Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan-Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan-Pisang. Papar semua catatan

Rabu, 1 Julai 2026

Pisang Emas Di Makan Tupai

Tupai bukan saja pandai melompat tetapi juga pandai makan pisang yang dah hampir masak walaupun dibungkus.

Ada beberapa biji yang telah di makan tupai dan dibuang. Selebihnya rezeki untuk tukang tanam. Alhamdulillah ...










Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Isnin, 29 Jun 2026

Pisang Emas Sudah 10 Bulan Di Raised Bed

Walaupun di tanam masa yang sama dan tumbesarannya juga hampir sama namun ianya berbuah pada masa berbeza. 

Adakah umur anak pisang mempengaruhi ataupun semasa anak pisang di tanam samada pucuk terus tumbuh dan membesar atau anak pisang mati dulu dan tunas baru yang tumbuh dan membesar.

Menarik untuk di kaji lebih mendalam proses pembuahan pokok pisang ini. Setelah 10 bulan, pokok yang pertama sudah besar buahnya, pokok kedua belum berbuah dan pokok ketiga jantungnya baru rebah.

Gambar di atas semasa umur sebulan, nampak perbezaan kadar pertumbuhan yang mungkin mempengaruhi tempoh berbuahnya. Pokok paling dekat berbuah dulu diikuti pokok paling hujung manakala pokok tengah masih belum berjantung setakat ini.

Pokok pisang 1, 2 dan 3

Pokok pertama

Pokok kedua

Pokok ketiga

Link video : 


2. Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSCUs9H83/

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Isnin, 25 Mei 2026

Setelah 9 Bulan Pokok Pisang Emas

Akhirnya setelah 9 bulan, sepokok pisang emas telah berbuah. Walaupun jantungnya kecil dan ada cuma 4 sisir tetapi sudah memadai sebagai permulaan.

Lagi 2 pokok akan menyusul nanti inshaAllah. Jumlah daun yang dibuang adalah 24, kalau dicampur dengan baki diatas pokok sebanyak 7 pelepah daun lagi akan menjadi 31 jumlah keseluruhannya.



















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Ahad, 12 April 2026

Pisang Emas Setelah 8 Bulan di Raised Bed

Masanya semakin hampir untuk 3 pokok pisang emas ini berjantung. Daun²nya sudah memendek dan pokoknya juga sudah besar dan tinggi.

Lagi 3 pelepah daun dibuang, menjadikan 21 jumlah keseluruhannya setakat ini. Seperti biasa pelepah² pisang ini diracik kecil² sebagai sungkupan kepada raised bed.




Sebelum pangkasan bulan ke 8




Selepas pangkasan bulan ke 8.

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Selasa, 10 Mac 2026

Pokok Pisang Emas Setelah 7 Bulan Di Raised Bed

Setelah 7 bulan ditanam di raised bed tepi rumah ini, nampaknya tak lama lagi akan berjantung.

Setakat ini sudah 18 helai daunnya yang dibuang dengan hari ini 2 lagi daunnya di potong dan diracik.



Sebelum kemasan dibuat




Selepas kemasan dibuat


Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Ahad, 8 Februari 2026

Pisang Emas Setelah 6 Bulan di Raised Bed

Sekejap saja masa berlalu, sudah 6 bulan pokok pisang emas ini ditanam di raised bed tepi rumah ini.

Pokoknya sudah besar dan sudah mempunyai tanda² akan berjantung. Kali ini 3 lagi pelepah daun akan dibuang menjadikan 16 helai daun telah di buang setakat ini.

Daun²nya juga telah mulai memendek yang menunjukkan tidak lama lagi pokok pisang emas ini akan berjantung.

Kali ini hanya baja kopi di berikan dan di siram. Sisa² pokok pisang di racik sebagai sungkupan.


















Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah