anggap senang di jaga ini kepada perosak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin ini sahaja penyakit yang menyerang pokok lidah mertua secara serius ...

      Padam